Isu ini nampaknya tidak berkesudahan. Kalau sebelum ini Malaysia dituduh mencuri “karya seni dan makanan” tertentu milik asal Indonesia, terbaru dalam senarai ialah tarian kuda kepang.
Ia ekoran tindakan seorang peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand International dari Malaysia yang bergambar dengan kuda kepang.
Justeru netizen Indonesia terus menuduh Malaysia cuba mencuri tarian kuda kepang.
Sanjeda John sekadar bergambar memakai pakaian tradisional dengan sebelah tangannya memegang kuda kepang atau dikenali sebagai kuda lumping di Indonesia dalam satu sesi fotografi baru-baru ini.
Miss Grand International itu berlangsung di Vietnam pada Khamis ini dan dijangka berakhir pada 25 Oktober depan.
Tindakan itu membuatkan netizen Indoensia marah dan mendakwa kuda kepang adalah budaya asal penduduk Jawa dan bukannya milik Malaysia dan tidak wajar dijadikan sebahagian daripada imej identiti negara ini.
Aduh, penatlah kalau itu tak boleh, ini tak boleh. Mungkin mereka lupa, ramai rakyat Malaysia itu sendiri datang daripada rumpun warisan Indonesia seperti Jawa, Bugis, Acheh, Minang dan sebagainya, justeru kita sememangnya berkongsi budaya yang sama.
Ads
Sebelum ini, makanan negara dikatakan dicuri Malaysia iaitu rendang, cendol, popia, nasi goreng selain karya seni seperti batik dan Rasa Sayang.
Berikutan itu, pereka fesyen Indonesia, Rinaldy A Yunardi menggesa kerajaan Indonesia patenkan semua budaya dan kesenian milik negara itu supaya ia tidak “dicuri” lagi, petik Jawa Pos.
Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu ketika itu.
Ads
Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia, Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau majlis keramaian.
Selain di Indonesia, tarian yang hampir sama, menggunakan pepatung kuda yang diperbuat daripada papan juga terkenal di Tamil Nadu, India.
Ads
Ia dikenali sebagai “Poikkal Kuthirai Aatam” yang dipopularkan oleh Empayar Kesultanan Maratha.
Bagaimanapun tarian ini pernah dicatat dalam rekod kesusasteraan Tamil seperti Silapathikaram dan Tolkappiyam pada abad ke-2 selaku tarian purba Tamil yang terkenal sehingga ke hari ini.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan rambang akibat amukan seorang anggota tentera yang mengorbankan 26 orang dan mencederakan 57 lagi di Nakhon Ratchasima, Thailand (juga dikenali sebagai Korat).
Pasukan keselamatan Thailand telah menembak mati anggota tentera terbabit yang dikenali sebagai Jakrapanth Thomma berusia 32 tahun. Dia maut di sebuah pusat membeli-belah di Nakhon Ratchasima lokasi dia bersembunyi selama kira-kira 17 jam.
Sejumlah 57 orang cedera, 25 daripada mereka telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan manakala 32 lagi masih berada di hospital termasuk 12 yang perlu menjalani pembedahan.
Kedutaan Malaysia di Bangkok melaporkan kepada Bernama, setakat ini tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa. Mereka turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa dan keluarga mereka yang terjejas akibat insiden tembakan yang begitu mengejutkan itu.
Pemeriksaan di beberapa hospital di Nakhon Ratchasima menyaksikan bahawa terdapat rakyat asing yang cedera dalam insiden itu. Sementara itu, kedutaan dan duta lain yang berada di Thailand turut mengucapkan takziah kepada keluarga serta mangsa insiden tembakan rambang tersebut melalui akaun twitter masing-masing.
Bukan sekali dua kita dengar haiwan ‘didera’ dijadikan objek untuk menggembirakan manusia yang sakit otak. Minggu lalu, sebuah rakaman tular di laman sosial Weibo apabila khinzir ‘ditolak’ pada ketinggian atas di sebuah taman tema.
Pengendali sebuah taman tema di wilayah Sichuan, China – Mexin Wine Town menerima kecaman ramai selepas memaksa seekor babi melakukan aksi bungee jumping dari menara setinggi lebih 70 meter.
Dalam rakaman tersebut, dua pekerja teman tema dilihat mengangkat babi seberat 75 kilogram itu ke atas menara sebelum mengikatnya pada tali bungee. Semua pekerja bersorak kegembiraan sebaik sahaja babi tersebut ditolak.
Pemilik taman tema yang enggan namanya didedahkan mempertahankan tindakan tersebut dan menganggap ia sebagai simbolik kepada penutupan tahun babi sebelum permulaan tahun tikus. Katanya lagi, haiwan itu terus dihantar ke rumah penyembelihan sebaik sahaja ‘tugasnya’ selesai.
Negara China tiada undang-undang khusus bagi menghukum individu yang menganiaya haiwan. Namun, tahap kesedaran rakyat di negara itu mengenai isu kekejaman terhadap haiwan semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
The Everly Putrajaya dinobatkan sebagai ‘Best 4 –Star Hotel untuk Anugerah Going Places Readers Choice 2016. Pengurus External and Media Relations Malaysia Airlines Berhad ( MAB) , Cik Adlina Mohamed Azharuddin menyampaikan anugerah tersebut kepada The Everly Group Managing Director , Encik Dennis Tan, mewakili pihak The Everly Putrajaya.
Dianjurkan oleh Malaysia Airlines Going Places, anugerah ini dicetuskan untuk menobatkan jenama pelancongan dan gaya hidup yang terbahagi kepada 14 kategori termasuk Best 5-Star Hotel, Best 3-Star Hotel, Best Travel Agent, Best Restaurant, Best Spa, Best Shopping Mall dan Best Beach Resort.
The Everly Putrajaya tampil sebagai pemenang bagi kategori 4-star hotel sebaik mendapat undian tertinggi daripada pembaca Going Places untuk kategori hotel dalam rangkaiannya.
Lokasinya strategik, terletak di tengah pusat perniagaan , hiburan , tempat makan dan membeli-belah di Putrajaya. The Everly Putrajaya dilengkapi 380 bilik untuk kemudahan pengunjung, kapasiti muatan 1,500 dalam dewan bankuet, lapan bilik mesyuarat, restoran , café lounge, kolam renang serta gimnasium.Semuanya dikendalikan oleh The Everly Group.
Buat masa ini The Everly Group mengendalikan enam hotel termasuk ParkCity Everly Hotel Bintulu, ParkCity Everly Hotel Miri, Prescott Hotel Kuala Lumpur-Medan Tuanku, Prescott Hotel Kuala Lumpur-Sentral dan Prescott Hotel Kajang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!