Ramai yang sudah merancang ke Cameron Highlands dalam masa terdekat bimbang untuk meneruskan percutian mereka ke tanah tinggi tersebut ekoran tularnya beberapa keping foto yang mengundang keselamatan penggunjung.
Jangan risau, anda boleh teruskan plan percutian ke Cameron Highlands dengan hati yang tenang setelah kerajaan Perak memberi jaminan bahawa Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang dikatakan berlaku runtuhan cerun, selamat untuk dilalui oleh pengguna jalan raya.
Kerajaan negeri melalui agensi teknikal seperti JKR akan terus memantau secara mendalam berkenaan keadaan cerun tersebut dan mereka sempat meninjau kawasan tersebut selepas melihat gambar-gambar yang ditularkan. Dalam satu kenyataan, kerajaan negeri Perak juga berharap rakyat untuk lebih bertanggungjawab, serta tidak menular gambar-gambar atau berita tidak benar yang akan menimbulkan keresahan yang tidak sepatutnya.
Walau bagaimanapun merekat turut mengakui terdapat runtuhan kecil yang berpunca daripada hakisan air hujan dan bentuk muka bumi yang berbukit, tetapi keadaan tersebut tidak seteruk seperti yang ditularkan. Kerja-kerja penambahbaikan cerun sudahpun dijalankan iaitu membabitkan kerja-kerja ‘tie back wall’ dan ‘micropile slab’ sejak beberapa tahun lalu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Destinasi Bucket List Setiap Traveler, Wanita Ini Kongsi 10 Tip Nak Travel Ke Iceland Cara Jimat. Semua Tempat Cantik Macam Lukisan!
Iceland terkenal dengan keunikan dan kecantikan destinasi percutian yang menjadi idaman setiap traveler. Namun oleh kerana kadar tukaran mata wang yang agak jauh berbeza dan kos yang agak tinggi membuatkan ramai yang bertukar plan.
Tapi ada cara untuk korang dapatkan penginapan dan juga kos yang lebih rendah dengan perancangan yang betul seperti yang dikongsikan oleh Noor Amalina. Baru sahaja pulang dari negara tersebut, Amalina berkongsi tip menarik untuk semua traveler yang ada plan ingin ke Iceland. Moga bermanfaat untuk semua.
Ikuti perkongsian wanita ini!
10 TIPS KE ICELAND
- FLIGHT
Kami beli flight direct flight Finnair KL – Iceland (transit di Singapore dan Helsinki). Return dalam RM 3800 beli 4 bulan awal. Check in sekali je kat KL dan luggage terus sampai Iceland. Transit pun sekejap. Hassle-free.
Cara lain untuk jimat ialah beli tiket KL – London dan naik budget airlines ke Iceland (Play, Easyjet).
- TRANSPORT
– Kereta Sewa
Kami book kereta dengan Blue Car Rental. Kami ambil semua jenis insurance termasuk Roadside Assistance, tapi bila tayar pancit kena uruskan sendiri dan dorang suruh pergi panel workshop terdekat.
Masa tukar tayar pun jack rosak dan spare tyre takde angin. Nasib baik town paling dekat dalam 30 minit je. Jadi pastikan semuanya dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Selain tu, boleh cuba Gocarrental.is, Lotus Car Rental atau Mycar.is.
– Minyak
Masukkan kad, pilih berapa amount nak isi, masukkan pin, then remove card. Isi sendiri macam biasa. Jangan pilih isi full sebab ada $200 security deposit.
– Parking
Download apps Parka.is untuk bayar parking kat tempat tourist attraction yang famous. Kalau takde simbol Parka.is kena bayar kat mesin.
– Tol
Ada 1 tol je kat North Iceland menuju ke Akureyri. Kena bayar kat website dalam tempoh 24 jam.
– Google maps
Kat sana kami guna Google Maps sepanjang masa tapi 4 jam Iceland tak sama macam 4 jam JB – KL. Jalan kecil, banyak gravel road dan had laju maksimum pun hanya 90 km/h.
- ACCOMMODATION
Hostel dan Guesthouse dalam RM 200-250 seorang kat booking.com. Accommodation sana memang best 10/10.
Bayaran campsite dalam RM 60 seorang/per night. Pastikan equipment (sleeping bag, sleeping mat dan khemah) setaraf dgn cuaca Iceland supaya boleh survive. Even summer pun sejuk beku dalam khemah tu. Hati kena kental, kulit kena tebal.
- TRAVEL LIGHT
Advisable bawa backpack je bukan luggage sebab akan tukar-tukar tempat setiap hari. Bila bawa luggage susah nak angkut dan kereta pun jadi sardin.
- SIMKAD
Simkad beli dari Helo1010, Rm 64 untuk 6GB. Selain tu boleh beli local simkad kat stesen minyak, RM 90 untuk 5GB.
Jangan lupa activate simkad Malaysia roaming atau salah seorang beli local simkad sebab Helo1010 tu data je tak boleh buat outgoing call in case of emergency.
- MAKANAN
Ke Iceland tak boleh bawa meat dan dairy. Kalau anda nak rebel boleh bawa kalau masuk dari Schengen countries macam Finland (Helsinki) sebab takde lalu kastam dan imigresen bila sampai Iceland. Cop passport masa transit kat Helsinki.
Hari tu kami bawa sardin, mushroom soup, serunding, maggi dan nasi brahims. Roti, telur dan lain-lain beli kat supermarket je. Supermarket buka pukul 11 am tutup pukul 6 pm. Kalau makan luar, 1 meal dalam RM 60 (fish & chips paling murah).
Air minum kat Iceland sangat bersih, boleh ambil terus dari tap water. Tapi kadang-kadang ada bau sulfur di beberapa tempat. Jadi kami lagi prefer ambil air kat waterfalls tepi jalan. Botol air memang dibawa ke mana-mana. Tak perlu beli air mineral.
- AKTIVITI
Aktiviti beroperasi penuh dari bulan May – September. Glacier Kayak, Boat Tour, ATV, Horse Riding, Puffins & Whale Watching, Glacier Hike semua available. Musim winter lebih kepada Aurora dan Ice Cave Tour.
Paling penting jangan book dengan website 3rd party macam Viator, Getyourguide, GuidetoIceland etc. Kalau ada problem susah nak deal. Just refer je list company kat website 3rd party tu dan book direct dengan company tu.
- SOUVENIRS
Souvenirs boleh beli kat Reykjavik. Fridge magnet dalam RM 20 – RM 30, tshirt RM 150, poskad RM 3, setem mahal ye RM 30.
Kalau beli lebih 6000 isk (RM 200) dalam 1 resit yang sama boleh claim tax refund. Masa bayar tu minta borang dan resit. Nanti dekat airport tunjuk je borang tu kat kaunter tax refund, tak perlu tunjuk barang yang dibeli.
- CASHLESS
Dekat sana 99% kami guna Bigpay. Lagi 1% tu tukar sikit duit USD kat airport untuk bayar toilet, buat laundry kat hostel dan bayar shower kat campsite. Toilet kena bayar 200 isk (RM 7) kalau tumpang toilet dalam kedai. Toilet free pegi visitor center.
- ITINERARY & KOS
– Contoh itinerary
Route A – Golden Circle + South Iceland (mudah, family-friendly, 5-7 hari)
Route B – Route A + East + North + Snæfellsnes Peninsula (moderate, 8-10 hari)
Route C – Route A + Route B + Westfjords (challenging, 14 hari)
Lepas dah confirmkan route, refer itinerary dekat blog dan susun tempat menarik ikut kesesuaian minat, musim, tenaga dan masa.
Paling penting, pilih jenis kereta yang betul. Kalau Route A, kereta 2WD boleh survive. Route B digalakkan 4WD. Route C wajib 4WD. Winter Route B dan C banyak jalan tutup.
– Kos
Kos ni subjektif. Winter Mac, April dan Oktober murah sebab off season. Sejuk, siang pendek dan ada aurora. Mei dan Sept start mahal sikit tapi siang masih panjang untuk enjoy aktiviti summer. Paling mahal Jun, Julai dan Ogos, peak season summer kat Europe. Selain daripada bulan-bulan ni tak payah pegi, tak sesuai walaupun maybe paling murah.
Ps, 99% gambar-gambar ni saya sendiri jadi photographer guna Iphone. Terima kasih baca sampai habis!
Kredit: Rantau.my
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Polisi Terbaharu Grab Akan Denda Penumpang Lewat Atau Batalkan Trip
Habis la kalau anda jenis yang suka lewat-lewat atau batalkan trip secara tiba-tiba sebab polisi terbaharu Grab akan mengenakan cas kepada anda yang berbuat demikian.
Polisi Pembatalan Penumpang itu akan berkuatkuasa bermula 25 Mac ini dan penumpang yang membatalkan trip selepas 5 minit mendapat pemandu akan dikenakan denda daripada RM3 hingga RM5 bergantung kepada jenis kenderaan dan servis yang dipesan oleh penumpang.
Denda sebanyak RM3 dikenakan bagi perkhidmatan seperti GrabCar, GrabTaxi (bermeter atau eksekutif) dan JustGrab untuk lapangan terbang dan untuk GrabCar enam tempat duduk atau JustGrab 10 tempat duduk, denda yang dikenakan adalah sebanyak RM6. Perkhidmatan mewah yang dibatalkan seperti GrabCar Premium atau GrabCar Luxe pula akan didenda sebanyak RM5.
Grab juga akan mengenakan denda sebanyak RM5 kepada penumpang sekiranya pemandu membatalkan trip selepas menunggu di lokasi lebih daripada 5 minit.
Untuk perkhidmatan GrabShare pula, penumpang mesti berada di lokasi dalam masa 3 minit sebelum pemandu mempunyai hak untuk membatalkan trip anda.
Sekalipun polisi baharu ini akan mengenakan denda diantara RM3 hingga RM5 kepada penumpang yang membatalkan trip dan RM5 untuk penumpang yang tiba lewat lebih 5 minit di lokasi, Grab tidak akan mengenakan kedua-dua denda itu secara serentak kepada penumpang.
Selain itu, fi pembatalan akan dikecualikan jika pemandu tidak tiba dalam masa 10 minit selepas jangkaan masa ketibaan yang pertama kali ditunjukkan. Contohnya, telah menunggu lebih dari 13 minit, yuran pembatalan tidak akan dikenakan.
100% daripada cas denda ini akan diberikan kepada pemandu sebagai pampasan masa mereka memandu di atas jalan raya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Uptown Shah Alam Kembali Beroperasi Setiap Hari Dari Jam 3 Petang Hingga 10 Malam
Cuci mata dan jalan-jalan cari barang di ‘uptown’ menjadi kelaziman kebanyakkan mereka yang tinggal di Lembah Klang.
Mana tidaknya, harga yang ditawarkan di premis jualan seperti ini lebih berpatutan dan sangat berbaloi untuk dibeli. Selain itu, jika pengunjung pandai tawar-menawar, dan peniaga bijak memberi harga istimewa, jual beli pasti di lebih menyeronokkan. Namun, ketika pandemik wabak COVID-19 menular di negara, aktiviti dan operasi di ‘uptown’ dihentikan seketika.
Pasti ramai yang merindui untuk menjejakkan kaki di sini dan selepas lebih 3 bulan, PKNS Uptown Shah Alam kembali beroperasi dan dibuka sepenuhnya kepada pengunjung. PKNS Uptown Shah Alam dibuka setiap hari bermula 3 petang sehingga 10 malam sepanjang tempoh PKPP.
Setiap pengunjung wajib mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
- Sebelum masuk ke Uptown Shah Alam, setiap pengunjung diwajibkan memakai topeng muka dan menyaring suhu badan.
- Pengunjung juga perlu menggunakan aplikasi SeLangkah bagi membantu ‘contact tracing’ dan hanya 100 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa.
Jom bantu lebih 400 peniaga di PKNS Uptown Shah Alam kembali menjana ekonomi!
Foto: FB Uptown Shah Alam | Sumber: sinar harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI