Larangan Menyelam Di Jeti Kg. Salang Tioman, Takut Ada Yang Terlibas Dengan Enjin Bot!

Share

Apabila kita bercuti ke kawasan pulau, aktiviti yang paling best untuk dilakukan mestilah bermain air laut. Aktiviti seperti menyelam, berenang, snorkeling, scuba diving adalah aktiviti yang paling banyak dijumpai di pulau.

Namun, dalam keghairahan kita bersuka-ria, jangan sesekali kita abaikan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain. Bermainlah dengan berhemah supaya sama-sama dapat keseronokkan yang dicari. Sebagai contoh yang boleh saya ketengahkan di sini adalah aktiviti menyelam atau berenang.

Jangan hampiri kawasan yang mempunyai kadar trafik atau aktiviti bot yang tinggi seperti kawasan jeti atau yang berdekatan dengan itu. MPKK Kampung Salang di Pulau Tioman telah mengeluarkan satu surat yang melarang melakukan aktiviti selaman di jeti kampung tersebut.

Ini kerana sejak kebelakangan ini, sering terjadinya kejadian melibatkan kemalangan dan kematian yang berpunca daripada aktiviti menyelam di sekitar perairan Pulau Tioman.

Oleh sebab itu, langkah-langkah pencegahan terpaksa diambil bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali di masa akan datang. Di dalam surat yang dikeluarkan itu juga menjelaskan bahawa larangan tersebut akan berkuat-kuasa bermula 30 Ogos 2019 di Jeti Kampung Salang Pulai Tioman Rompin Pahang.

Kalau orang kampung sendiri dah melarang kita daripada menyelam di kawasan tersebut, pasti ada sebab yang munasabah di sebaliknya. Jadi janganlah kita, pelancong yang sekali sekala datang ke Pulau Tioman sengaja mencari asbab pula untuk menyelam di situ.

Ada banyak lagi kawasan lain yang menarik untuk aktiviti menyelam di Pulau Tioman. Jadi ingatlah keselamatan diri sendiri dan juga kawan-kawan yang lain ya!

Oleh
Epul