
Lanno Valley di Simpang Pulai pakan jadi pilihan buat anda! Rupanya dekat Perak ada tempat anda boleh bawa anak jalan-jalan sekitar gua.
‘Terhidang’ depan mata tasik yang indah, melengkapkan suasana damai bila kita mahukan ketenangan emosi sewaktu bercuti.
Lanno Valley di Simpang Pulai
Antara aktiviti boleh buat di sini macam tengok kambing, bagi ikan makan. Memanah. Atv dan macam-macam lagi.
Nak masuk pun bayar murah sahaja, yang mana dewasa RM3 dan kanak-kanak RM1. Duduk lah dalam tu berapa lama pun. Anda juga boleh OOTD sepuasnya.
Port cantik nak photoshoot kahwin pun ngam. Boleh lah datang berjemaah ke sini, sambil bergambar boleh layan aktiviti best di Lanno Valley.
Anda yang suka buat aktiviti lasak dan nak merasa suasana berbeza tetapi nampak pemandangan menarik, boleh lah ke sini.
Kemudian lepas ke sini, kalau nak gerak ke Hobbiton di Simpang Pulai. Kira dua tempat anda boleh singgah, best!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Naik ATV Explore 180 Ekar Kebun Buah Di Desaru Fruit Farm. Sambil Kenal Buah Anak-anak Boleh Main Dengan Haiwan Di Mini Zoo

Desaru destinasi percutian yang semakin dikenali ramai. Selain mempunyai pantai dengan pasir putih yang cantik bersama deretan pilihan hotel untuk seisi keluarga, Desaru Fruit Farm juga antara tarikan yang perlu dilawati bila berkunjung ke sini.
Desaru Fruit Farm telah dianugerahkan sebagai “tapak Agro- Pelancongan Terbaik”di Malaysia pada 2006 dan Tarikan Pelancongan Inovatif – Agro Pemuliharaan Pelancongan oleh Anugerah Pelancongan Malaysia 2010. Tempat ini sangat sesuai untuk orang-orang bandar yang jarang dapat masuk ladang, terutama kanak-kanak. Bagi orang dewasa, kita memang kenal buah-buah bermusim yang biasa dijual di pasar tetapi amat jarang sekali kita dapat melihat bunganya sebelum menjadi putik buah. Di sini kita berpeluang mengenali pokoknya serta bunga, putik dan buahnya.
Jika mahu anak-anak tengok sendiri dari mana datangnya makanan mereka, Desaru Fruit Farm ini antara tempat terbaik. Tempat ini memang khas dibuat untuk menerima pelancong. Keluasan kebun buah ini melebihi 180 ekar, dengan jumlah pokok mencecah 3-4 ratus spesis. Selain dari itu ada disediakan aktiviti-aktiviti menarik bukan sahaja untuk dewasa tetapi juga untuk anak-anak.
Ada banyak pakej yang ditawarkan untuk meneroka ke setiap pelosok kebuh buah ini, termasuklah untuk memasuki ke mini zoo dan juga ladang buaya. Anda boleh untuk meneroka kebun buah ini dengan menaiki ATV atau juga hanya berjalan kaki. Ada juga pakej yang lengkap dengan makan tengah hari untuk anda nikmati kat sini.
- Melawat Kebun Buah
Selain dari pokok buah yang biasa dilihat di kampung, seperti rambutan, pisang, jambu dan mangga, tempat ini memberi peluang pada anda untuk melihat pokok-pokok yang jarang ada di kawasan rumah. Antaranya pokok koko yang mana bijinya diproses untuk dijadikan coklat, amra atau kedondong, cermai dan durian belanda. - Kenali Tanaman sayur dan herba
- Taman Haiwan Mini
Ini kawasan berkonsepkan “petting zoo”. Di sini terdapat arnab dan kambing di mana anak-anak boleh memberi makan sambil membelainya. Mereka juga boleh bermain-main dengan ayam, ayam belanda dan ayam turkey.
- Berehat di taman
Di separuh lawatan, anda boleh berehat di sebuah taman sambil menjamu mata melihat lanskap yang menarik. Kalau dahaga boleh beli jus buah segar yang dibuat dari buah yang terdapat di ladang, yang dijual di gerai dalam taman. Ada juga kawasan kolam ikan koi warna-warni di sini. Bagi anak-anak yang suka memberi makan ikan bolehlah berseronok dengan aktiviti ini.
- Shopping Buah-buahan
Dah penat meneroka, sebelum pulang anda boleh shopping buah-buahan yang ada di pasar jualan yang ada di sini.
kredit: FB Desaru Fruit Farm & Aisha Echa
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bercuti Di Dream Forest Langkawi, Dikelilingi Cahaya Lampu Memukau

Dream Forest Langkawi, tempat ini baru buka bulan Jun dan merupakan enchanted magical forest pertama di Malaysia.
Okay, vibes kat sini macam berada dalam avatar forest, cantik dan memukau.
Dream Forest Langkawi
Buka waktu malam sahaja dan laluan sepanjang 1.2km dalam rainforest dikelilingi dengan immersive technology, lighting, soundscape dan cerita hikayat lagenda Pulau Langkawi – Tasik Dayang Bunting, Merong Mahawangsa & Langkawi Giants.
Kalau nak berjalan sekitar ini, ambil masa sekitar 45 minit – 1 jam sebab anda akan leka tengok sekeliling yang dihidupkan dengan cahaya warna-warni.
Kawasannya wheelchair and stroller friendly, cuma kat bahagian exit kena angkat sikit sebab belum buat laluan turun untuk wheelchair & stroller, maybe they will improve it in the future. Ada tandas, surau dan small food & beverage stall, boleh makan marshmallow dekat unggun api.
Owh ya, tiket boleh beli direct di kaunter menerusi website dream forest pun boleh atau dekat klook dan redeem di kaunter.
Lokasi:
Dream Forest Langkawi owned by Tiara Jacquelina
Ticket price : Boleh rujuk pada gambar
Operating hours : 7pm-12am (daily)
Closed : every Wednesday (except Public Holidays and School Holidays)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Indah Serta Unik, Ini 10 Kota & Bandar Paling Berwarna-Warna Di Dunia!

Tarikan yang wujud pada lokasi-lokasi ini cukup menarik sekali kerana ia kaya dengan pelbagai warna dan corak!
Jadi tidak hairanlah 10 lokasi ini dianggap paling indah dengan warna-warni yang tersendiri. Kali ini LIBUR kongsikan kota dan bandar yang penuh berwarna-warna seantero dunia!
Riomaggiore, Itali
Salah satu bandar yang kaya dengan warna adalah Riomaggiore. Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdiri dari batu pasir ini dicat dengan pelbagai warna sehingga menjadi lokasi pelancong untuk bergambar tanpa mencari latar-belakang yang menarik.
Willemstad, Curacao
Willemstad adalah bandar utama dari Curacao yang terletak di sebelah selatan pulau. Seni bina kolonial Belanda Willemstad terlihat indah dan bersatu dengan perairan Caribbean. Pusat sejarah kota terdiri daripada dua bahagian iaitu Punda dan Otrobanda. Bangunan beli belah dan bersejarah dengan warna-warna cerah dan pelbagai ini membuat para pelancong ingin berjalan kaki menikmati pemandangan bandar yang unik.
La Boca, Argentina
Bandar La Boca merupakan kawasan kejiranan yang diwujudkan oleh kemasukan pendatang dari Itali dan kebanyakan reka bentuk bangunan meniru gaya kota raya tepi laut Genos dari segi seni bina yang banyak dipengaruhi oleh Eropah.
Wroclaw, Poland
Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Seperti sebahagian besar negara di Eropah, bandar ini mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom. Di sebabkan itu, terdapat banyak gereja yang berwarna-warni menghiasi bandar ini.
Longyearbyen, Norway
Bayangkan apabila sebuah bandar terletak berdekatan dengan pulau artik yang sejuk berais, bandar yang penuh warna-warni memang sangat dihargai! Setiap rumah dan bangunan yang penuh warna berlatarbelakangkan salji membuatkan pengunjung tidak mahu berganjak.
Nyhavn, Denmark
Kawasan yang wujud sejak abad ke-17 ini terletak indah sepanjang laluan berair bersebelahan bangunan berwarna-warni. Kebanyakan pelancong tidak menolak untuk menikmati kapal kayu yang dipandu perlahan untuk menikmati bangunan bar dan restoran yang indah sepanjang perairan.
Guanajuato, Mexico
Ditemui pada tahun 1554, Guanajuota merupakan bandar kecil tetapi kaya dengan arkitektur kolonial Sepanyol. Guanajuota membawa maksud bukit katak kerana katak merupakan simbol kebijaksanaan manakala bangunan yang berwarna hijau mempunyai banyak maksud tersurat dan tersirat bagi penduduk tempatan. Struktur warna seperti pelangi di bandar ini terletak berdekatan lombong perak di mana kedua-duanya merupakan UNESCO World Heritage Sites.
Lima, Peru
Bandar Lima merupakan bandar yang sangat sibuk. Bandar ini bukan saja merupakan perpaduan unik antara budaya tempatan dan asing tetapi turut terkenal dengan gaya seni bina yang berbeza-beza. Spanich baroque, French neoclassicism dan bangunan art nouveau menjadikan bandar ini sebuah arena yang penuh warna dan kesenian.
Jodhpur, India
Di tengah padang gurun Thar yang tandus terletak kota Jodhpur ini terkenal dengan gelaran Bandar Biru. Digelar Bandar Biru kerana setiap bangunan rumah yang terletak di dalam benteng diwarnai dengan warna biru. Apabila dilihat dari atas bandar ini kelihatan seperti titik biru di tengah-tengah gurun Thar. Namun, masih belum diketahui mengapa penduduk di Jodhpur mewarnai rumah mereka dengan warna biru. Ada pendapat mengatakan ia berkaitan dengan sistem kasta yang ada di India.
Stockholm, Sweden
Bandar Stockholm merupakan salah satu ibukota terindah di dunia, dibina di atas 14 pulau yang dihubungkan oleh 57 jambatan. Bandar ini berdiri pada abad ke 12 yang telah lama menjadi salah satu pusat budaya, politik dan ekonomi Sweden. Bangunan yang indah, udara segar, pemandangan hijau dan dikelilili air merupakan ‘pakej menarik’ dari kota Stockholm.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI