Sepasang suami isteri dari Britain yang meninggalkan negara asal mereka pada tahun 2011 kerana ingin belayar mengelilingi dunia kini telah mempunyai tiga orang cahaya mata dan masih meneruskan pelayaran.
Ramai yang cemburu dengan kehidupan keluarga ini kerana menghabiskan masa hanya dengan belayar selain berpeluang menjejakkan kaki di pelbagai negara di dunia.
Jess Lloyd-Mostyn berusia 36 dan suaminya, James, 48 tahun memulakan pengembaraan mereka setelah mengikuti beberapa kursus pelayaran ringkas. Pasangan itu sebelum ini hanya pasangan kekasih, dalam tempoh ketika misi pelayaran mereka telah berkahwin dan dikurniakan anak sudah melawat hampir 36 buah negara. Mereka sudah belayar sejauh 41,000 kilometer dalam tempoh lapan tahun ini.
Selepas menyeberangi Lautan Atlantik dan berada beberapa bulan di Caribbean dan tiba di Panama, pasangan iniu memutusakan untuk memulakan kehidupan berkeluarga. Dua tahun selepas memulakan pelayaran, Jess melahirkan anak pertamanya, Rocket yang kini berumur 5 tahun di sebuah hospital di Mexico manakala anak kedua, Indigo, 3 tahun, dilahirkan di New Zealand. Manakala cahaya mata ketiga mereka, Autumn lahir di London ketika pasangan suami isteri itu pulang dan berhenti sebentar di Britain pada Oktober tahun lalu.
Jess sebelum ini merupakan seorang artis seni dan James pula bekerja sebagai arkitek. Pasangan itu menyewakan rumah dan sebuah flat milik mereka di London bagi membantu membiayai pelayaran tersebut.
Mereka pada mulanya meletakkan tempoh dua tahun untuk menamatkan pelayaran tersebut. Namun, Jess dan James terpaut pada kehidupan baharu itu dan tidak merancang untuk berhenti belayar. Penulis percaya kehidupan sebegini menjadi impian ramai orang kan? Tujuan hidup hanya dengan mengelilingi dunia dan menggembara melihat ciptaan Ilahi.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sedang melakukan persiapan akhir untuk projek yang akan membolehkan jemaah, pelawat dan penduduk Arab Saudi bergerak ke kota suci Madinah dengan menaiki unta melalui Laluan Hijrah yang digunakan oleh Nabi Muhammad, lapor akhbar harian Mekah.
Kementerian Haji dan Umrah bersetuju melancarkan inisiatif itu bersama Suruhanjaya Diraja untuk Mekah dan Tempat Suci.
Projek sepanjang Laluan Hijrah itu termasuk membangunkan 27 hentian rehat, pembinaan hotel, rumah tumpangan, muzium dan bangunan-bangunan lain.
Inisiatif itu diberi nama Jalan ke Thaniyat Al-Wada, merujuk kepada sebuah kawasan tanah tinggi dekat Madinah. Apabila siap kelak, pengunjung boleh mengambil jalan sama yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W semasa baginda berhijrah ke dari kota suci Mekah ke Madinah.
Laluan itu akan bermula dari Ghar Thor, gua di Bukit Thor, Mekah iaitu lokasi Nabi Muhammad dan sahabat baginda, Abu Bakar bersembunyi daripada puak Quraish selama tiga hari sebelum memulakan perjalanan ke Yathrib.
Kota Yathrib bertukar nama kepada Madinah Al-Munawwarah selepas Nabi Muhammad menetap di sana.
Menurut kementerian itu, selain menaiki unta, pelawat juga boleh melakukan perjalanan ke Madinah melalui jalan sama menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan motosikal. Kementerian sama bagaimanapun tidak menyebut bila laluan sejauh 380 kilometer itu akan dilancarkan namun, ia dipercayai siap dalam sedikit masa lagi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tarikh berkuatkuasa Tarikh dikenakan cukai pelancongan ialah 1 Ogos 2017. Pendaftaran pengendali premis penginapan bermula 1 Julai 2017.
Siapa yang mengutip cukai pelancongan Kementerian Kewangan dan Kastam Di Raja
Apakah Cukai Pelancongan? Cukai yang dikenakan pada kadar yang spesifik terhadap pelancong yang menginap di mana-mana premis penginapan yang disediakan oleh pegendali premis.
Mengapa cukai pelancongan dilaksanakan?
Satu mekanisma usahasama antara Kerajaan dan industri pelancongan untuk meningkatkan sektor pelancongan
Keuntungan cukai akan digunakan untuk membangunkan infrastruktur dan kemudahan industri pelancongan serta kempen dan promosi pelancongan untuk negara.
Untuk memelihara dan memulihara keindahan semulajadi, budaya, dan warisan demi kebaikan sekarang dan akan datang
Berapakah kadar cukai pelancongan?
5 bintang:RM20/bilik/malam
4 bintang:RM10/bilik/malam
1,2,3 bintang:RM5/bilik/malam
1,2,3Orchid:RM2.50/bilik/malam
Premis penginapan biasa: RM2.50/bilik/malam
Siapakah yang dikenakan cukai? Pelancong sama ada rakyat Malaysia atau warga luar Malaysia yang melawat mana-mana tempat di Malaysia bagi sebarang tujuan seperti ;
keseronokan, rekreasi atau percutian;
kebudayaan
keagamaan
Melawat saudara atau rakan
Sukan
perniagaan
mesyuarat, persidangan, seminar atau konvensyen;
pendidikan atau kajian;
apa-apa maksud lain yang tidak berkaitan dengan satu pekerjaan yang dibayar saraan dari tempat yang dilawati
Apakah yang dimaksudkan dengan premis penginapan?
“Premis Penginapan” ertinya mana-mana bangunan, termasuk asrama, hotel, penginapan, asrama-rumah, rumah rehat dan rumah penginapan, yang diadakan oleh tuan punya, pemunya atau pengurus, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, yang menawarkan penginapan atau tempat tidur kepada pelancong untuk sewaanatau apa-apa bentuk ganjaran, sama ada makanan atau minuman juga ditawarkan.
“Premis penginapan Pelancong” ertinya mana-mana premis penginapan yang telah didaftarkan oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen 31C (1) Akta Industri Pelancongan 1992.
Siapakah pengendali? Mana-mana orang yang mengendalikan premis penginapan yang mungkin termasuk:
pemunya; atau
pemilik atau pengurus asrama, hotel, penginapan, asrama-rumah, rumah rehat dan rumah penginapan
Siapa yang dikenakan cukai pelancongan? Pelancong bertanggungan untuk membayar cukai pelancongan kepada operator.
Siapa bertanggungjawab memungut cukai pelancongan untuk serahan ke Kastam Di Raja? Pengendali berdaftar bertanggungjawab memungut cukai pelancongan dari pelancong sebelum berlepas dan membayar cukai pelancongan yang dikumpul atau yang boleh diambil untuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkenaan dengan tempoh bercukainya.
Berapa lama tempoh tempoh cukai?
tempoh 3 bulan yang berakhir pada hari terakhir mana-mana bulan dalam sesuatu tahun kalendar; atau
pengendali yang berdaftar dengan GST, tempoh bercukainya akan disetujui bagi tempoh yang diberikan kepadanya bagi tujuan GST
Bagaiman pengiraan cukai pelancongan? Cukai pelancongan dikira pada sewaan bilik satu malam berdasarkan kadar premis penginapan. Contoh: Penginapan 1 malam untuk setiap bilik dan caj bilik adalah RM 160.00 per bilik / malam di sebuah hotel 3 bintang.
caj bilik / bilik / malam
RM 160 x 1 bilik/malam
RM 160.00
Caj perkhidmatan (10%)
RM 160 x 10%
RM 16.00
GST (6%)
RM 176 x 6%
RM 10.56
Cukai Pelancongan (3 star)
RM 5 x 1 room/nigh
RM 5.00
TOTAL
RM 191.56
Yang dikecualikan daripada pendaftaran cukai pelancongan? Mana-mana orang yang menyediakan premis penginapan berikut dikecualikan daripada pendaftaran dan tidak boleh mengenakan cukai pelancongan kepada pelancong yang tinggal di premis ini:
‘homestay ‘yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK);
‘kampungstay ‘yang berdaftar dengan MOTAC;
premis penginapan yang ditubuhkan/disenggarakan oleh institusi agama bukan untuk tujuan komersial; atau
premis penginapan dengan kurang daripada 10 bilik.
premis penginapan dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau badan berkanun untuk latihan, pendidikan atau penginapan yang bukan untuk tujuan komersial
Bagaimana untuk mendaftar sebagai pengendali?
Mohon pendaftaran dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengendalian premis penginapan dari JKDM
bagi pengendali sedia ada, mohon pendaftaran dalam tempoh 30 hari dari 1 Julai 2017
Permohonan perlu dibuat dan dikemukakan melalui perkhidmatan elektronik kepada JKDM menggunakan borang Cukai Pelancongan-01
Tarikh permulaan pendaftaran akan berkuat kuasa dari hari pertama bulan berikutnya selepas permohonan
Bagaimana untuk mengakaun cukai pelancongan kepada JKDM?
Operator mengakaun cukai pelancongan dikumpulkan dalam borang di Cukai Pelancongan-03 bagi setiap tempoh bercukai;
Borang Cukai Pelancongan-03 hendaklah diberikan kepada JKDM tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas berakhirnya tempoh bercukai;
Borang Cukai Pelancongan-03 boleh diambil dari laman web JKDM atau di mana-mana pejabat Kastam terdekat.
Berapa lama rekod perlu dikekalkan?
Rekod perlu disimpan selama tujuh (7) tahun di Malaysia melainkan jika diluluskan oleh JKDM; dan
dalam bahasa Inggeris atau bahasa kebangsaan.
Rekod-rekod yang diperlukan ialah: i. buku akaun; dan ii. rekod lain yang berkaitan dengan Cukai PelanconganTerjemahan : Mohd Zulfadli
Seekor anak ikan paus dipercayai spesies Humpback ditemukan di perairan Batu Malang, Teluk Senangin minggu lalu. Melalui video yang tular itu, ikan itu mirip spesies 'humpback whale' atau nama saintifiknya ‘megaptera novaeangliae’ dan dianggarkan usianya di bawah satu tahun dengan anggaran panjang lima ke lapan meter.
Ikan spesies ini habitat asal sepatutnya berada di perairan Hawaii, New Zealand, atau di Lautan Pasifik dipercayai terpisah daripada ibunya.
Spesies ikan paus tersebut merupakan yang pertama ditemui di perairan Semenanjung Malaysia dan kemungkinan sesat berikutan faktor pasang surut air selain faktor makanan. Ikan paus selalunya hidup secara berkumpulan, sering berhijrah ke satu tempat yang lain untuk makanan. Ia boleh menyesuaikan diri sebab laut di Semenanjung Malaysia adalah laut tropika cuma apabila perubahan iklim, ia menjadi faktor ikan paus sakit atau mati.
Ketua Cawangan Mamalia Marin Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mamalia itu kira-kira pukul 8 pagi pada hari kejadian daripada nelayan mengenai kehadiran ikan paus itu di perairan tersebut.
Pihaknya tidak akan menangkap ikan tersebut sebaliknya melakukan pemantauan berkala bagi memastikan ia tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Cuma apa yang membimbangkan anak ikan ini berisiko besar untuk terperangkap memandangkan kawasan ia berlegar merupakan kawasan menangkap ikan.
Sehingga hari ini, maklumat diterima ikan tersebut masih berlegar-legar di kawasan perairan dari Pulau Pangkor ke Teluk Senangin. Nelayan diingatkan supaya tidak mendekati atau cuba menangkap ikan tersebut.