Anda minat dengan aktiviti lasak, tapi tahu tak yang aktiviti lasak ini sebenarnya memberi banyak risiko terutamanya kemalangan sekiranya anda tidak berhati-hati ketika melakukan aktiviti tersebut?
Sekiranya anda tidak peka dengan beberapa perkara, kemalangan bila-bila masa sahaja boleh menemui anda, bak kata pepatah, malang tidak berbau, betul tak?
Jadi, kepada anda yang ingin menjalankan aktiviti lasak, apakah persediaan yang perlu anda lakukan? Anda boleh ikut beberapa tip yang diberikan di sini:
Persediaan yang pertama adalah persiapan mental, fizikal dan peralatan sebelum kita memulakan aktiviti rekreasi. Persiapan mental, fizikal dan peralatan ini penting kerana jika salah satu tidak mencukupi, ianya akan mendatangkan masalah semasa kita menjalankan aktiviti. Yang seterusnya:
Pilih kawan yang pernah mendaki dan ada pengalaman
Adalah baik jika anda dapat mendaki dengan kawan yang berpengalaman, kerana ini dapat mengurangkan risiko hilang atau kemalangan. Mereka yang dah selalu mendaki kebiasaanya tahu apa tindakan yang perlu dibuat sekiranya sesuatu terjadi seperti kecederaan dan sebagainya. Lebih penting adalah, kawan yang berpengalaman ini selalunya tidak cepat panik. Panik ni yang mendatangkan masalah sebab orang panik tak boleh berfikir dengan lurus.
Pilih dimana anda akan mendaki
Jika pendakian anda adalah yang pertama, pastikan yang bukit atau gunung yang akan di daki itu bersesuaian dengan tahap kecergasan anda. Mendaki bukit atau gunung yang di luar kemampuan kecergasan boleh menyebabkan kecederaan pada diri anda. Antara bukit atau gunung yang boleh di cuba untuk pertama kali sekitar KL adalah Bukit Saga, Bukit Gasing, Bukit Broga, Bukit Tabur.
Pilih kumpulan atau ketua yang berpengalaman dan kemahiran
Adalah penting untuk anda mengikut aktiviti mendaki dengan kumpulan atau ketua yang berpengalaman dan berkemahiran supaya mereka dapat membimbing dan membantu anda semasa pendakian. Sebaiknya mendapatkan perkhidmatan guide yang berdaftar dan bertauliah. Ini untuk memastikan perjalanan anda diuruskan dengan baik dan segala keperluan permit dan laporan polis dilakukan sebelum pendakian anda.
Sediakan peralatan peribadi
Mendaki dengan tangan kosong akan menyusahkan diri sendiri begitu juga jika tidak mengunakan pakaian dan kasut yang sesuai. Malah ada juga yang mendaki tidak membawa air minum atau membawa air sedikit sahaja. Antara alasan yang sering di dengar ialah beg berat, tak biasa membawa beg. Apapun anda mesti membawa barang peribadi supaya pendakian anda selesa dan selamat.
Meninggalkan pesanan kepada keluarga atau kawan
Tinggalkan jadual perjalanan anda kepada keluarga atau kawan-kawan sebelum anda pergi mendaki, dan bagilah masa tenang sebelum sebarang usaha mencari anda dilakukan jika anda tidak sampai dirumah. Usaha menyelamat melibatkan banyak pihak dan jangan buat panggilan kecemasan melainkan situasi benar-benar cemas dan memerlukan bantuan.
Amalkan sikap menghormati alam sekitar
Anda diwajibkan mengalakan sikap 3R , RECYCLE, REUSE & REDUCE. “Bring out what you bring in, take nothing but pictures, leaves nothing but footprint and waste nothing but your time.”
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI