Lari Dari Kesesakan Georgetown, Pilih Layan Sunset Indah Di Balik Pulau. Rugi Tak Tengok Kalau Ke Penang!

Share

Tidak dinafikan Pulau Pinang memang akan menjadi salah satu destinasi bucket list percutian dalam negara.

Keindahan pulau Mutiara ini serta pelbagai keistimewaan serta mahu merasai pelbagai keenakan makana di sini jadi pilihan pelancong datang ke sini.

Destinasi wajib dikunjungi bila cuti.

Artikel Berkaitan:Jom Cuti-Cuti Penang! Tetamu Tidak Akan Dikenakan ‘Caj Hotel’ Sehingga Jun 2021

Dan biasanya antara lokasi yang selalu dikunjungi apabila pergi ke Pulau Pinang adalah Bukit Bendera, Batu Feringgi, bandar Georgetown dan beberapa lagi kawasan menarik.

Tetapi apa kata untuk percutian berikutnya anda pilih untuk menerokai keindahan Balik Pulau.

Lihat pemandangan indah dari atas.

Dalam satu perkongsian sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Abdullah Fahim mencadangkan untuk berehat di satu tempat menarik di Balik Pulau, iaitu Anjung Indah.

Menurutnya Anjung Indah suatu tempat yang sangat indah dan nyaman, terutama jika hujan akan terasa kesejukan.

Cuaca dingin terasa lepas hujan.

Artikel Berkaitan: ‘Road To Pantai Timur From Penang’. Trip Sejauh 1367KM Jejak Kelantan, Terengganu & Pahang

Paling menarik jika senja menyinsing, dapat menikmati pemandangan sunset yang indah dan sangat mendamaikan. Hanya yang melihat dapat merasai keindahan alam ciptaan PenciptaNya ini.

Keindahan sukar diungkap kata-kata.

Jangan risau tentang makan jika ke sini kerana Anjung Indah turut menyediakan kedai makan di kawasan sekitar.

Dan antara hidangan popular adalah ayam pasu. Merasai sendiri keenakan ayam pasu diilhamkan oleh pemiliknya yang juga berasal dari Balik Pulau.

Keenakan ayam pasu jadi tarikan.

Pemilik tempat ini yang sangat ramah dengan pelbagai info serta sejarah yang boleh ditanya sambil melayan secangkir kopi bersulaman teh ais madu.

Biarpun sekadar melihat sunset dari atas bukit, tetapi perasaan tenang yang sukar untuk digambarkan kala berada di sini.

Nikmat mana lagi kita mahu.
Melihat keindahan jambatan kedua Penang.

Nikmat yang sangat nyaman dan tentunya inilah pilihan terbaik keluar dari kesesakan di Pulau Mutiara ini terutama di zon Georgetown.

Kata orang sambil malayan jiwa dan perasaan dan inilah percutian diidamkan setelah hampir beberapa bulan duduk di rumah disebabkan MCO.

Alam semulajadi yang masih terpelihara.
Port baik untuk geng OOTD.
Lepak sambil layan teh ais madu.

Artikel Berkaitan: Datang Bukit Bendera Wajib Try Minum Kopi ‘Dalam Hutan’. Padu!

Oleh
Siti Zurina Mat Saman