Sudah tiga bulan lebih pasar malam satu negara dilarang beroperasi, pasti ramai yang merindui ‘kewujudannya’ saban minggu.
Pasar malam merupakan aktiviti yang sangat dekat dengan hati seluruh rakyat Malaysia lakukan dan kunjungi tidak kira latar belakang. Di situ, pelbagai juadah makanan sedap ada terjual dengan harga yang berpatutan. Setiap pasar malam yang ada di negara mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.
Buat penduduk di Terengganu, anda sangat bertuah! Pasar malam di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dibenarkan beroperasi di kawasan tempat letak kenderaan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak mulai 5 Jun 2020.
Ia adalah pasar malam pertama yang dibenarkan beroperasi di Terengganu selepas lebih tiga bulan dihentikan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak 18 Mac lalu.
Bagaimanapun, peniaga dan pengunjung diminta sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). Seronok memang seronok untuk jalan-jalan di pasar malam tetapi jangan lupa wabak pandemik masih ada disekeliling kita ok.
Pembukaan pasar malam itu adalah di peringkat percubaan dan akan diperluaskan ke seluruh negeri jika tiada kes penularan wabak COVID-19 yang baru. MBKT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta KKM akan bekerjasama untuk memastikan setiap peniaga dan pengunjung sentiasa mematuhi SOP ditetapkan.
Sumber: HMOnline