Bumi Allah ini cukup luas untuk diteroka. Jika punya lebihan wang dan masa, sebaiknya menerokalah ke dunia luar kerana kita akan bertemu dengan pelbagai perkara tidak terjangkau dek akal.
Salah satu tempat pelancongan yang cukup unik ialah Pulau Scorata, Yaman.
Kenapa ia agak unik ialah kehadiran pokok Drogan Blood Tree atau Pokok Darah Naga. Tidak sekadar adanya pokok unik ini tetapi ia juga dijuluki Pulau Alien!
Hah Pulau Alien? Kenapa?
Berada di antara Lautan Arab (Arabian Sea), di sinilah Pulau Socrata wujud. Ia dikatakan pulau alien kerana tidak banyak tanaman dan haiwan boleh hidup di sini. Namun apabila berkunjung di sini, kita seolah-olah terasa hidup terasing dan kerana itulah ia dinamakan pulau berhantu.
Bahkan tanaman yang hidup di pulau ini adalah jenis yang tahan lasak kerana lingkungan bentuk muka buminya yang agak gersang.
Antara yang terkenal ialah Drogon Blood Tree atau pokok darah naga yang dikatakan mampu hidup selama lebih dari 600 tahun dan mencapai ketinggian 6-12 meter. Uniknya pohon pokok ini terlihat seperti akar yang tumbuh ke atas. Menjadikan ia kelihatan seperti cendawan.
Nama saintik pokok ini ialah Dracaena Cinnabari, ia antara tumbuhan yang tumbuh liar di Pulau Socrata.
Adakah pokok ini betul-betul mengeluarkan dari naga?
Berdasarkan mitos atau lagenda mengenai kewujudan pokok Dragon Blood Tree ini, dikatakan Sang Pencipta telah mencipta satu dunia baru di tengah lautan. Di dalamnya ada banyak kehidupan dan salah satunya adalah naga.
Suatu masa, naga memakan dan menghancurkan makanan yang ada di pulau ini dan kerana itulah naga itu diubah menjadi pokok supaya dirinya menderita.
Menurut lagenda lagi, setiap kali kulit pokok itu dipotong, si naga akan menjerit kesakitan hingga mengeluarkan darah.
Selain dari lagend aitu, batang pohon Dracena Cinanabari ini juga mengeluarkan getah merah yang agak tebal dan getahnya membawa banyak manfaat. Ia dikatakan mampu mengubati penyakit kulit, sakit perut (diare) bahkan sebarangan virus.
Lebih 800 jenis haiwan dan tumbuhan unik
Pulau Socrata tidak hanya terkenal kerana pokok Dragon Blood Tree tetapi unik kerana lebih dari 800 jenis haiwan dan tumbuhan hidup di pulau ini.
Bahkan di pulau ini ada beberapa alatan buatan tangan manusia pra sejarah dari zaman sebelum masihi yang ditemukan di pulau ini.
Malah ada keyakinan dari masyarakat setempat bahawa bangsa Phoenicia (Fenesia) menganggap pulau ini suci kerana ia rumah bagi burung Phoenix (menurut mitologi Yunani dan Mesir Purba, burung Phoenix adalah burung mistik berwarna darah merah keungguan dengan ekor panjang berwarna merah hati dan emas).
Pulau Socrata juga terkenal denagn gua batu kapur yang didalamnya ditemui pelbagai bahasa kuno sekaligus menarik minat kaki travel yang gemarkan sejarah sesuatu tempat dan negara. Malah ia punya pulau yang cantik dan oasis berwarna hijau kebiruan. Hasil lautnya juga cukup segar dan enak dimakan.
Apa yang pasti, setiap isi kejadian di dunia ini dijadikan Allah bersebab. Kita sebagai hambaNya diberi peluang untuk melihat dan menikmati keindahan ciptaan Allah selagi berkelana di muka buminya.
Ada sapa-sapa dah sampai di lokasi unik begini atau pelancongan negara lain dan punya cerita yang menarik. Meh syer dengan kami stori-stori menarik korang. Massenger kami di di fb LIBUR. Sumber gambar : Maureen Glimer/ The Dessert Sun & Jack Wheeler (Wheeler Expedition)