Sesekali nak berdamai dengan alam, boleh hala ke Kuak Hill Resort, Lenggong, Perak. Lokasi percutian ini berdekatan dengan Gerik, Empangan Temenggor dan Tasik Banding.
Kuak Hill Resort sesuai untuk anda yang ingin bercuti dalam suasana ketenangan dan di kelilingi alam semula jadi. Anda dapat melihat keindahan pemandangan Tasik Raban dari atas bukit di Kampung Lata Papan, Kuak.
Kuak Hill Resort Di Lenggong, Tempat Berdamai Dengan Alam Semula Jadi
Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Ameera, dia memilih Kuak Hill Resort, Lenggong kerana lokasinya yang dekat tetapi menyeronokkan.
“Nah inilah tempatnya, sangat tenang, sejuk dan mendamaikan. Jauh dari kesibukan kota, terletak di atas bukit perkampungan Melayu di Lenggong. Alhamdullillah dapat juga menikmati keindahan di atas sini, sebab sebelum ini hanya tengok sahaja,” kata Ameera.
Bagi anda yang inginkan percutian yang tenang, tiada gangguan, lokasi ini menjanjikan kepuasan buat anda dan keluarga. Hanya bunyi kicauan burung dan bunyi alunan air bukit yang mengalir kedengaran. Bilik perlu ditempah lebih awal kerana tempat ini sentiasa sahaja penuh.
Ini catatan pengalaman Ameera sepanjang bercuti di Kuak Hill Resort, Lenggong.
1. Dari perkarangan tempat letak kereta, kita perlu naik ke atas. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit. Kereta perlu diletakkan di bawah memandangkan lokasi agak tinggi.
2.Apabila sudah sampai ke atas, kita akan disajikan dengan keindahan alam ciptaan Allah yang tidak terkata cantiknya.
3.Tersedia juga kafe di sini. Hati-hati ketika berjalan kerana laluan utama untuk naik dan turun agak curam. Tidak terasa penat berjalan bila melihat suasana hijau dan menyegarkan.
Ads
4. Ada zoo kecil juga di sini. Anak-anak pasti suka. Bagi ibu bapa pula jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini kerana banyak tempat menarik untuk merakamkan kenangan percutian.
5.Tersedia juga kenderaan pacuan empat roda untuk kemudahan bergerak ke sana sini.
6. Buat penggemar kopi, boleh minum kopi sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Ads
7. Wajib bila ke mana-mana bawa pulang cenderamata. Di sini juga ada disediakan pelbagai pilihan cenderamata yang terletak berhampiran meja pendaftaran.
8. Bilik untuk keluarga pun besar dan selesa.
9. Boleh mandi-manda di kolam mandi yang turut tersedia di sini. Air dari kolam mandi datangnya dari air bukit. Sejuknya sampai ketulang.
10. Di luar bilik boleh lepak santai sambil minum kopi cicah biskut.
Ads
11. Pada waktu malam pula boleh buat barbeku bersama keluarga.
Lokasi percutian ini bukan sahaja sesuai untuk keluarga tetapi juga untuk pasangan yang sedang berbulan madu.
Pada waktu pagi pula, cuaca sejuk dan kabus tebal. Pasti rasa malas meninggalkan tempat tidur.
Tak sangka betul Malaysia tersenarai dalam carta lokasi terbaik untuk Instagram bila menduduki tangga ke-17, meninggalkan 33 negara yang lain di bawah. Anda nak tahu satu benda yang lebih membanggakan tak?
Malaysia berada di tangga yang lebih tinggi berbanding Greece, Norway, Sweden dan Switzerland!
Sweden, Switzerland dan yang lain-lain tu kita tahu, di sana ada bersepah gunung-ganang, lembah, dan tasik yang majestic, but still Malaysia masih mampu berada di tangga teratas. Bangga weyh!
Survey ini dilakukan oleh Big Seven Travel terhadap 50 buah negara melalui sistem berdasarkan penilaian menganalisis jumlah hashtags setiap destinasi pelancongan, survey pembaca Big Seven Media dan polling yang dilancarkan oleh travelexpert.
FYI, Big Seven Travel ni adalah satu channeltravel yang quitepopular, so yeah, mereka la yang jalankan survey tentang perkara ni.
Selain daripada Malaysia, antara negara Asia yang turut tersenarai adalah Indonesia (tempat ke-4), Singapura (tempat ke-10), Thailand (tempat ke-14) dan Jepun (tempat ke-15).
So mana yang rasa nak gambar Instagram lawa-lawa, tak payah pergi jauh. Jom bercuti dalam Malaysia je dulu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Melancong tidak semestinya untuk melihat sesuatu yang cantik dan indah sahaja. Ada individu yang gemar untuk travel semata-mata untuk merungkai kisah di sebalik misteri sesuatu destinasi.
Baru-baru ini tular dilaman sosial dan menjadi sedikit perbalahan apabila sebuah rumah banglo lama yang ditinggalkan bersama dua buah kereta mewah menjadi tanda tanya dimanakah lokasi sebenarnya. Ada yang teringin untuk melihat sendiri ‘keunikan’ yang ada pada rumah terbabit tidak kurang juga yang kongsikan misteri yang ada disebalik rumah tersebut.
Segelintir netizen mengatakan rumah terbiar tersebut terletak di negeri Johor. Tidak kurang juga yang mengatakan rumah terbabit berada di negara Indonesia. Namun melalui status perkongsiaan di page facebook Unit Sejarah irdk ternyata lokasi sebenar rumah ini adalah di Ketereh, Kelantan.
Baca perkongsian ini.
Unit sejarah irdk sempat meninjau rumah terbiar misteri diKetereh Kelantan. Nampak begitu menyeramkan krn ditumbuhi semak samun. Kelihatan 2 kereta mewah porsche & bmw dihalaman rumah dalam keadaan berhabuk & kusam.
Di luar pagar turut kelihatan 2 buah anak lori yg sudah pun diselaputi semak samun. Penulis menganggarkan rumah ini begitu lama ditinggalkan terbiar. Untuk mengupas sejarah rumah ini, penulis telah menemubual beberapa org penduduk kampung utk mengetahui kisah sebenar.
Mengikut cerita penduduk kampung, rumah ini pernah dihuni oleh seorang ahli perniagaan bersama keluarganya. Sepanjang tinggal disini beliau sgt baik dgn penduduk kampung. Setiap kali bulan puasa beliau selalu mengagihkan buah kurma utk penduduk kampung. Sampailah suatu ketika beliau menyatakan ingin berpindah. Selepas itu tiada lg khabar berita tentang pemilik rumah ini.
Pernah suatu ketika dipagar rumah ini ditampal kertas menyatakan rumah ini sdg dilelong oleh sebuah pihak bank. Tetapi kertas itu sudah lama tertanggal. Dan sehingga skrg, rumah ini masih lg terbiar sepi dgn sejarahnya yg tersendiri.
1 feb 2020Unit sejarah irdk sempat meninjau rumah terbiar misteri diKetereh Kelantan. Nampak begitu menyeramkan krn…
Setiap kali keluar travel, pasti ada di antara kita yang akan jadi ‘doktor’ sebab dalam backpack dia mesti ada first aid kit. Itu satu perkara yang bagus sebab kita tak tahu bila masa penyakit yang akan singgah dan merebahkan kita atas katil hotel.
Jadi, setidaknya ada sprang ‘doktor’ ni, boleh la kita menumpang first aid kit dia. Tapi sampai bila nak tumpang? Kena la ada satu first aid sendiri sebagai persediaan kita nak travel.
Libur nak kongsikan kepada anda senarai basic yang perlu ada dalam first aid kit untuk anda yang gemar keluar travel. Senarai ni untuk ubat-ubatan basic je. Kalau rasa senarai ni tak lengkap dan ada beberapa perkara yang perlu anda tambah, tuliskan di ruangan komen Facebook Libur ya. Boleh kita kongsikan bresama rakan-rakan traveller yang lain.
Penafian: Ubat-ubatan yang ditulis di sini hanyalah cadangan sahaja. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai penyakit-penyakit lain yang boleh mendatangkan kesan sampingan.
Ubat Analgesic seperti paracetamol (ubat tahan sakit).
Ubat Antihistamine untuk alahan akibat gigitan, sengatan atau alahan.
Ubat selsema dan demam.
Ubat batuk.
Ubat mabuk alam perjalanan seperti Antihistamine atau Scopolamine.
Ubat sakit tekak.
Larutan Antiseptic untuk mencuci luka atau gigitan.
Antiseptic ointment untuk diletakkan pada luka.
Plaster untuk menutup luka atau kesan lepuh.
Micropore tape.
Alat untuk memcuci dan membersihkan luka seperti crepe bandage, gauze swabs dan OpSite atau STERIS trips yang boleh menggantikan jahitan luka untuk sementara.
Pin keselamatan, gunting dan penyepit.
Penghalau serangga yang mengandungi DEET (diethyl toluamide).
Larutan melegakan sengatan seperti Stingose (aluminum sulfate).
Ubat cirit-birit seperti Imodium (loperamide).
Ubat julab untuk sembelit.
Antacid untuk penghadaman.
Krim antifungal atau antibakteria.
Krim antigatal seperti low potency hydrocortisone.
Ubat cecair pedih hulu hati seperti Gaviscone.
Serbuk atau minuman penambah tenaga seperti Gastrolye atau HYDRAlyte.
Penitis mata.
Ear plugs.
Krim sunscreen (sekurang-kurangnya SPF30+)
Alat pembaca suhu atau thermometer (thermometer yang diletakkan di dahi adalah yang paling bagus untuk travel.
Kad insurans perlindungan kesihatan.
Itu adalah senarai ubat-ubatan yang boleh membantu merawat penyakit-penyakit biasa, tapi sekiranya menghidap penyakit yang memerlukan anda membawa ubat-ubatan yang khusus seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan sebagainya, maka WAJIB untuk anda bawa ubat-ubatan tersebut bersama.
Bawa bersama senarai rujukan untuk anda tahu apa kandungan yang perlu ada dalam first aid kit anda. Selitkan ianya bersama dalam first aid kit dan jika anda perlu untuk topup isi kandungan first aid tersebut, sekurang-kurangnya anda boleh rujuk kepada ahli farmasi di lokasi percutian anda.