TEKS: MR. JOCKO
Saya akui, Kota Sawahlunto sangat baru kepada saya dan tidak pernah terfikir akan sampai di Sawahlunto kerana ia tiada dalam senarai tempat percutian saya. Namun, apabila sampai sahaja di sini, saya terpesona dengan keunikan Kota Sawahlunto yang dulu terkenal dengan pusat perlombongan Arang Batu pada zaman penjajahan Belanda.
Kota Sawahlunto adalah sebuah bandar di Sumatera Barat, Indonesia yang meliputi 5.9 km persegi dan mempunyai penduduk sekitar 16,000 orang. Kawasan sekitar Sawahlunto dikelilingi rimbunan pokok-pokok yang menghijau dan berbukit bukau serta masih lagi penuh dengan Arang Batu.
Sawahlunto adalah salah satu daripada bandar-bandar perlombongan di Sumatera Barat. Ia telah ditubuhkan sebagai sebuah bandar pada tahun 1882 oleh Belanda bersama-sama dengan operasi perlombongan arang batu.
Arang Batu ditemui pada pertengahan abad ke-19 oleh Ir. de Greve yang kemudiannya mencadangkan kepada Belanda bahawa arang batu perlu dilombong di kawasan itu untuk keperluan industri dan pengangkutan. Kini, Sawahlunto berkembang menjadi destinasi pelancongan sejarah Arang Batu dan masih banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda terokai apabila berada di sini.
Ia merupakan antara destinasi pelancongan yang unik kerana ia memberikan anda peluang menjengah ke lombong bawah tanah yang merupakan tempat perlombongan asal arang batu sewaktu ia mula ditemui. Di sini terdapat Galeri Arang Batu yang dikenali sebagai Galeri Tambang Batu Bara Dan Lubang Tambang Mbah Soero di mana anda boleh mendapatkan maklumat tentang Arang Batu dan pengalaman masuk ke lubang lombong Arang Batu dan merasai sendiri suasana berada di lombong bawah tanah yang berusia ratusan tahun tersebut.
Dalam 50 meter dari Galeri Arang Batu, anda boleh melihat Muzium Gudang Ransoem yang menempatkan tapak dapur asal yang digunakan untuk memasak makanan para pekerja lombong arang batu. Dapur ini digunakan untuk memasak 3,900 kg beras untuk makanan pekerja lombong setiap hari.
Tidak jauh dari lokasi Muzium Gedung Ransoem,anda akan dapat melihat sebuat stesen keretapi lamayang kini menjadi tinggalan sejarah di Sawahlunto. Ia dikenali sebagai Muzium Kereta Api Sawahlunto.
Muzium Kereta Api Sawahlunto sebelum inimerupakan sebuah stesen keretapi di Sawahlunto yangdiuruskan oleh Bahagian Wilayah Sumatera Barat2, dan merupakan salah satu stesen perhentian yang sedia ada di Sumatra Barat. Dulu ia digunakan untuk mengangkut arang batu ke pelabuhan dan juga kelokasi-lokasi tertentu.
Muzium ini terletak di kawasan kampung yang masih menghijau dan berbukit dan Lembah Segar mengelilingi pekan kecil Sawahlunto.