Buat rakyat Malaysia yang akan menunaikan Haji atau Umrah, pastikan anda mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya larangan untuk berswafoto dalam kawasan yang telah dinyatakan.
Arab Saudi melarang pengunjung dari merakam gambar dan video di dua masjid Islam paling suci, Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah.
Keputusan melarang rakaman foto dan video di Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah telah berkuatkuasa sejak tahun 2017 oleh Kementerian Luar Negeri Arab Saudi.
Ads
Ads
Larangan ini, berkuat kuasa tanpa mengira objektif, termasuk kepada wakil-wakil media, telah dikenakan bagi melindungi dan memelihara tapak suci, kata kenyataan itu. Larangan itu juga terpakai kepada kawasan sekitar masjid.
Ads
Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu dikenakan bagi melindungi dan memelihara tempat-tempat suci, menghalang gangguan terhadap jemaah lain dan menjamin ketenangan ketika melakukan ibadah.
“Sekiranya berlaku pelanggaran larangan itu, alat yang digunakan untuk mengambil gambar dan video akan dirampas dan tindakan undang-undang akan diambil,” kata kenyataan itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tahu atau tidak jumlah sebenar penduduk dunia ini ? Sebanyak 27 negara atau wilayah mengalami penurunan populasi penduduk sekurang-kurangnya satu peratus sejak 2010 ekoran kadar kesuburan yang rendah. Maka untuk terus menambah populasi bumi, seorang wanita semasa hayatnya dicadangkan perlu melahirkan secara purata dua orang bayi.
Walau bagaimanapun, populasi penduduk dunia dijangka meningkat sehingga 9.7 bilion orang menjelang tahun 2050 berbanding 7.7 bilion orang hari ini. Ia berdasarkan laporan ‘Prospek Populasi Dunia 2019’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Jumlah tersebut boleh meningkat kepada 11 bilion orang menjelang tahun 2100. Laporan ini sekaligus menunjukkan jumlah penduduk dunia yang tertinggi dalam sejarah.
Menurut laporan itu, populasi penduduk di rantau sub-Sahara Afrika akan meningkat sebanyak dua kali ganda. Kajian berkenaan membayangkan gambaran masa hadapan di mana populasi penduduk di beberapa negara meningkat ekoran tempoh jangka hayat penduduknya yang semakin panjang meskipun pertumbuhan global berkembang dengan perlahan dan kadar kesuburan menurun.
Ramalan populasi penduduk Malaysia juga tidak kurang menariknya kerana dijangka mencapai kemuncak 42 juta penduduk menjelang tahun 2070 sebelum mula susut semula kerana masalah kesuburan.
Menjelang 2050, lebih separuh peningkatan populasi dunia akan tertumpu kepada sembilan negara sahaja iaitu India, Nigeria, Pakistan, Republik Demokratik Congo, Ethiopia, Tanzania, Indonesia, Mesir dan Amerika Syarikat (AS).
Sementara itu, China akan menyaksikan populasi penduduknya menurun sebanyak 2.2 peratus atau sekitar 31.4 juta orang antara 2019 dan 2050.
Laporan itu turut menyebut angka kematian melebihi jumlah kelahiran baharu di beberapa negara seperti Belarus, Jerman, Estonia, Hungary, Itali, Jepun, Russia, Serbia dan Ukraine
Ada berita baik untuk kaki travel! Bermula awal Februari 2019 lalu, perkhidmatan Rapid KL Airport Shuttle Service telah diperkenalkan untuk kemudahan penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa 1 dan 2 (KLIA & KLIA2). Tambang serendah RM10 untuk perkhidmatan (Kombo-Rail dan Bas) terus ke lapangan terbang pilihan merupakan promosi baru yang diperkenalkan kepada umum.
Jadual waktu perjalanan bas bermula seawal jam 6.30 pagi dan akan tamat pada jam 10.30 malam. Kekerapan bas sedia untuk dinaiki sekitar 30 minit sekali. Buat permulaan hanya perkhidmatan sahala sahaja yang beroperasi iaitu dari Hentian Putra Height ke KLIA atau KLIA2. Tiada sebarang perkhidmatan dua hala dari KLIA atau KLIA2 ke Hentian Putra Heiht buat masa ini.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pihak RapidKL.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Umum mengetahui tarian Makyung adalah seni tari tradisional masyarakat Melayu dan bertapak pada mulanya di negeri Kelantan. Malah, seni tari ini dikatakan wujud sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu lagi. Makyung mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila UNESCO mengiktiraf seni tari Makyung sebagai salah satu karya agung warisan.
Elemen yang digunakan dalam seni tari Makyung ini mempunyai unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian sambil diiringi oleh instrument muzik dan vokal. Muzik adalah elemen yang sangat penting dalam setiap pementasan Mak Yong kerana muzik terutama daripada rebab digunakan untuk menarik penonton dan memaklumkan bahawa pementasan Makyung akan bermula.
Makyung pernah diharamkan oleh kerajaan Kelantan pada tahun 1991, seni tari ini menjadi satu pementasan Diraja oleh Kesultanan Kelantan sehingga sekitar 1920-an dahulu. Dek disebabkan oleh seni tari Makyung ini sering dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan dan dilihat memesongkan akidah dan melanggar syariat, menyebabkan seni tari Mak Yong ini diharamkan langsung di Kelantan. Namun selepas 28 tahun Makyung diharamkan, kini persembahan tradisional rakyat Kelantan iaitu makyung dibenarkan yang dipersembahkan secara patuh syariah telah mendapat sambutan daripada masyarakat negeri ini selepas tiga siri jelajah persembahan itu dilakukan.
Persembahan Makyung patuh syariah itu telah dilakukan di Tanah Merah, Jeli dan terkini di Pasir Mas. Sepanjang siri jelajah itu dilakukan ia mendapat sambutan dan telah diterima oleh masyarakat negeri ini walaupun persembahan seni tradisional itu diubah suai dan diharmonikan.
Makyung patuh syariah dalam persembahan tiada melibatkan peserta wanita dan jalan cerita memberikan manfaat kepada masyarakat selain tiada unsur-unsur ritual. Sebelum ini, media melaporkan kerajaan negeri akan membenarkan persembahan tarian tradisional Mak Yong di Kelantan sekiranya mematuhi syariat Islam.
Makyung patuh syariah yang dipersembahkan itu dilakukan dengan beberapa penambahbaikan iaitu mengetengahkan pelakon lelaki, penceritaan rakyat dengan unsur nasihat serta elemen kesenian yang menggambarkan kebudayaan Kelantan.
Ia tidak melibatkan unsur pemujaan dan mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan. Ia tiada seabarang unsur-unsur ritual pembukaan panggung, melibatkan watak-watak perempuan namun struktur asal persembahan masih dikekalkan.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!