Sejak kebelakangan ini ada banyak perkongsian di media sosial (terutama dalam halaman-halaman berkaitan umrah atau haji) yang dikongsikan warganet mengenai larangan ‘berswafoto’ di dua masjid Islam paling suci, Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah.
Ada yang mengatakan undang-undang tersebut tidak lagi dikuatkuasa dek kerana kelihatan banyak jemaah yang masih lagi bergambar di kawasan tersebut. Ada juga yang tertanya-tanya dan inginkan kepastian mengenai khabar tersebut agar tidak mendatangkan kesulitan di kemudian hari.
Menerusi pengkongsian daripada Puan Masnira Ramli, rakyat Malaysia yang kini menetap di tanah suci, beliau menyatakan bahawa larangan itu adalah benar ketika ini.
“Berita tentang kerajaan saudi tidak membenarkan selfie di dalam masjid dan juga mengambil video ketika tawaf adalah benar.
Malam ini selepas solat isyak, suami membuat tawaf sunat dia bahagian atas (roof top). Kelihatan polis masjid menegur/melarang dengan tegas kepada sesiapa yang selfie dan mengambil gambar secara berkumpulan di situ.
Khabarnya di Madinah juga tidak dibenarkan mengambil gambar/ video di kawasan solat wanita.
Satu tindakan yang sangat baik.”
Buat rakyat Malaysia yang akan menunaikan Haji atau Umrah, pastikan anda mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan. Arab Saudi melarang pengunjung dari merakam gambar dan video di dua masjid Islam paling suci, Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah. Keputusan melarang rakaman foto dan video di Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah telah berkuatkuasa sejak tahun 2017 oleh Kementerian Luar Negeri Arab Saudi. Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu dikenakan bertujuan: