Berita

LABUN: PENUNTUT KESAYANGAN KICT

Share

 

Kucing jantan gemok/sado/berisi ni namanya LABUN. Labun dah lebih kurang lima tahun berada di Kulliyyah of Information and Communication Technology, UIA Gombak.

Fokus

Labun asalnya kucing ditinggalkan ditepi surau. Labun diberi makan oleh penjaga fakulti ketika masih kecil. Dari situ bermulalah episod hidup Labun.

Labun ada banyak nama panggilan seperti karpet, tiger dan manje. Semua orang di fakulti mengenali Labun. Malah seluruh UIA tahu tentang Labun.

Liat masuk kelas ye?

Ofis Labun di tingkat dua bangunan. Di sini disediakan ruang makan, tempat mainan dan ruang rehat Labun. Namun, tidak terhad di situ sahaja, Labun dapat full access ke mana-mana bahagian fakulti. Labun boleh masuk kelas, ofis, kafeteria, atau mana-mana sahaja ruang di fakulti ini. Boleh kata satu kawasan fakulti ni dia punya. Abang kawasan lah agaknya.

Gelak

Secara rasminya, Labun dijaga empat pensyarah UIA @ mommy; Madam Norazian, Madam Zarina, Dr. Raini dan Prof Dr Norsaremah SallehMommy inilah bergilir-gilir beri makan Labun. Makan kadang-kadang bersuap. Kalau tak, tak dimakannya makanan tu.

Paling bagus tang tido

Tipikal kucing jantan, Labun kuat makan dan kuat tidur dan suka dibelai dan dilayan main oleh sesiapa sahaja.

Labun mula viral setelah gambarnya bersama penuntut dalam kuliah, memberi perhatian kepada pensyarah lalu tertidur dimuat naik ke twitter & Facebook; sehingga tular ke Buzzfeed dan Happy Cat.

Labun suka masuk kelas dan seolah-olah memberi perhatian pada pengajian oleh pensyarah. Labun biasanya duduk atas meja atau kerusi. Namun akan tidur selepas beberapa ketika. Ini konfirm!

Labun jenis kuat makan. Biasanya makan banyak waktu pagi dan tak makan sampailah petang.

Labun pernah hilang selama empat hari. Online broadcast dibuat ke seluruh UIA dan Labun dijumpai semula di Sentral UIA oleh  penuntut UIA. 

Selepas hilang itulah, Labun diberi ID/tag nama. Andai hilang semula, hanya perlu dihantar ke KICT Gombak.

Labun mempunyai peminat yang ramai dan kini sudah pun ada halaman Facebook sendiri. Penuh dengan gambar mencuit hati. Laman FB Labun

 

Gelak

Oleh
Mohd Zulfadli Ahmad Mazaki