Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) akan menawarkan kursus dalam talian secara percuma kepada semua pemandu pelancong yang berhasrat untuk memperbaharui lesen mereka.
Kursus jangka pendek itu membabitkan langkah dan pelan yang boleh diambil oleh pemandu pelancong untuk mempromosikan perkhidmatan pelancongan mereka dengan norma baharu berikutan penularan COVID-19.
“Contohnya, MOTAC akan ajar mereka untuk keluarkan satu video teaser di platform mereka termasuk media sosial menerusi kepakaran bercerita mengenai tempat pelancongan mereka untuk merangsang bakal pelancong datang selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan atau sekurang-kurangnya diberi kelonggaran selepas ini,” kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof.
Bagaimanapun, mekanisme dan tarikh kursus dalam talian itu dimulakan, belum ditentukan lagi kerana memerlukan penglibatan beberapa pihak termasuk Institut Latihan pelancongan (ILP) dan persatuan pemandu pelancong.
Baca: https://www.libur.com.my/gaji-pemandu-pelancong-boleh-cecah-rm10k-sebulan-korang-rasa/
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebih Mencabar Untuk Geng Hiking. Ini 5 Jambatan Popular Di Dunia Untuk Aktiviti Pendakian Patut Cuba!
Bagi mereka yang minat dengan aktiviti hiking, rupanya boleh mencuba untuk menjadikan jambatan sebagai lokasi pendakian.
Rupanya kini semakin banyak jambatan yang dibuka untuk mereka yang gemarkan aktivit mencabaar dan lasak ini.
Salah satunya negara Australia yang menawarkan pelbagai destinasi pendakian jambatan seperti di Sydney, Brisbane dan Perth.
Walaupun mungkin akan ada rasa gementar dan gayat, tetapi jangan risau kerana aktiviti pedakian akan disertai oleh pendaki jambatan profesional.
Di jambatan Sydney Harbour sebagai contoh, pendaki diwajibkan memakai pakaian khas selain dilarang membawa barang berharga semasa mendaki agar konsentrasi mereka tidak terganggu.
Berikut adalah lima destinasi pendakian jambatan terkenal di dunia.
1. Jambatan Sydney Harbour, Sydney Australia
Jambatan ini paling terkenal dalam kalangan pendaki jambatan dari seluruh dunia. Ia dibuka pada tahun 1932 dan sejak 23 tahun yang lalu, pelancong boleh mendaki jambatan itu.
Sehingga kini, seramai empat juta sudah mendaki jambatan itu termasuk selebriti popular Oprah Winfrey, Robert De Niro, Pierce Brosnan dan ramai lagi.
Ramai tertarik mendaki jambatan ini kerana dapat menyaksikan pemandangan indah Sydney seperti Circular Quay dan Opera House ketika berada di puncak.
2. Jambaran Story, Brisbane Australia
Masih di Australia – jambatan Story menjadi pilihan pendaki kerana ia lebih pendek, cepat dan kosnya murah berbanding di Sydney. Bagaimanapun, ia masih memberi pengalaman luar biasa termasuk pemandangan indah sungai dan bukit di sekitar Moreton Bay.
3. Jambatan Matagarup, Perth Australia
Jambatan Matagarup adalah jambatan penyeberangan sungai Swam dan merupakan ikon di Perth sejak ia disiapkan pada 2018. Istimewanya mengenai jambatan ini, terdapat 314 anak tangga disediakan bagi memudahkan proses pendakian dan mengambil masa 90 minit untuk sampai ke puncak.
4. Jambatan Auckland Harbour, Auckland New Zealand
Meskipun tidak sehebat Sydney Harbour, pendakian di jambatan Auckland Harbour juga menawarkan pengalaman luar biasa selain skydiving dan terjunan bungee.
5. Jambatan Arrabida, Porto Portugal
Jambatan Arrabida adalah satu-satunya aktiviti pendakian di atas jambatan yang terdapat di Eropah dan ia adalah jambatan berbentuk melengkung terbesar di dunia.
Seperti Sydney Harbour, di jambatan ini juga pendaki dapat melihat keindahan alam dari atas puncak jambatan.
Sumber: Mstar
Artikel Berkaitan:
Muzium Unik Di Amsterdam, Belanda! Pamer Tubuh Manusia Di Awet
Bajet RM620 Untuk 4H3M Staycation Pulau Besar Mersing. Piihan Terbaik Layan Percutian Di Selatan!
10 Lokasi Wajib Lawat Yang Kaya Dengan Pelbagai Tarikan Menarik Di Kelantan!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Staycation Atas Air Di Muara Marine Resort, Sungai Besar Dengan Harga Diskaun. Lagi Best Dapat Makan Ikan Bakar Segar!
Tak perlu pergi ke pantai Port Dickson atau Sabah untuk menginap di resort atas air. Rupa-rupanya di Melaka juga ada menawarkan penginapan seperti ini untuk pengunjung yang datang.
Bukan saja menawarkan bilik dengan harga berpatutan, tetapi pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan ditawarkan di sini yang boleh anda buat bersama keluarga.
Dan lebih menyeronokkan boleh makan ikan bakar segar yang boleh dipilih sendiri.
Layan Staycation Sambil Layan Makan Ikan Bakar Di D’Muara Marine Resort
Wowwww
Gempakkkk ! Korang tahu takk dekat selangor ni cuma ada 2 je resort yang berada di atas air tau ! Antaranya adalah D’ Muara Marine Resort !
So kt sini ada activity seperti :
– ATV park
– Keretapi Mini bergerak
– Roller blade
– Electric scooter
– Kolam renang kanak- kanak.
– Trampolin
– Memancing tepi pantai
– Memancing ikan air tawar
– Bbq & camp park
– Bersiar siar menaiki boat melihat matahari terbenam
Servis Lain:
– Ada juga dewan untuk buat seminar/ meeting/ small event
– Paling best kalau korang sewa lebih dari 2 bilik ada diskaun !! best tau !! Murah gler weh . !! Jom apa lagii !! Booking sekrang!! Kalau lambat takut penuhh pulakk
– And nak makan seafood pun dekat tau ! Betul Betul sebelah Abah ikan Bakar ! So tk payah jauh2 cari makan
Untuk lebih details harga, pakej serta tempahan boleh tekan link berikut..
D’ Muara Marine Park Sungai Haji Dorani , Sungai besar Selangor
FB : Dmuara marine park
Sumber: FB Cuti Cuti Low Bajet
Artikel Berkaitan:
5 Hidden Gem Hulu Selangor, Sisi Indah Sesuai Untuk Spot Bergambar
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Untungnya Individu Di Negeri Fasa 2 Yang Lengkap 2 Dose, Ditawar Staycation Di Lexis Hotel Group
Nampaknya bagi mereka yang tinggal di negeri fasa kedua PPN dan telah lengkap 2 dos vaksin diberi keistimewaan untuk rebut peluang bercuti bermula 26 Ogos lalu.
Salah satunya penginapan bersama Lexis Hotel Group terutama bagi penduduk di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ini juga sejajar dengan pembukaan Lexis Suites Penang kepada penduduk di Pulau Pinang yang sudah melengkapkan vaksin dengan pengumuman fasa kedua PPN di negeri itu sejak 10 Ogos lalu.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hotel dan resort Lexis hanya dibuka kepada pekerja essential namun bermula 26 Ogos lalu, ia dibuka kepada semua tetamu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang memenuhi syarat dan kriteria berikut.
1. Semua petugas barisan hadapan
2. Pekerja essential dengan surat kelulusan MITI
3. Warganegara Malaysia dan asing yang sudah lengkap vaksin (negeri Fasa 2)
Individu-individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
1. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), Vaxzevria (Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau
2. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
3. Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukakan sebagai bukti
4. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah, di hotel-hotel dan resort Lexis, dengan mematuhi protokol kesihatan umum. Para tetamu juga dapat menikmati percutian mereka di persekitaran yang selamat di hotel-hotel dan resort Lexis.
Berikut adalah SOP yang ketat diamalkan di semua hotel dan resort Lexis untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu yang telah lengkap vaksin:
1. Pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka sebagai protokol standard
2. Borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera) dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan
3. Peningkatan kekerapan pembersihan ke semua permukaan sentuhan tinggi dan kawasan umum yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel dan resort oleh kakitangan pembersihan profesional
4. Penggunaan pembersih dan pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel-hotel dan resort
5. Kolam renang peribadi di dalam bilik sentiasa dibasmi kuman dan dijaga dengan baik sepanjang masa
6. Pengamalan jarak sosial dan dine-in yang selamat, serta amalan keselamatan makanan yang dipertingkatkan
Sumber: Mstar
Artikel Berkaitan:
10 Lokasi Wajib Lawat Yang Kaya Dengan Pelbagai Tarikan Menarik Di Kelantan!
Kereta Rosak Di Atas Highway Ketika Sedang Bercuti, Usah Panik Lakukan Beberapa Perkara Ini!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI