‘La Hot Spring’ , Port Best Di Terengganu Lokasi Hilangkan Penat Badan & Penyakit Kulit

Share

Terengganu sinonim dengan keindahan pulau-pulau peranginan, pantai yang cantik serta tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara iaitu Tasik Kenyir.

Namun, masih ramai tidak menyedari terdapat satu lagi lokasi pelancongan tersembunyi yang sangat istimewa untuk dikunjungi tatkala menjengah ke Terengganu iaitu Kolam Air Panas La yang terletak di Hulu Besut. Lokasi ini juga lebih dikenali sebagai La Hot Spring telah mula dibuka sejak tahun 1992 lagi.

Terletak kira-kira 125km dari bandar raya Kuala Terengganu dan 28km dari pusat bandar terdekat iaitu Jerteh, kunjungan ke Kolam Air Panas La pasti meninggalkan memori terindah buat sesiapa sahaja yang datang ke lokasi tersebut.

Tidak sepopular pulau peranginan lain yang menjadi tumpuan di Terengganu, Kolam Air Panas La sebenarnya agak terkenal dalam kalangan penduduk setempat serta negeri jiran, Kelantan yang sering datang untuk beriadah bersama keluarga dan sahabat selain menikmati air panas semula jadi yang dipercayai penuh khasiat di kawasan itu.


Khasiat mandi air panas semula jadi didapati berkesan dalam mengurangkan tekanan, melancarkan aliran darah dan menghilangkan lenguh badan. Ada kajian sains juga membuktikan kandungan sulfur dan mineral semula jadinya sangat bagus untuk meredakan kesakitan saraf dan penyakit berkaitan kulit. Ada juga peakit lumpuh separuh badan datang mandi air panas dikatakan bagus untuk membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan mereka.

Kolam Air Panas La turut tersedia beberapa kemudahan khusus untuk pelancong bermalam iaitu chalet, restoran, surau, tandas dan tiga kategori kolam mengikut suhu kepanasan berbeza.

Pengunjung boleh berkunjung ke sini pada bila-bila masa sahaja tetapi dicadangan kepada anda adalah diluar musim hujan. Keadaan hujan boleh membuatkan persekitaran di sini menjadi licin dan membawa risiko kecederaan kepada pengunjung terutamanya kepada kanak-kanak.


image via google | Bernama

Oleh
Admin