Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands Selamat Kepada Pengguna. Foto Tular Tidak Benar!

Share

Ramai yang sudah merancang ke Cameron Highlands dalam masa terdekat bimbang untuk meneruskan percutian mereka ke tanah tinggi tersebut ekoran tularnya beberapa keping foto yang mengundang keselamatan penggunjung.

Jangan risau, anda boleh teruskan plan percutian ke Cameron Highlands dengan hati yang tenang setelah kerajaan Perak memberi jaminan bahawa Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang dikatakan berlaku runtuhan cerun, selamat untuk dilalui oleh pengguna jalan raya.

Kerajaan negeri melalui agensi teknikal seperti JKR akan terus memantau secara mendalam berkenaan keadaan cerun tersebut dan mereka sempat meninjau kawasan tersebut selepas melihat gambar-gambar yang ditularkan. Dalam satu kenyataan, kerajaan negeri Perak juga berharap rakyat untuk lebih bertanggungjawab, serta tidak menular gambar-gambar atau berita tidak benar yang akan menimbulkan keresahan yang tidak sepatutnya.

Walau bagaimanapun merekat turut mengakui terdapat runtuhan kecil yang berpunca daripada hakisan air hujan dan bentuk muka bumi yang berbukit, tetapi keadaan tersebut tidak seteruk seperti yang ditularkan. Kerja-kerja penambahbaikan cerun sudahpun dijalankan iaitu membabitkan kerja-kerja ‘tie back wall’ dan ‘micropile slab’ sejak beberapa tahun lalu.

Oleh
Husna