Laut Di Pantai Tanjung Rhu, Teluk Datai dan Pantai Chenang Langkawi Terbelah!

Share

Pengunjung yang berada di Pantai Tanjung Rhu, Teluk Datai dan Pantai Chenang Langkawi kemarin dikejutkan dengan fenomena laut terbelah.

Namun mereka teruja apabila berpeluang berjalan kaki sejauh 600 meter di atas beting pasir yang menghubungkan pantai itu ke tiga pulau kecil berhampiran susulan fenomena ‘laut terbelah’ akibat air surut.

Aktiviti berjalan menyusuri beting pasir yang berlaku selama dua jam itu dapat dirasai para pengunjung pantai dan resort di situ setahun sekali.

Info:
  • Beting pasir ini boleh berlaku di banyak tempat di Malaysia termasuk di Langkawi.
  • Setiap kali bulan penuh, fenomena air surut (akan berlaku) hingga naik beting pasir.
  • Selain Pantai Tanjung Rhu, fenomena itu turut dapat disaksikan di dua lagi lokasi iaitu di Teluk Datai dan Pantai Chenang.
  • Apa yang lebih menarik, pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan sebelah, gamat, belangkas dan kuda laut ketika menyusuri beting pasir.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna