Kuantan Art Street, Port Baru Nak OOTD Kat Kuantan. Lepas Makan-makan Jangan Lupa Singgah Sini!

Share

Selain trip makan-makan, pastinya percutian akan diselangi dengan gambar-gambar untuk kenangan bagi setiap destinasi yang dipilih.

Nak tarik lebih ramai pelancong, kebanyakkan bandar-bandar utama menggunakan lorong-lorong yang terbiar dengan lukisan-lukisan mural yang cantik dan cukup kreatif. Wujud sejak Mac tahun lalu, kalau ke Kuantan, memang wajib singgah untuk OOTD.

Seperti juga di tempat lain, Kuantan Art Street juga tak ketinggalan mempunyai pelbagai lukisan mural hasil tangan artis tempatan yang boleh korang abadikan kenangan apabila bergambar di sini.

Terletak berhampiran dengan Masjid Besar Kuantan, korang yang ke sini boleh park di parking lot berhadapan masjid besar tersebut. Jalan kaki sahaja menuju ke Kuantan Art Street, on the way balik dah penat bergambar boleh singgah minum-minum kat café-café hipstur yang korang boleh nampak sepanjang jalan di depan menara itu.

Jom tengok antara mural-mural yang ada di Kuantan Art Street

Alamat: Lorong Seni, Jalan Taman, 25000 Kuantan, Pahang

Nak OOTD ramai-ramai, bawa ni baru best: https://invle.co/clb6e4t

Kredit: FB Tempat2 Percutian & Jln2 cari makan

Oleh
SAHR