Lama Tidak Dikunjungi Pelancong, Cameron Highland Kini Sejuk & Berkabus. Suhu Cecah 17 Darjah Celcius!

Share

Sebelum berlakunya pandemik Covid-19 yang melanda bukan saja negara kita, tetapi seluruh dunia, pusat peranginan Cameron Highland jadi destinasi paling popular dikunjungi pelancong.

Faktor jarak yang dekat ditambah dengan cuaca sejuk menjadikan tanah tinggi terletak di negeri Pahang ini dijadikan pilihan membawa keluarga beriadah di sini.

Namun setelah beberapa bulan tidak menerima kunjungan pelancong, Cameron Highland kini dikatakan semakin sejuk dan berkabus.

Melalui perkongsian beberapa pengguna Facebook, kawasan tanah tinggi itu dilitupi kabus tebal.

Malah suhu persekitaran juga serendah 17°Celcius menjadikan suasana sekeliling kedinginan. Penduduk tempatan menyifatkan kesejukan dirasai ‘hingga ke tulang.’

Perkongsian foto sekitar tanah tinggi itu menggamit memori warganet. Malah rata-rata berpendapat keadaan Cameron Highlands yang kembali sejuk dan berkabus adalah susulan daripada kurangnya pengunjung ke sana.

198835356_584011769653701_6346057385460749807_n

“17°c huhuhu…sejuk sampai tulang gaisss rasanya”

“Bestnya sejuk n nyaman.. Rindu CH”

“Wah sejuk mcm kat overseas”

“Covid membuatkan alam membersihkan diri, suasana segar kembali. Hutan kembali menghijau dan udara bersih tanpa asap kenderaan.”

Malah ada juga yang meluahkan kerinduan untuk mengunjungi tanah tinggi itu.

“Bila lagi dapat ke sini, rindu pula untuk berada di tempat sejuk.”

“Harap negara kita bebas Covid-19 secepat mungkin, lepas itu boleh pergi Cameron Highland.”

“Rindunya suasana Cameron Highland.”

“Ahhh rindu nya rindu CH ,,, rindu nk jenguk² family kat sna

“Best nyaaa cameron , habis covid nak p sini”

Pasti ramai yang tidak sabar untuk datang ke sini. Selain menikmati cuaca sejuk seperti berada di luar negara, kita juga akan terbayang kesedpaan buah strawberi segar dan menghirup teh sambil melayan kelazatan scone untuk minum petang.

KREDIT FOTO: FACEBOOK GAMBAR MENARIK CAMERON HIGHLAND

Artikel Berkaitan:

Kisah Kehilangan Misteri Pada 1967. Satu Dunia Kenal Nama Cameron Highlands!

Naik ‘Belon Udara Panas’ Tarikan Terbaru Di Cameron Highlands. Boleh Tengok View Ladang Teh!

Nikmati Percutian Bertemankan Pemandangan Malam Indah, Di Pine Valley Villa & Camper Site Cameron Highland

Oleh
Siti Zurina Mat Saman