Berita

KULinary 2017 BERMULA SEKARANG. JOM MAKAN!

Share

Selepas kejayaan kempen KULinary tahun lepas, Malaysia Airports hari ini melancarkan kempen yang sama bagi tahun 2017. KULinary ialah kempen makanan enak oleh restoran yang terdapat di KLIA & KLIA2; dengan 25 restoran menyertai kempen selama sebulan yang bermula dari 26 Oktober sehingga 26 November 2017.

Kempen dirasmikan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial,  Mohammad Nazli Abdul Aziz. Selepas perasmian, anugerah diberi kepada 25 restoran yang diiktiraf serta mengambil bahagian dalam kempen ini.

Malaysia Airports bersama FriedChillis Media Sdn Bhd (19 tahun berpengalaman dalam ulasan makanan) telah meneliti dan menilai makanan yang ada di KLIA & KLIA2. Ini memastikan makanan yang disediakan di KLIA dan KLI2 berada di tahap terbaik dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

“Makanan memberi gambaran kepada tetamu dan pelanggan mengenai latar belakang budaya bagi setiap komuniti. Melalui kempen ini, ia peluang terbaik untuk berhubung terus bersama tetamu melalui rasa makanan dalam dan luar negara. Pada 2016, kempen ini melonjakkan trafik dan prestasi jualan di KLIA hingga 46.5% dan KLIA2 hingga 53.5%.” kata Mohammad Nazli Abdul Aziz.

Matlamat KULinary ialah menawarkan pengunjung dengan makanan yang enak di sini. Malaysia Airports juga memanfaatkan kempen ini dengan mempamerkan lebih 1000 pilihan makanan dan minuman pada harga yang ideal mengikut pilihan.

Antara lima pilihan terbaik  di KLIA adalah Mellocino; latte dua bancuhan dengan marshmallow gebu dari Coffee Club, makanan enak sushi Jepun di Fukuya, Grandmama Nasi Ayam Istimewa dengan telur goreng dan udang pedas, ayam goreng dan rendang daging istimewa, Rotisserie Chicken yang diperam dengan herba dari Fight Club dan kelembutan daging kambing dari Sama-sama Express.

Sementara itu, pilihan domestik dan antarabangsa di KLIA2 termasuklah Bumbu Desa dengan Nasi Ikan Taliwang, The Loaf yang menawarkan 60 darjah celcius Cube, The Green Market pakar dalam makanan Jepun dan korea, Bibik Heritage yang popular dengan Sago Guila Melaka dan Sama-sama express dengan Big Cheese Pizza.

Tahun ini juga menyaksikan pilihan makanan yang lebih sihat hasil dari permintaan menggalakkan. Selain KULinary, Malaysia Airports juga mempromosi kempen seperti ‘Great Value Savers’, ‘Food Passport Promo’ dan ‘Healthy Food Compilation’ untuk kesedaran pada pilihan yang luas pada makanan bernutrisi dan berkualiti.

Malaysia Airports juga bercadang menjadikan kempen ini sebagai acara tahunan dan yang menarik, anda berpeluang menang wang tunai hanya dengan makan di sini.

 

Oleh
Mohd Zulfadli Ahmad Mazaki