Tahniah untuk Kuantan yang dinaiktaraf sebagai Bandaraya Kuantan. Sebagai ibu negeri Pahang, sudah tentu banyak tempat melawat boleh dilawati kalau ke sini nanti. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang melakukan pengisytiharan Kuantan, dua hari lalu bertitah, Baginda menzahirkan hasrat mahu melihat Kuantan yang mula wujud pada pertengahan kurun ke-19 menerusi sistem penubuhan Kuantan Sanitary Board pada 1 Ogos 1913 terus mencipta lebih banyak kejayaan sebagai sebuah bandar raya yang unggul.
Jadi buat korang yang teruja nak ke sini nanti, boleh tengok itenari 3H2M yang dikongsikan oleh Woon Chee Keong dalam page Visit Kuantan City.
Ya ia boleh membantu korang yang ingin mencari tempat lepak menarik kalau pertama kali datang ke bandaraya ini.
Informasi Khas Untuk Pengunjung Pertama Kali ke Bandaraya Kuantan. Cadangan itinerari 3h2m.
Salam ceria dari Bandaraya Kuantan
Kuantan, pusat pelancongan yang mudah dinikmati dengan keindahan alam, sejarah dan suasana aman bandar kecil terkenal dengan masakan enak Pantai Timur.
Hanya 3 jam perjalanan dari kesibukan Kuala Lumpur. Jom cuti cuti Malaysia selepas PKP nanti.
Berikut cadangan program 3h2m lawatan ke Kuantan untuk keseronokan percutian anda. Pantai pantai cantik, taman taman menghijau, sungei sungei dan airterjun yang nyaman dan tentu sekali suasana kampung yang aman sentosa. Our amazing Kuantan!
Hari 1
Kepada yang bertolak dari Kayel atau Selangor, jangan lupa singgah di Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah dekat Lanchang. Masuk percuma. Atau makan tengahari di Temerloh (Think Patin!).
3ptg Selepas check-in di hotel atau homestay, jom kunjungi Pantai Teluk Cempedak. Lepak petang di pantai, jelajahi dua pantai di sini, jemput tengok monyet monyet tempatan, santai kopi di Starbucks yang sungguh indah, membeli souvenir di gerai gerai. Singgah sekejap di Taman Gelora d bawah pohon rhu yang lampai (popular dengan pengunjung tempatan) semasa perjalanan ke pusat bandar.
7 mlm Makan malam di gerai Benteng, Micasa Cafe, Sentral Rooftop, Mekdi atau lain lain gerai dan kafe di tebing Sungei Kuantan sambil menikmati permandangan termasuk bergambar selfie dengan Tanda Kuantan dan Menara Kuantan 188 yang bercahaya. Atau tempah cruise dengan Kuantan River Cruise untuk melihat taman bakau dan juga buaya buaya liar di sini. Tempahan awal 011.16471617. Berangkat dari Jeti Shahbandar berdekatan McD.
9 mlm Bersiar siar di lorong lukisan dinding di belakang Jalan Besar (Kula Cakes), dan nikmati kopi di kafe hipster (favourite kami Tjantek Cafe) yang banyak di Jalan Besar.
Hari 2
8pg Nikmati sarapan Pantai Timur nasi dagang dan nasi minyak di merata tempat, cuma perlu google untuk cadangan. Yang amat popular termasuklah adalah Restoran Bukit Bay Route dengan lauk yang pelbagai.
9 pg Ayoh ke kampung bersejarah Sungei Lembing. Antara lain, tarikan utama termasuk muzium muzium, jambatan tergantung. Jom berkelah di Riverside Pebbles Picnic Area, di tebing sungei yang penuh dengan batu batu cantik. Semasa balik ke Kuantan, singgah di Gua Charas untuk photoshoot gambar buat kenangan.
3ptg Jalan jalan makan angin ke Kampung Cherating dengan pit stop di Pantai Balok, Pantai Batu Hitam and Pantai Chendor (kunjungi Pusat Penyu dan Club Med). Nikmati keindahan pantai Cherating untuk minum petang dan dalam perjalanan pulang, membeli belah di Natural Batik.
7mlm Banyak pilihan untuk santapan malam dari Satay Zul, Ana Ikan Bakar atau hipster food courts (Kimstone Food Centre di Beserah memang bagus sekali), hingga pelbagai restoran di bandar.
9mlm jom Lawati Menara Kuantan 188 (tempahan tiket online di www.menarakuantan188.com.my) untuk permandangan waktu malam bandar Kuantan. Atau boleh kunjungi mall mall di Kuantan (East Coast Mall dan Kuantan City Mall).
Hari 3
8pg Tapao sarapan pagi bungkus dan jom berkelah di Airterjun Sungei Pandan yang ohsem. Hanya 30min dari pusat bandaraya.
12tengahari Check out dan kunjungi Jalan Besar untuk membeli hasil hasil tempatan. Keropok, ikan masin, semuanya ada. Selamat jalan kepada tetamu terhormat dan semoga pulang dengan selamat bersama kenangan terindah dari Kuantan.
Opsyen untuk Hari 4
Lawatan sehari ke Kota di Raja Pekan, Gambang Safari & Waterpark dan Tasik Cini.