Langkawi SkyCab Tawar Harga Tiket Murah Untuk Anda Yang Bercuti Di Langkawi

Share

Langkawi SkyCab, antara produk pelancongan paling dikenali dan popular di di pulau bebas cukai, Langkawi kembali beroperasi selepas ditutup akibat pandemik COVID-19.

Sebaik dibuka semula, destinasi tumpuan ramai ini kembali rancak dengan lebih 100 pengunjung sudah mula berpusu-pusu menaiki Langkawi SkyCab setiap hari. Kereta kabel ini antara sistem kereta kabel tercuram di dunia yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Machinchang yang tingginya 708 meter dari aras laut.

Bagi merancakkan kembali sektor pelancongan domestik di pulau ini, Langkawi SkyCab menawarkan pakej menarik iaitu potongan harga tiket hanya RM38 berbanding RM43 untuk dewasa dan RM28 berbanding RM39 untuk kanak-kanak.

Pengunjung yang membeli tiket bukan sahaja dapat menaiki Langkawi SkyCab tetapi dipakejkan sekali masuk ke empat produk tarikan lain seperti SkyDome, SkyRex, 3D Art Langkawi dan SkyBridge. Tawaran ini terbuka kepada semua warga Malaysia sehingga 31 Julai ini

Pengunjung tidak perlu khuatir untuk singgah di Langkawi SkyCab kerana destinasi ini memberi perhatian kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Antaranya:

  • Memeriksa suhu badan.
  • Menanda pita pelekat di lantai sebagai panduan jarak sosial kepada pengunjung.
  • Hanya empat orang dibenarkan menaiki setiap gondola berbanding muatan asal iaitu enam orang.

Jangan lupa grab harga tiket murah ini!

 

 

Foto: FB Langkawi SkyCab | Sumber: Bernama

Oleh
Husna