igluu

Kalau anda jenis suka kelainan dalam percutiaan dan duit bukan menjadi masalah. Lokasi penginapan Whitepod ini memang sangat dicadangkan untuk anda.

Selain menawarkan penginapan yang ‘super cool’, di Whitepod juga menjanjikan suasana sekitar yang cukup mengasyikan. Percutian ekomewah di resort eksklusif Whitepod hanya mempunyai 15 iglu sahaja terletak pada ketinggian 1,400 meter di Valais, Switzerland.

Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland  Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland

Setiap iglu dilengkapi alat pemanas, bilik mandi dan katil raja yang nampak tidak ubah seperti sebahagian daripada landskap pergunungan yang dilitupi salji. Perabot antik tempatan juga menghiasi setiap iglu.

Ads

Khemah bersaiz ‘deluxe’ turut menampilkan wifi percuma, Apple TV dan sarapan pagi dihantar setiap pagi, selain menawarkan khidmat urutan spa. Paling menarik, setiap kamar beradu disediakan dengan selimut bulu kambing yang pasti membuaikan mimpi indah, malah pemandangan indah Lembah Rhone menanti anda setiap pagi.

Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland

Pelbagai aktiviti disediakan untuk percutian musim sejuk, termasuk kereta salji dan ski dengan laluan sepanjang tujuh kilometer yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh tetamu ke situ. Maka, jika teringin untuk bermain ski, anda tidak perlu berebut-rebut dengan pengujung lain.

Ads

Pada waktu malam pula, pengunjung diberi pilihan dua menu disediakan chef, iaitu masakan tradisional Switzerland atau hidangan lebih ringan.

Keseronokan percutian di Whitepod juga bukan hanya untuk musim sejuk sahaja, tetamu boleh cuba menginap di sini pada musim panas. aKetika itu penginapan iglu ‘bersalju’ bertukar warna dan nampak sebati dengan persekitaran tanpa salji. Antara aktiviti yang gemar dilakukan di sini adalah mendaki bukit di sekitar penginapan.

Ads

Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland

Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland

Lawa Teruk! Whitepod Penginapan Iglu Moden & Mewah Di Switzerland

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI