Camping di campsite yang agak pedalaman biasanya akan memberikan pengalaman yang cukup tersendiri. Mempunyai pemandangan yang cukup indah dan masih terpelihara dengan tarikan yang mungkin tidak ada di tempat lain seperti air terjun cantik persis dalam penggambaran filem tentunya buat camper teruja.
Azman AR berkongsi di group Facebook Family Camping Malaysia tentang kunjungannya ke campsite di Kampung Beswok yang terletak di Pos Yum iaitu penempatan orang asli di Sungai Siput, Perak sangat berbaloi.
Tujuan asal ingin ke campsite yang terletak di Pos Kuala Mu yang viral tidak kesampaian kerana tempat tersebut penuh dengan pengunjung. Bertukar port camping dan memilih Kg Beswok ternyata pilihan yang tepat.
Cantik dan cukup mempesonakan, dapat jejakkan kaki ke Air Terjun Tengkoh atau Lata Penyell. Hanya lapan minit dari Kg Beswok, melihat sahaja air terjun, terasa seperti berada di lokasi penggambaran filem. Permata tersembunyi yang perlu diuar-uarkan.
Meskipun tiada rangkaian telefon dan internet di sini, dapat berada di sini dan berdamai dengan alam sesuatu yang cukup menenangkan. Tak dapat move on dengan kecantikan yang ada di situ, Azman ingin kembali ke Kg Beswok untuk berkunjung lagi ke air terjun yang cantik itu.
Air Terjun Tengkoh, di Kg Beswok, Macam Dalam Filem Bahubali
Hari tu saya pernah tengok ahli dalam group ni share pasal camping di Kampung Beswok. Beliau ada pos satu air terjun yang cantik ni. Rancangan asal kami adalah nak ke Pos Kuala Mu memandangkan tempat ni agak tular dan cantik. Kami telefon untuk buat penempahan tapak khemah atau chalet. Semua penuh. Lepas tu cuba berhubung dengan Tok Batin Daud yang menguruskan chalet di Kg Beswok. Chalet semua penuh, tapak khemah berpangkin juga penuh. Hanya yang ada adalah yang tanpa pangkin dan boleh pacak kat tepi sungai. Saya dan isteri On.
Kami bertolak Sabtu pagi 3 September sebab kami tempah 3-5 Sep 2022. Alhamdulillah kami sampai awal dan dapat tapak khemah berpangkin. Dalam perjalanan nak sampai tu kami ternampak lah papan tanda air terjun yang cantik macam dalam video pertama tu.
Review saya:
Chalet tiptop sebab ada tandas
Tapak khemah berpangkin
Para tempat masak
Dewan dapur bersink
Tandas ada 2 dekat dgn tapak
Plugpoint
Surau/dewan terbuka
Line tel dan internet
Sungai arus deras
Ada air terjun cantik 10 min jalan kaki
Air terjun Tengkoh/Penyell 8 minit berkereta dan 15 min jalan kaki
Layanan dari Tok Batin 4 Bintang
Kesimpulan:
Nak repeat sebab tak boleh move on dengan air terjun Bahubali ni.
P/s: masa nak balik Orang Asli ada jual ubi kayu. Saya cakap kalau masa hari pertama tentu kami dah beli dan boleh bakar ubi tu untuk makan.
Kredit: Azman AR
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI