Layan BBQ & Mandi Sungai Di Kamar Aishah Campsite, Batang Kali. Sesuai Nak Camping 1 Keluarga!

Share

Bila pilih port camping antara yang menjadi faktor adalah fasiliti yang lengkap dan juga lokasi yang cantik dan bersih.

Kamar Aishah Campsite yang terletak di Batang Kali, Selangor menjadi pilihan Farah Fara sekeluarga untuk menjadi port camping mereka. berdekatan dengan sungai yang landai, dapat pacak khemah kat sini memang cukup menenangkan.

Fasiliti yang ada juga lengkap sesuai untuk perkhemahan sekeluarga. Paling syok anak-anak, boleh mandi sungai dan mendekati alam semulajadi.

Bagi yang tak nak menginap dan hanya untuk piknik pun turut disediakan pondok yang boleh disewa. Dekat dengan KL boleh juga jadikan destinasi percutian hujung minggu ini nanti!

Kamar aishah campsite ,Batangkali, Selangor

Harga tapak : rm50/mlm (camping) pi whatsapp untuk update harga

Rm20 (pondok piknik)

Rm5/person (piknik)

Waktu masuk : 10am (paling awal)

Waktu keluar : 5pm (paling lewat)

Memang best ye , Sesuai untuk anak-anak…

-sungai landai, ada port berbatu kecil, ada port pasir aje. Takde batu besar-besar

-toilet ada banyak, bersih, shower , sinki

, plugpoint , surau . Kami bawak kelengkapan memasak. Memang senang BBQ Dan makan

Rezeki pacak 1 malam ni. Serius damai, tenang jiwa akak.. Bangun awal nak layan suasana tenang ..

Akan repeat lagi sini, insha’Allah

 

 

Oleh
SAHR