Lagenda Sulur Bidar Tasik Kenyir Hanya Mitos Atau Benar-Benar Wujud?

Share

Pernah dengar mengenai kisah lagenda Sulur Bidar? Sulur Bidar adalah gelaran yang diberikan oleh kaki pancing untuk ‘sejenis’ makhluk atau fenomena yang sering berlaku di kawasan sesebuah tasik. Di Malaysia, mitos mengenai Sulur Bidor seringkali dikaitkan berada di Tasik Kenyir dan akan muncul semasa musim hujan. Bukan itu sahaja, malah Sulur Bidar ni dikatakan sering ditemui di sekitar Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang.

Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu Balung Bidai. Menurut orang-orang lama, Sulur Bidar ini boleh digambarkan sebagai makhluk misteri berbentuk leper, bersaiz besar sehingga mempunyai kekuatan membuat kocakan air sehingga boleh buat sebuat bot kecil terbalik. Sulur Bidar juga digambarkan seolah-olah kelihatan macam kulit ular. Sekali imbas ia kelihatan mirip kulit ular. Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari.

Namun begitu, ada juga yang mengatakan ia hanya merupakan fenomena biasa di kawasan tasik iaitu (pelepasan gas/udara dari dasar air boleh berlaku namun gelembung udara tidak akan menyebabkan tubuh manusia berkecai seperti gambaran cerita).

Antara kisah Sulur Bidar yang diceritakan dalam sebuah majalah ditulis dan lukis oleh kartunis Hulubalang Lubuk.


Ini kisah yang dikupas oleh Libur. Baca kisah selanjutnya.

Sebelum ke Tasik Kenyir, kawan saya (penulis) ada beritahu tentang sulur bidar. Saya tak tahu apa benda dicakapkan.

Saya tanya apa benda sulu bidar tu. Dia jawab “hati-hati kalau mandi tasik, ada buih besar naik daun-daun mati dari dasar tasik; tu sulur bidar”. Ah sudahhh….

Saya check internet, orang kita kata macam ini binatang, hamparan tikar,jin lah makhluk halus lah. Tak dapat nak pastikan sahih cerita sebab takde imej atau bukti. Cuma nampak buih besar. Namun ada juga video yang tunjuk buih itu semakin menghampiri. (buih kecil) Saya cari lagi penjelasan cara saintifik.

Video dikatakan sulur bidar Tasik Kenyir

Semasa di Tasik Royal Belum, saya ada tengok gas-gas udara naik dari dasar dalam kuantiti banyak. Bila ditanya krew bot kata mereka itu cuma gas dari dalam tanah. Biasanya waktu pagi.

Saya sempat tanya krew dan pemilik houseboat di Tasik Kenyir. Mereka cuma senyum je. Jelas mereka itu cuma gas dari dalam tanah. Saya tanya tiga orang dengan harapan ada yang jawab tu memang makhluk sulur bidar macam hamparan tikar. Namun semua jawab ia cuma gas dari dalam tanah.

Dua tasik saya pergi dua jawapan sama; gas dalam tanah.

Ini pula video di Australia. Salah satu mitos sulur bidar katanya daun yang naik ke permukaan tu kering dan boleh dibakar. Kebetulan, video ni siap nyala api, jadi ni mungkin penjelasannya.

Penjelasan oleh jimmy fohjohn

Kalau dalam istilah Oil & Gas – buih yang keluar membuak daripada bawah tasik atau sungai yang banyak menyimpan daun dan kayu2yang mereput akan selalu mengeluarkan buih saperti itu, & gas yg keluar adalah H2S – Hydrogen Sulphide yang sangat merbahaya dan boleh membawa kepada kematian kalau berada dekat dengan tempat gas keluar membuak.

H2S Gas terbentuk daripada benda yang mereput dan tertekan (under pressure) didalam laut atau didalam tasik buatan manusia atau didalam sungai yang di hanyutkan semasa hari hujan dan ayer bah. Maka benda tersebut akan bertimpa-timpa dan akan berlaku kitaran kimia yang akan mengeluarkan Gas H2S – Gas Hydrogen Sulphide. Gas H2S , adalah seperti bau busuk telur ayam yang sudah lama, dan kita selalu terjumpa kalau mememijak atau berjalan d tempat ayer atau lumpur yang ada tumbuhan yang sudah mati dan mereput, dan bau gas akan saperti telur busuk. Kalau kita hampir ditempat dia keluar, kita akan tercium basuk pada mula nya, sudah itu tidak ada, dan seterus nya kita akan pengsan dan mungkin akan mati. Ini adalah disebabkan continuous exposure to high concentration to H2S gas akan memberi deria untuk merasa ada nya H2S akan tidak ada dan ini yang sangat merbahaya dan boleh mati.

Gas H2S adalah lebih berat daripada udara biasa, maka dia akan tidak menjadikan kita bahaya kalau kita lari ke tempat yang lebih tinggi dan jauhkan diri daripada keluarnya gas tersebut tadi. Gas ini boleh terbentuk dan terjadi seperti  di Tasik Kenyir atau dimana-mana Empangan Hydro Electric didunia ini. Ini berdasarkan pengalaman didalam Oil & Gas (Safety of Environment and Personnel) Kalau apa yang dikatakan Sulur Bidar, saya tidak pernah nampak benda tersebut, maka saya tidak dpt mengulas nya. Thank You. Mungkin ada misteri, namun saya anggap ini hanya gas dari dasar tasik. Wallahualam. – Mohd Zulfadli Ahmad Mazaki

Oleh
Husna