Makan

Ladang Nira Nipah Napiah, Merbok Destinasi Agro Tourism Di Kedah Yang Sempoi

Share

Air nira nipah dikatakan mampu untuk membantu menyejukkan badan. Ia sangat popular di utara tanah air hingga mendorong sebuah ladang nira dijadikan lokasi pelancongan dan tumpuan peminat nira.

Menikmati kesegaran air nira nipah asli di kawasan pokok nipah dan sawah padi, merupakan pengalaman unik bagi pengunjung jika ke Ladang Nira Nipah Napiah, di Merbok Kedah. Jangan lupa untuk mecuba beberapa aktiviti menarik yang tersedia di kawasan ladang ini seperti mengayuh sampan dan bersantai di buai gantung. Selain menikmati air nira nipah yang segar, pengunjung juga berpeluang melihat sendiri bagaimana proses air nira diambil.

Ini perkongsian ringkas oleh saudari Nor Hayati Abu Bakar

ketika berkunjung ke Ladang Nira Nipah Napiah, di Merbok Kedah.
  • Hanya 28km dari Tol Sg Petani Selatan & 5.3km dari Tanjung Dawai (yang terkenal dengan hasil laut).
  • Waktu operasi: Jam 12 tengah hari hingga 7 petang. Tutup hari Rabu
  • Tempta yang selesa, dengan pemandangan yang cantik buat kaki photo. Khidmat yang baik, cepat & sistematik.
  • Pasal makan, ohsem pasti tak mengecewakan. Kena cuba menu Mee Udang Hot yang sedap, Air Nira Nipah segar dari ladang.

Jom jalan-jalan cari makan di negeri Kedah!

Oleh
Husna