
The Stick merupakan lokasi hujung minggu yang sesuai kepada mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan pencinta kehijauan pokok.
Tempat ini ambil masa kira-kira 1 jam 30 minit daripada Kuala Lumpur untuk sampai ke Kuala Kubu Baru.
Apabila sampai di pintu masuk, anda perlu melakukan sedikit jungle trekking kira-kira 10 minit sebelum sampai ke tempat penginapan.
Sepanjang perjalanan anda, anda akan melalui titi gantung yang merentas sungai dan jeram.
The Sticks merupakan sebuah resort mesra alam yang berasal daripada kawasan perlombongan biji timah. Kuasa elektrik dijana dengan kuasa solar dan sumber air adalah daripada sungai Meranti yang berdekatan.
Terdapat dua jenis penginapan yang disediakan di sini. Anda boleh memilih sama ada untuk duduk di chalet atau pondok.
Kelambu juga turut disediakan, jadi anda tidak perlu risau terkena gigitan nyamuk.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah:
– Jungle Trekking
– Paragliding
– White Water Rafting
– The Sticks Botanical Walk
– Board Games
Malah, anda akan mendapat harga pakej yang berpatutan dan diskaun bagi yang menginap di The Sticks.
Lokasi:
The Sticks
Lot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tidur Malam Ditemani Deruan Air Terjun, Camping di Takah Pengkoi Campsite Memang Syok. Baru Pergi Sekali Dah Plan Nak Repeat!

Memang syok bila tidur malam ditemani bunyi deruan air terjun. Cukup mendamaikan dan tenang. Itulah pengalaman yang biasanya camper dapat bila berkhemah di satu-satu campsite.
Yanie Haron berkongsi pengalaman camping di Takah Pengkoi campsite selama 2 hari 1 malam yang disifatkannya cukup menarik meskipun tapak campsite di sini agak terhad.
Bila dapat rehat sambil dengar deruan air cukup mendamaikan tambah pula lokasi yang berdekatan dengan sungai, anak-anak pun seronok dan mandi-manda.
Jom ikuti perkongsiannya:
Takah Pengkoi, Bekok, Segamat, Johor | 2-3 Julai 2022 | 2h 1m
Kawasan yang dijaga oleh orang asli dan dimajukan menjadi tempat rekreasi yang dapat dikunjungi oleh orang ramai. Tempat cantik, kawasan bersih, air bersih dan jernih.
Lama dah duk tengok tempat ni dari awal-awal camping dulu. Akhir nya sampai jugak kami ke sini. Dalam 2 jam je dari Melaka. Seawal jam 5 am dah gerak. Solat subuh di Tangkak. Teruskan perjalanan, dalam 7 am ++ dah sampai ke sini.
Masa sampai tu, campers yang masuk semalam dah ada la. Tapi orang awam yang picnic belum sampai lagi. So dapatlah kami pilih tapak bawah yang agak ok dan tenang jugak la sebab paling hujung kan. Jadi bukan laluan orang. Tapi perlu seberang sungai.
Tapak kat sini agak limit dan tak besar mana setiap satu tu. Khemah jenis dome memang sangat sesuai. Tapak ada sampai level 4 tapi jenuhla nak berangkut kalau camping kat atas-atas tu. Yang camping bawah pun jenuh dah. Biasa la air terjun kan, memang kene turun naik tangga.
Detail campsite;
Fee Camping rm40 (adult), Picnic rm15 (adult)
Toilet (cangkung) & bilik mandi
Surau
Sinki (mungkin di sesetengah kawasan. Yg pasti kat tpt kami level bawah, ada)
Parking (kawasan parking)
Stream (air terjun & sungai)
Laluan masuk boleh access semua kenderaan, bersimen lebih kurang 3km (rujuk video)
Coverage telco; kebanyakannya (Tapi maxis, hp sis yang Reno 2 tak ada line, yang Reno 6 ada jugak. Lepas la untuk wasap & calll . Tapi on off)
Overall Takah Pengkoi ni buat kami rasa nak repeat walaupun tapak agak limit, ramai orang picnic dan jenuh nak ngangkut sebab kene naik turun naik tangga. Tapi malam tido dengar deruan air, tempat redup dan tenang, air terjun best rasa nak berendam je, sejuk dan segar.
sumber: Yanie Haron
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 8 Muzium Boleh Dilawati. Selain Kumpul Fakta Menarik, Berbaloi Insta-Worthy Untuk Kaki OOTD!

Isi Kandungan
ToggleOleh kerana pulau peranginan banyak ditutup ketika hujung tahun ini, apa kata kita tukar percutian dengan mengunjungi muzium.
Pelbagai info dan fakta menarik yang boleh kita dapat dengan berkunjung ke mana-mana muzim yang ada di negara kita.
Selain mendapat info yang sangat berguna untuk memberitahu anak-anak tentang susur galur sesuatu sejarah, kita juga boleh mengabadikan kenangan di sini.
Pengembara yang meminati ‘mobile photography’ juga tidak ketinggalan kerana tempat-tempat ini sangat ‘insta-worthy’ untuk dimuat naik ke laman sosial mereka.
1. Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang
Lotong bercelak menjadi tumpuan utama dalam pameran seni anjuran Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Langur Project Pulau Pinang.
Ia bertujuan memberi kesedaran kepada pengunjung mengenai nasib spesies lotong bercelak terutama selepas kemusnahan kira-kira 20 lotong di Port Dickson oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada Mei yang lalu.
Pameran yang berakhir pada 31 Disember ini menampilkan karya 60 artis, mempersembahkan lakaran berbeza tentang kehidupan lotong bercelak, habitat mereka, ancaman serta usaha pemuliharaan.
2. Galeri Seni Sabah
Jika sudah selesai melakukan aktiviti menyelam percutian dan berseronok di tepi laut, anda boleh singgah di Galeri Seni Sabah.
Pameran yang diadakan menawarkan gambaran tentang perjalanan seni melalui pilihan karya merangkumi pelbagai medium, termasuk kolaj media campuran, pastel minyak, cat air dan kraf tangan kitar semula.
Pameran yang berakhir pada 7 Januari 2022 turut menampilkan pilihan lukisan awal dan buku lakaran dipamerkan.
Untuk merasai seni era kontemporari dan pandemik di Sabah, pengunjung juga boleh melihat pameran Pemilihan Seni Tahunan Sabah 2021 ke-36.
Tema tahun ini ialah “Gunung Kinabalu” dan “Sabah – Norma Baharu” merupakan pameran seni yang dipilih oleh seluruh negeri tersebut.
3. Muzium Warisan Baba & Nyonya, Melaka
Dianggap sebagai salah satu muzium persendirian terbaik di Malaysia, muzium ini akhirnya mengalu-alukan pengunjung selepas ditutup selama hampir dua tahun disebabkan pandemik.
Kini, muzium ini hanya dibuka pada Jumaat dan Sabtu untuk lawatan kerana ia perlahan-lahan kembali ke fasa pemulihan.
Bagi mereka yang berminat dengan identiti dan budaya Peranakan, “muzium rumah” ini memberi peluang anda merasai pengalaman mengenali sejarah itu sendiri.
Inilah peluang untuk bersiar-siar di sekitar rumah Baba Chan Cheng Siew (1865-1919) yang citarasa eklektiknya menawarkan gambaran sekilas tentang kekayaan budaya dan kemewahan di banyak rumah Peranakan sebelum Perang Dunia II.
4. Galeri Brooke, Sarawak
Galeri Brooke di Kubu Margherita Kuching telah dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Rajah Sarawak – bersedia untuk menyambut pengunjung selepas penutupan yang lama.
Galeri Brooke, bersaiz padat, menonjolkan sejarah, tempat dan figura di sebalik Sarawak dan Rajah Putihnya (Raja Putih Sarawak).
Galeri ini mempamerkan barangan dan artifak daripada keluarga Brooke yang memerintah Sarawak selama lebih satu abad sebelum menyerahkan Sarawak kepada Britain selepas Perang Dunia Kedua.
5. Galeri Ilham, Kuala Lumpur
Pameran di Galeri Ilham ini dikendalikan oleh Rahel Joseph dan Beverly Yong.
Karya-karya yang berwarna-warni namun berasas itu berpusat pada daya tarikan terhadap kehidupan seharian di kampung halaman seorang karyawan, Kok Yew Puah yang tinggal di Klang, Selangor.
Ia juga mengesan perkembangan amalan seni dan ideanya melalui temu bual dan perbualan dengan rakan artisnya.
Puah dianggap sebagai artis Malaysia yang diabaikan pada zamannya, dan pameran ini, yang berakhir April depan, melakukan banyak perkara untuk memperkenalkan semula legasinya.
Bagi yang pertama kali ke Galeri Ilham, jangan lupa untuk melihat kedai cenderamata galeri dipenuhi dengan buku seni Malaysia dan kraf kontemporari.
6. Muzium Perak, Taiping
Masa untuk mengenali sejarah hasil timah di Muzium Perak yang meninjau semula sejarah perlombongan bijih timah di Taiping dari abad ke-19 di British Malaya.
Ia mempamerkan peralatan perlombongan bijih timah dan dokumen sejarah dari zaman kegemilangan perlombongan bijih timah di bandar ini.
Seni bersejarah lain termasuk waran tangkap untuk ahli triad Ghee Hin dan Hai San, artifak dan barangan daripada agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Taiping, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara.
Pameran ini berlangsung sehingga Jun depan, dan jika anda berpeluang bolehlah singgah sebentar di Taiping untuk makanan, pemandangan menarik serta sejarah untuk diterokai di sini.
7. Muzium Bukit Besi, Terengganu
Muzium Bukit Besi yang baru dibuka di Dungun, Terengganu, membawa pengunjung ke pengembaraan bermakna kerana ia memberi penghormatan kepada sejarah perlombongan bijih besi di kawasan itu.
Dengan artifak sejak akhir 1920-an, pengunjung boleh mempelajari cara bijih besi dilombong dan diproses sebelum dieksport ke luar negara.
Pameran termasuk gambar peralatan perlombongan dan bekas kakitangan kerja, lokomotif lama serta data demografi warga asing yang dilahirkan di sana.
Lebih menarik lagi adalah Bukit Besi merupakan ibu kota pantai Timur yang paling hipster pada zaman kegemilangannya dan kemasukan adalah percuma sehingga diberitahu kelak.
8. Muzium Galeri Made In Ipoh, Perak
Muzium galeri mesra Instagram di Phin Kee Chan merupakan sebuah bangunan tiga tingkat yang dikenali sebagai Bangunan Kapitan Chung Thye Phin atau Rumah Arlene.
Muzium ini mempamerkan kisah, kehidupan dan warisan Kapitan Malaya merupakan sejarah yang mengasyikkan dipenuhi barangan sejarah dan artifak sejak lebih daripada satu abad lalu.
Antara yang menarik di sini ialah papan tanda perdagangan Phin Kee Chan, meja kerja milik Kapitan dan tangga lingkaran besi tuang Victoria berusia 116 tahun yang telah dipulihkan sepenuhnya dengan reka bentuk fleur-de-lis (lili) bergaya, tanda kegemaran Kapitan Chung.
Artikel Berkaitan:
Ini 10 Lokasi Menarik Di Marina Island Pulau Pangkor, Buat Kaki OOTD Rakam Momen Menarik!
Booking 2 Malam Tapi Semalam Je Menginap. Wanita Kongsi Pengalaman Seram Bercuti Di Sebuah Vila!
Percutian Bajet 3H2M Jejaki Pantai Timur (Kota Bharu+Bachok+Besut). Kos RM300 Seorang Je!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sentosa Villa Resort Taiping, Suasana Tenang Dengan Pokok Hijau Dan Air Sungai

Sentosa Villa Resort Taiping, port nak holiday dalam resort villa moden bertemakan dalam taman di Taiping.
Nak tidur sambil menikmati suasana tenang segar dengan air sungai mengalir dari Bukit Larut, datang lah sini.
Kelebihan Sentosa Villa Resort Taiping
Ada banyak jenis penginapan dan juga kemudahan. Dekorasi pun semua cantik dengan landskap yang tersendiri.
Okay ini antara pemandangan jelas ruang dalam biliknya, menarik bukan? Sesuai nak landing dengan keluarga tersayang.
Ada Hotel, Chalet, Cottage & Bungalow. Sesuai untuk family gathering, reunion dan banyak lagi. Ada juga disediakan Tempat untuk BBQ (Sewa).
Resort berdekatan Kolam Burma, Bukit Larut, Zoo Taiping & Taman Tasik Taiping.
Harga bermula RM188 untuk Hotel. RM248 untuk chalet. RM688 untuk Cottage & Bungalow.
Sentosa Villa Resort Taiping ini dalam Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping pun sangat dekat. Kalau malas nak keluar nak lepak dalam itu saja pun dah best sangat.
Owh ya, dalam kawasan itu ada garden yang sangat luas untuk briskwalk, ada anak sungai yang anak anda boleh mandi-manda.
Ada banyak port ootd dan playground. Paling penting environment and fasiliti memang terbaik.
Nanti, datang lah sini kalau nak berdamai dengan alam semula jadi. Sesekali berteduh dengan pokok-pokok hijau pun cukup puas!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI