Terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut, Terengganu, kecantikan dan keindahan persekitaran Lata Kolam Air Deru Ecopark ini bukan sahaja menarik kedatangan pengunjung tempatan, tetapi menjadi persinggahan penduduk luar yang mahukan kelainan dalam percutian mereka.

Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta

Tarikan utama pengunjung yang datang ke sini sudah semestinya kesegaran air sungai serta kawasan mandi-manda di kawasan air terjun yang jernih dan menyejukkan. Menariknya, di Lata Kolam Air Deru ini turut menyediakan pelbagai jenis penginapan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini. Di sini ada menyediakan kemudahan penginapan dari jenis cabin dorm, tube lodge, hammock, glamping dan juga perkhemahan.

Nak tahu apa lagi yang menarik di sini? Ini perkongsian daripada Mohd Nizam Zambari.

Ads

Saya berkesempatan untuk bawa anak-anak berkhemah di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jertih Terengganu sebelum MCO dikuatkuasa pada 18 Mac 2020. Tempat ini sungguh dekat dengan kampung Kerajaan Langit ‘Ayah Pin’ yg femes suatu ketika dulu. Kira korang akan lalu juga Kampung Batu 13 Ayah Pin ni. Dan sekiranya korang teringin nak ke ‘langit’ boleh la singgah disana.

Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta

Ads

Yang menarik disini, air sungai color hijau yang tak boleh langsung dibawa bincang. Jatuh cinta. Bangun tidur terus terjun jer dalam sungai. Terdapat 3 Pengkalan yang anda boleh datang lawat. Hanya Pengkalan Dua dan Pengkalan Suri dibenarkan untuk mandi manda. Pengkalan Raja tidak dibenarkan mandi kerana arus air yang merbahaya. Disini pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan selain dari mandi manda.

  • Tarikh: 15 Mac 2020 – 17 Mac 2020 (Sehari sebelum MCO dikuatkuasa)
  • Tempoh: 3hari 2malam
  • Aktiviti lain ada: Rujuk gambar disediakan
  • Tent type: Kami sewa jer disana, memandangkan perjalanan yang sangat jauh dan hanya berat kereta jer nak bawa..hehehe

Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta

Ads

Saya sertakan maklumat dan info berkaitan Lata Kolam Air Deru Ecopark
Review dari saya:

Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta

  • TANDAS – 3 tandas, 3 bilik mandi. Tapi ada juga terdapat tandas disediakan disetiap Pengkalan.
  • Plugpoint ada disediakan, akan dikenakan bayaran RM10 sehari. Mereka guna generator.
  • Dapur dan sink – Dapur dan sink hanya terdapat di chalet yang boleh disewa. Kami hanya mengunakan pili air yang telah sedia ada dikawasan tersebut.
  • BBQ pit juga ada disediakan di pondok yang telah siap dibina.
  • Stream, pool – Sungai atau kolam air color ‘hulk’ yang sangat dekat dengan tapak khemah.
  • Jarak tempat letak kereta juga dekat dengan kawasan khemah.
  • Bayaran masuk: RM2 Dewasa / FOC untuk kanak-kanak. Dan percuma bagi kami, kerana bermalam disini.
  • Compatible with campervan? Tak sure dan lupa nak bertanya plak.
  • Phone Coverage? Celcom, Maxis, uMOBILE ok jer.
  • Security/safety?Terdapat penjaga/pengawal yang akan mengawal campsite.
  • Other activity? Rujuk gambar disediakan. Tapi yang sangat menarik adalah batu dinosour tu.

Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI