Apabila terpandang menu masakan yang pedas di mana-mana restoran atau gerai pastinya ‘kecur air liur’ bagi peminat hidangan ‘bercili’. Bagi kebanyakkan orang asia khususnya di Malaysia, jika tidak dapat menjamah makanan pedas terasa seperti tidak lengkap sajian makanan yang dihidangkan.
Bagaimanapun, setiap restoran mahupun gerai pasti mempunyai rahsia tersendiri untuk menerbitkan rasa berlainan untuk melambangkan identiti masakan pedas mereka. Gadis ini, ada kongsikan lokasi makanan istimewa khas untuk si kaki pedas.
Asalnya jumpa kedai ni dari suggestions dekat twitter from Ashril_92, jadi tadi singgahlah sebab nk lunch tak tahu kat mana nak makan. Sempat scroll twitter balik cari nama kedai ni KOTAK SS15.
Menu – NASI AYAM GEPREK
Harga – RM13.80
Tahap Kepedas – 1 sampai 10
Air – Peach Tea (refillable)
Sup & Kicap manis abc – FREE OF CHARGE
Siapa kat sini yang suka gila makan pedas, pedas macam ayam gepuk tu, korang wajib try sini plak.
Tak perlu beratur panjang,
Tak perlu sedih kalau ayam habis,
Tak perlu berebut meja,
(Maybe kena datang bukan lunch time lah kot)
Tapi serious, yang ini cili dia ada flavour sikit, sbb di tumis mungkin dah masuk bawang garam gula perasa ke en, kalau ayam gepuk dia cili fresh penyet teruss. Sini cili dia ditumis.
Ads
Ayam dia pula dihancurkan ditumbuk dipenyetkan dan digaul bersama cili Ghost Pepper mengikut pada skala kepedasan yang korang pilih, bersama timun, salad and keropok udang.
Masa makan ni pilih level 1 je konon taknak terkejut katanya. Alih-alih tak pedas plak takde feel lah nak makan kan hahahha
So masa mintak extra cili tu (should be kena byr RM3.80) boss dia tanya, “tak pedas ke?”
Ads
Kita pun cakap lah tak pedas, naaa dia bagi level 3 punya cili dalam bekas besar tu. Amek kawww rasa cam kena perli pun ada sbb banyak okay dia bagi extra.
Time tu baru rasa betapa tinggi nya langit dan bumi. PEDASSSSS!!!
Ads
Korang kena cuba atleast sekali, mana mana yg suka wong solo, ayam gepuk tu, haaa nah tambahkan dalam list tempat makan korang and tell me watchu think about it!
Ada banyak lagi pilihan menu menarik di premis makanan berkonsep masakan Indonesia ini antaranya Chessy Ayam Geprek , Ayam Geprek, Nasi Sambal Matah, Nasi Sambal Pedas, Nasi Sambal Hijau Petai, Mi Sedap Sambal Matah, Mi Sedap Sambal Pedas, Ayam Panggang, Nasi Panggang, dan Sate Ayam Kicap.
Lokasi: Kotak Malaysia SS15 | 7, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Kerap saya lihat gambar cantik di puncak Kerunai dan Kenderong; terutamanya video serta gambar matahari terbit dan awan tebal hanya di bawah kaki (awan karpet). Awan di sini tebal dan gebu, mungkin kerana kedudukan kedua-dua gunung ini dilitupi hutan tebal dan berhampiran hutan Royal Belum. Saya berharap hutan ini tidak akan diteroka oleh pembalak atau dijadikan chalet atau resort berhampiran!
Yang rendah ialah si adik Kerunai, yang tinggi si abang Kenderong. Foto: http://renbowlala.blogspot.my
Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai merupakan gunung yang tidak terletak atas mana-mana banjaran. Ia tersergam di kawasan Grik dan boleh di lihat jelas dari pekan Grik jika cuaca cerah dan tidak berkabus. Kedua-dua gunung ini hanya bersebelahan, juga dikenali sebagai K2 Perak atau Kembar Dua. Gunung Kenderong berketinggian 1223M dan Gunung Kerunai berketinggian 1000M dari aras laut.
Gunung Kenderong dikatakan lebih sukar didaki berbanding Kerunai. Untuk ke puncak Kenderong perlu mendaki curam sehingga 60-80 darjah. Ramai pendaki mengatakan ini cabaran terhebat sebelum dapat ke puncak dan menikmati indah ciptaan Allah.
Kedua-dua gunung dilitupi hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Selamat memburu sunrise/sunset dan awan karpet dan bersama jaga hutan kita.
Gunung Kenderong terletak di Kampung Pahat mempunyai ketinggian setinggi 1,223 meter (4,012 kaki). Gunung ini pernah terbakar sebanyak dua kali diyakini kerana api perkhemahan yang tidak dipadam sepenuhnya. Harap kita sama beringat tentang ini demi memelihara alam kita.
Sunrise & Awan Karpet @ Gunung Kerunai. Hayati indah ciptaan Allah & fahami melalui al-quran. LIBUR sokong kempen World #QuranHour 31 Ogos ini. Walau dimana anda berada, luangkan masa anda. Baca,amal,faham.Video: Mohamad Khairullah / Bunny Hikers #libur #QuranHour #kerunai
Fenomena ‘Blue Tears’ atau Air Mata Biru yang wujud di permukaan pantai Kuala Selangor kini sedang diperkatakan ramai.
Ada yang kata foto-foto fenomena tersebut bukan di Malaysia tetapi di luar negara. Ya! fenomena Blue Tears tersebut memang berlaku di Kuala Selangor. Lokasinya terletak berdekatan dengan destinasi tarikan pelancong popular di Kuala Selangor iaitu Sky Mirror.
Blue Tears adalah antara produk pelancongan terbaru di negeri Selangor yang boleh dilihat pada waktu malam. Fenomena Blue Tears dikatakan terhasil daripada fitoplankton iaitu sejenis tumbuhan marin mikroskopik yang hanyut di permukaan air. Ia kemudiannya menghasilkan cahaya biru terang apabila bertindak balas dengan kandungan oksigen dalam air laut.
Penduduk tempatan mula menemui kejadian air seakan berwarna biru pada malam hari sekitar tahun 2018 dan ia semakin kerap boleh dilihat hingga hari ini.
Difahamkan, tarikan ini hanya dibuka pada jam 8 malam hingga 10 malam sahaja dan berharga RM25+ untuk seorang. Pastikan anda memilih travel agensi yang berdaftar untuk mengambil pakej melihat Blue Tear ini.
Pelawat akan di bawa menaiki bot yang disediakan untuk menyusuri pantai di Kuala Selangor. Kawasan sekitar yang lebih gelap membolehkan seseorang melihat Blue Tears dengan lebih baik. Walaubagaimanapun, ia mungkin tidak sama apabila anda cuba menangkap dengan kamera, hanya mata kasar boleh melihat kecantikan ini.
Singgah Yoyo Rakit di Pulau Layang, Ulu Tiram, Johor ini akan jadikan percutian anda cukup menarik. Cuma ambil masa 3-5 minit sahaja dari jeti untuk sampai ke sini.
Yoyo Rakit di Pulau Layang
Bagi anda yang takut naik bot pun boleh pergi lah kat sini. Selamat! Sebenarnya ini adalah tempat kaki pancing, tapi boleh je nak datang santai-santai dengan family atau kawan.
Yang memancing teruskan memancing, anak dan isteri anda boleh layan view kat sana. Sambil itu boleh lah buat aktiviti lain. Main dam haji ke, atau bbq, santai-santai main masak-masak ala camping kalau malas nak angkut banyak barang.
BAYARAN MASUK:
DEWASA : RM 30
KANAK-KANAK : RM 15 (6-12 years)
Owh ya, kat atas tu pun ada kedai makan juga. Lepak makan sambil menikmati pemandangan laut. Sungguh, di Sungai Layang anda boleh rasai sunrise dan sunset yang cantik.
Jadi, jangan kata Ulu Tiram tak ada tempat best untuk buat aktiviti bersama keluarga, boleh ke sini dengan bawa anak-anak merasa percutian sambil memancing dan layan view rumah atas air.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...