Switzerland antara destinasi menadi idaman ramai kaki travel dan pengembara.
Anda boleh menikmati keindahan negara ini sama ada melalu travel agen atau menaiki kenderaan sendiri. Lebih terasa kepuasannya melihat pelbagai hidden gem di sini.
Salah satunya adalah Lake Blausee yang menjadi salah satu tarikan wajib dikunjungi jika ke Switzerland, lebih-lebih lagi jika musim Autumn.
Seperti perkongsian wanita ini Nik Mizamzul
melalui Grup Backpackers Buddies Malaysia yang berkesempatan mengunjungi tasik ini ketika bercuti ke sana dulu.Lake Blaussee adalah antara tarikan yang wajib dikunjungi jika anda ke Switzerland.
Permandangan yang sangat menakjubkan terutamanya jika anda ke sini pada musim Autumn.
Dedaun pokok kemerahan, airnya yang biru turquoise, jernih dan kelihatan jelas ikan trout di dasarnya berenang-berenang.
Terdapat restoren di tasik ini, boleh mencuba makanan di sini sambil-sambil menikmati permandangan sekitar tasik.
Bagaimana nak ke sini.
1. First, anda perlu ke Interlaken, dari Interlaken ambil keretapi ke Kandersteg. Dari Kandersteg, ambil bas ke Blausee. Bas akan berhenti di depan entrance Tasik Blausee. Tiket bas free ja kalau tunjuk tiket keretapi. Dari entrance kena berjalan menelurusi hutan selama 5-10 minit.
2. Drive kereta, paling senang.
Memang tak puas lah berjalan-jalan sekitar Tasik Blausse ini, jangan datang lewat petang tak sempat nak enjoy the moments
PKP ni hanya mampu mengimbau kenangan dan membelek-membelek gambar dalam handphone sahajalah
Artikel Berkaitan:
Misteri Okinoshima, Pulau Rahsia Penganut Agama Shinto Menyimpan 80 Ribu Artifak Bernilai Tinggi
Selain Island Hopping & Selaman Skuba, Ini Beberapa Idea Aktiviti Pulau Menarik Boleh Anda Lakukan!
Treehouse Camp, Bentong Tawar Percutian Mendamaikan Yang Korang Patut Pergi Lepas PKP!