Uncategorized

Lapangan Terbang Ini Paling Sibuk Di Dunia Selama 21 Tahun Berturut-Turut

Share

Anda tahu tak berapa banyak kapal terbang yang berada di udara sekarang? Menurut info daripada FlightRadar24, ada kira-kira 3300 kapal terbang yang berada di udara setiap masa.

Apabila anda melihat ke langit, biasanya ruang langit kosong dan tak kelihatan pun 3300 pesawat yang sedang terbang tu, tapi percayalah yang sebenarnya ruang udara kita sangat sibuk.

Sekiranya ruang udara itu sibuk dengan pesawat yang ulang-alik setiap masa, di mana pula lapangan terbang yang paling sibuk? Jawapanya adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta.

Pada Tahun 2018 sahaja, lapangan terbang ini mencatatkan jumlah penumpang seramai lebih 107 juta orang sekaligus menjadikan lapangan terbang ini menerima jumlah pelepasan dan pendaratan kapal terbang paling banyak di dunia.

Apa yang menjadi persoalan adalah, Atlanta bukan satu kawasan pelancongan yang popular seperti tempat-tempat lain tetapi masih menerima kedatangan pelawat yang tinggi.

Jumlah yang diterima itu meninggalkan jumlah pelawat yang diterima oleh Lapangan Terbang Beijing di tempat kedua dengan 101 juta penumpang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dengan 90 juta penumpang di tempat ketiga. Kedua-dua lapangan terbang di Beijing ini lebih popular berbanding lapangan terbang di Atlanta tersebut.

Buat masa sekarang, Lapangan Terbang Antarabangsa Atlanta ini tidak akan diperbesarkan sehingga tahun 2037 kerana pengurusan bandar Atlanta telah menandatangani perjanjian bersama Delta Airways yang berpengkalan di bandar tersebut untuk tidak membina sebarang lapangan terbang baharu selama 20 tahun bermula 2017.

Untuk pengetahuan anda, Delta Airlines adalah penerbangan kedua paling popular di dunia dan pernah menjadi yang pertama sebelum dipintas oleh American Airlines yang telah bergabung dengan U.S Airways.

Sumber: Reader’s Digest

Oleh
Epul