Pertama kali saya sampai di Sumatera, saya berpeluang untuk menerokai daerah Sawahlunto yang terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar Padang.
Saya akui, Kota Sawahlunto sangat baru kepada saya dan tidak pernah terfikir akan sampai di Sawahlunto kerana ia tiada dalam senarai tempat percutian saya. Namun, apabila sampai sahaja di sini, saya terpesona dengan keunikan Kota Sawahlunto yang dulu terkenal dengan pusat perlombongan Arang Batu pada zaman penjajahan Belanda.
Kota Sawahlunto adalah sebuah bandar di Sumatera Barat, Indonesia yang meliputi 5.9 km persegi dan mempunyai penduduk sekitar 16,000 orang. Kawasan sekitar Sawahlunto dikelilingi rimbunan pokok-pokok yang menghijau dan berbukit bukau serta masih lagi penuh dengan Arang Batu.
Ads
Ikon arang batu
Sawahlunto adalah salah satu daripada bandar-bandar perlombongan di Sumatera Barat. Ia telah ditubuhkan sebagai sebuah bandar pada tahun 1882 oleh Belanda bersama-sama dengan operasi perlombongan arang batu.
Arang Batu ditemui pada pertengahan abad ke-19 oleh Ir. de Greve yang kemudiannya mencadangkan kepada Belanda bahawa arang batu perlu dilombong di kawasan itu untuk keperluan industri dan pengangkutan. Kini, Sawahlunto berkembang menjadi destinasi pelancongan sejarah Arang Batu dan masih banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda terokai apabila berada di sini.
Ads
Ia merupakan antara destinasi pelancongan yang unik kerana ia memberikan anda peluang menjengah ke lombong bawah tanah yang merupakan tempat perlombongan asal arang batu sewaktu ia mula ditemui. Di sini terdapat Galeri Arang Batu yang dikenali sebagai Galeri Tambang Batu Bara Dan Lubang Tambang Mbah Soero di mana anda boleh mendapatkan maklumat tentang Arang Batu dan pengalaman masuk ke lubang lombong Arang Batu dan merasai sendiri suasana berada di lombong bawah tanah yang berusia ratusan tahun tersebut.
Dalam 50 meter dari Galeri Arang Batu, anda boleh melihat Muzium Gudang Ransoem yang menempatkan tapak dapur asal yang digunakan untuk memasak makanan para pekerja lombong arang batu. Dapur ini digunakan untuk memasak 3,900 kg beras untuk makanan pekerja lombong setiap hari.
Ads
Warisan silam
Tidak jauh dari lokasi Muzium Gedung Ransoem,anda akan dapat melihat sebuat stesen keretapi lamayang kini menjadi tinggalan sejarah di Sawahlunto. Ia dikenali sebagai Muzium Kereta Api Sawahlunto.
Muzium Kereta Api Sawahlunto sebelum inimerupakan sebuah stesen keretapi di Sawahlunto yangdiuruskan oleh Bahagian Wilayah Sumatera Barat2, dan merupakan salah satu stesen perhentian yang sedia ada di Sumatra Barat. Dulu ia digunakan untuk mengangkut arang batu ke pelabuhan dan juga kelokasi-lokasi tertentu.
Muzium ini terletak di kawasan kampung yang masih menghijau dan berbukit dan Lembah Segar mengelilingi pekan kecil Sawahlunto.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Usahlah bersedih. Mahu atau tidak kita harus terima Hari Raya Aidilfitri tahun ini hanya boleh disambut di rumah sendiri sahaja.
Memandangkan penularan wabak Covid-19 masih berleluasa, Kerajaan Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan tentang larangan aktiviti rentas negeri dan daerah sehingga 7 Jun ini. Maka dengan itu, rata-rata umat Islam tidak dapat menyambut Syawal di kampung halaman mereka. Agak suram seperti tahun sebelumnya, namun anda masih boleh menyambut lebaran bersama ahli keluarga dan kawan-kawan yang tinggal berdekatan dengan anda. Di sini, Tourism Selangor menyenaraikan 6 cara menjadikan perayaan Syawal tahun ini lebih bermakna seperti tahun-tahun terdahulu di samping orang tersayang:
Laungan Takbir
Ketibaan Syawal yang penuh berkat harus disambut dengan penuh kesyukuran oleh umat islam. Dikala tempoh pandemik, laungan takbir Aidilfitri boleh dilaksanakan bersama ahli keluarga yang berdekatan dan diketuai oleh ketua keluarga di kediaman masing-masing. Dengan hanya melaungkan takbir raya di rumah, ia juga menggambarkan kesyukuran atas kemenangan dalam menjalani ibadah di bulan Ramadan.
Solat Sunat Aidilfitri bersama Keluarga
Sering kali kita lihat kemeriahan lebaran di mana umat Islam berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan berbaju raya, namun ianya berbeza tahun ini. Walaupun sesetengah masjid dibuka tetapi tidak semua berpeluang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dek kerana kekangan SOP hari raya. Usah sedih kerana anda masih boleh melaksanakan amalan sunah ini di kediaman anda bersama orang tersayang serta rakan-rakan yang berdekatan. Niat untuk menunaikan ibadah sunah ini adalah lebih utama.
Bergaya dengan Baju Raya
Sudah menjadi kebiasaan untuk seluruh umat Islam menyarung baju tradisional berbagai gaya pada pagi raya. Walaupun ziarah Hari Raya adalah dilarang semasa tempoh PKP, ianya tidak menghalang anda untuk memperagakan baju raya bagi meraikan kemenangan Ramadan. Di samping itu, pohonlah kemaafan sesama ahli keluarga secara fizikal mahupun maya dan duit raya usah dilupa!
Nikmati Hidangan Aidilfitri
Menikmati hidangan yang pelbagai serta kuih raya merupakan aktiviti yang sentiasa dinanti-nantikan sewaktu Aidilfitri. Lemang, ketupat dan rendang merupakan menu utama untuk dijamah semasa Hari Raya. Tidak lupa juga, variasi kuih raya mampu memeriahkan lagi suasana Syawal. Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan tradisional Negeri Selangor seperti Nasi Ambeng, Sate dan Pecal. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan tradisional Negeri Selangor, anda boleh layari https://selangor.travel/the-state-of-selangor-a-home-to-gastronomical-delights/.
“Snap Snap” Gambar Raya bersama Keluarga
Sudah cantik dan segak berbaju raya, jangan ketinggalan untuk mengambil gambar. Jadikan raya tahun ini sebagai kenangan kerana ia juga merupakan sambutan raya yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Cari sudut-sudut terbaik di kawasan rumah anda untuk sesi fotografi raya bersama keluarga, atau jangan lupa ambil paparan skrin telefon bimbit semasa anda membuat panggilan video di pagi Syawal!
Dream Now, Travel Later
Larangan rentas daerah dan negeri mungkin menjadikan suasana lebaran terasa agak suram pada sesetengah orang. Namun begitu, ini lah masa nya untuk anda “Dream Now, Travel Later”. Manfaatkan waktu terluang anda dengan menonton video-video terkini di laman YouTube rasmi Tourism Selangor seperti video-video promosi Kempen #PusingSelangorDulu, serta video-video VR dan Aerial View Experience melibatkan 9 buah daerah di Negeri Selangor. Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor diwww.selangor.travel bagi mendapatkan inspirasi untuk anda rangka perjalanan anda ke Negeri Selangor pada suatu masa kelak. Selamat menonton!
Tourism Selangor berharap, 6 cara ini mampu menceriakan suasana Hari Raya anda di rumah meskipun ada yang jauh dari kampung halaman. Syawal 2021 mungkin berbeza, tetapi ia pasti tetap memberikan sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakan. Gunakan inisiatif atas talian untuk berhubung dengan saudara-mara dan rakan taulan tahun ini.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Kredit: Selangor Tourism
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kedua-dua Daerah dalam Negeri Selangor ini mempunyai pelbagai tinggalan sejarah yang boleh anda jejaki semula. Bagi Daerah Kuala Selangor, selepas memperoleh perkenan dari DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Majlis Daerah Kuala Selangor kini dengan rasminya sudah diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Daerah Kuala Selangor dan Klang adalah dua destinasi yang amat sesuai untuk dilawati sempena menyemarakkan semangat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos 2021.
10.00 a.m. :Pelajari sulur-galur sejarah di Muzium Sejarah Kuala Selangor
11.00 a.m. :Nikmati keindahan tinggalan sejarah Bukit Malawati, Kuala Selangor
12.00 p.m. :Makan tengah hari berlaukkan menu tempatan di Rabitah Catering
2.00 p.m. :Persinggahan di tapak tinggalan sejarah Kota Raja Mahadi
3.00 p.m. :Lawatan ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
4.00 p.m. :Kunjungi kawasan Diraja Istana Alam Shah
5.00 p.m. :Saksikan keunikan senibina Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang
Pelajari Susur-galur Sejarah di Muzium Sejarah Kuala Selangor
Tempat ini adalah tempat yang paling sesuai untuk belajar dan selami kembali sejarah tentang Daerah Kuala Selangor. Sekitar tahun 1960, Muzium yang terletak di Bukit Malawati, Kuala Selangor ini merupakan tempat kediaman rasmi buat Pegawai-pegawai Daerah.
Muzium ini menyediakan maklumat berkenaan sejarah Daerah ini melalui kronologi yang dipamerkan mengikut tujuh seksyen. Informasi juga disampaikan menerusi teknik interaktif untuk kemudahan pelawat.
Nikmati Keindahan Tinggalan Sejarah di Bukit Malawati, Kuala Selangor
Bukit Malawati merupakan destinasi popular di kalangan warga tempatan kerana keindahan dan keunikannya yang tersendiri. Ianya juga adalah bukit ikonik di Daerah Kuala Selangor yang menempatkan pelbagai tinggalan sejarah dari zaman Kesultanan Selangor seperti Perigi Beracun dan Meriam Penggawa.
Keunikan yang terdapat di Bukit Malawati juga termasuk Rumah Api Kuala Selangor — habitat buat pelbagai spesies monyet seperti lotong. Selain itu, perkhidmatan trem ke sekitar Bukit Malawati akan beroperasi pada hari minggu dan cuti umum bagi memudahkan perjalanan pengunjung.
Makan Tengahari di Rabitah Catering, Kuala Selangor
Rabitah Catering adalah tempat yang sempurna untuk mengisi perut anda dengan juadah lauk masakan tempatan dan masakan Jawa yang pelbagai termasuk menu ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran seperti ulam-ulaman kampung.
Anda juga boleh menikmati nasi campur berlaukkan lauk unik seperti daging salai dan gulai urat keting. Kedai makan ini mula beroperasi seawal 6:30 pagi sehingga 4:30 petang untuk pelanggan singgah dan nikmati hidangan lazat yang mereka sajikan.
Persinggahan di tapak tinggalan sejarah Kota Raja Mahadi, Klang
Selepas menjejaki warisan tinggalan sejarah di Daerah Kuala Selangor, Daerah Klang merupakan destinasi yang berdekatan bagi menyambung perjalanan jejak warisan kali ini.
Kota Raja Mahadi yang tertetak di Bukit Kota Klang ini merupakan tapak sejarah yang pernah menjadi saksi perang saudara yang berlaku diantara Raja Mahadi dan Raja Abdullah pada kurun ke-19. Perang itu berlaku atas sebab pergelutan kuasa untuk menakluki Sungai Selangor yang strategik serta kawasan sekitarnya.
Lawatan ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang
Perjalanan jejak warisan tidak sempurna tanpa lawatan ke mana-mana Muzium atau Galeri. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Daerah Klang merupakan tempat yang ideal bagi mempelajari tentang sejarah dan warisan Diraja Kesultanan Selangor. Bangunan Galeri yang telah dibina pada tahun 1909 ini dahulu dikenali sebagai Bangunan Sultan Suleiman.
Bangunan ini juga pernah dijadikan sebagai bangunan pentadbiran British ketika zaman pemerintahan British dan ketika Perang Dunia ke-2, bangunan ini telah menjadi Ibu Pejabat bagi tentera Jepun. Kemudian, pada tahun 2007, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan merasmikan bangunan ini sebagai Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz.
Kunjungi Kawasan Diraja, Istana Alam Shah, Klang
Terletak di Daerah bersejarah Klang, Istana ini merupakan bangunan Diraja yang menjadi lokasi DYMM Sultan Selangor melaksanakan tugas-tugas rasmi Baginda dan juga merupakan tempat untuk menjalankan adat istiadat Diraja Negeri Selangor.
Istana yang dibina pada tahun 1905 ini telah menjadi saksi pembangunan Daerah Klang dan juga merupakan tempat kelahiran buat DYMM Sultan Selangor yang ke-7, Almarhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
Akhiri Jejak Warisan dengan Menyaksikan Keunikan Senibina Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang
Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang merupakan salah satu masjid di Negeri Selangor yang mempunyai senibina yang unik dan menarik. Masjid ini telah dibina pada tahun 1932 dan dirasmikan oleh Almarhum DYMM Sultan Alaeddin Suleiman Shah pada tahun 1934.
Selain dari senibina dan konsep yang unik, di masjid ini juga terdapat satu anak tangga dikenali sebagai Tangga Diraja yang menyambungkan antara Istana Alam Shah dan Makam Diraja Klang. Masjid yang berusia ini masih lagi gah berdiri hasil usaha konservatif demi mengekalkan sentuhan-sentuhan barat yang asli pada senibinanya.
Selesai sudah jejak warisan kali ini yang melibatkan dua Daerah bersejarah, Kuala Selangor dan Klang. Bukan sahaja dalam Bulan Kemerdekaan, tetapi pada setiap masa, usaha mengenali dan mendalami sejarah tempatan perlu diberikan penekanan oleh warganegara bagi memupuk perasaan cinta akan tanah air, dan mendapatkan pengajaran dari kisah-kisah silam yang amat bersejarah.
Layari www.selangor.travel, laman sesawang rasmi Tourism Selangor untuk mendapatkan idea dan inspirasi dalam merangka perjalanan anda ke Negeri Selangor. #ImagineNowExperienceSoon.
Kredit: Travel Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tapau makanan di 7e untuk day 2 di campsite (246bhat). Bertolak ke Cool Camping dari pekan Betong (ETA 1jam 15min)
Hari Kedua:
Bertolak ke Skywalk Aiyerweng (30 min dari campsite) 460bhat(2pax) termasuk sarung kasut.
Shuttle (return) ke skywalk (100bhat) 2 pax.
Sarapan: 110bhat (2pax).
Hari Ketiga
Check out.
Bertolak ke Winter flower garden. Entrance fees (200bhat) 2pax.
Sambung makan tengah hari di pekan Betong ( Dah & Nan halal). 360bhat(2pax)
Itu sahaja pengalamannya ke sana dan terus bertolak balik ke Malaysia. Bagi anda yang nak ke Betong Thailand, boleh senaraikan siap-siap semua tempat ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!