Sabah, Negeri Di Bawah Bayu mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Ditambah pula kedudukan setiap lokasi yang agak pedalaman dan masih terpelihara, membuatkan destinasi di negeri ini cukup indah untuk diterokai. Lebih menarik, kebanyakannya berlatarbelakangkan puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu.
Salah satu daerah yang wajib diteroka ketika berada di negeri ini ialah Kota Belud. Terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu, Kota Belud kaya dengan destinasi ekopelancongan menarik.
Berikut ialah senarai destinasi ekopelancongan yang anda boleh nikmati apabila berkelana ke sana.
Polumpung Melangkap Camp Site
Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Kota Kinabalu dan ia merupakan antara tempat popular dalam kalangan masyarakat setempat. Terdapat sungai cetek yang jernih dengan batuan kecil dan besar.
Sebaiknya untuk sampai ke sini adalah sebelum matahari tegak meninggi, jadi bolehlah anda bermandi-manda sambil merakam foto kenangan dengan berlatarbelakangkan Akinabalu.
Untuk yang datang day trip, anda boleh menyewa khemah di tapak perkhemahan yang disediakan. Anda juga boleh berkelah dan barbeku selain bermandi-manda.
Sekiranya berkesempatan, anda boleh terus menginap di sini kerana terdapat tempat penginapan yang selesa untuk pelancong.
Masih berada di Kampung Melangkap, Kota Belud, aktiviti di sini juga tidak banyak bezanya dengan Polumpung Melangkap. Berkhemah, bermandi-manda dan berkelah antara aktiviti yang menjadi pilihan pengunjung untuk ke mari.
Pemandangan di sini juga tidak kurang hebatnya. Setiap sudut sangat cantik dengan persekitaran menghijau dihiasi panorama Gunung Kinabalu.
Antara pulau cantik dan sering diperkatakan yang ada di Sabah. Pulau ini juga menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Lokasinya agak jauh, namun persinggahan ke sini memang berbaloi. Perjalanan ke sini mengambil masa 2 hingga 3 jam termasuk menaiki bot.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah selam snorkel, mandi-manda, barbeku dan bergambar sehingga puas. Pulau ini juga antara salah satu lokasi untuk anda saksikan fenomena blue tears.
Ada beberapa penginapan di sini yang boleh anda pilih, antaranya ialah JSK Mantanani Island Resort dan Sutera Mantanani Island Resort. Alang-alang jauh perjalanan, menginap di pulau ini adalah pilihan yang terbaik!
Bagi anda yang sukakan aktiviti ekstrem seperti hiking atau jungle trekking, Kg. Sayap merupakan antara lokasi ideal. Perjalanan untuk sampai ke 10 air terjun cantik pastinya bakal menjadi cabaran yang takkan anda lupakan.
Untuk eksplorasi tersebut, sebaiknya digalakkan menggunakan perkhidmatan pengurusan khas yang ditawarkan oleh beberapa pihak seperti Kowatuan Eco Edu-Tourism.
Bagi yang ingin menikmati suasana kampung, Tagal Village adalah tempatnya. Mempunyai sungai kecil yang jernih dan juga komuniti mesra pengunjung, ia pasti membuatkan anda seronok.
Berkelah bersama keluarga, bermandi-manda, berkhemah dan menyaksikan ikan sungai yang jinak merupakan antara aktiviti menarik boleh dilakukan di Tagal Talungan. Aktiviti water tubing pun ada di sungai yang jernih dan cetek ini.
Ingin jejakkan kaki ke hutan sambil menikmati khazanah alam? Lokasi ini pilihan terbaik untuk anda. Di sini anda berpeluang melihat sendiri bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia selain berpeluang meneroka lima buah gua dan mandi air terjun.
Terdapat juga pakej yang disediakan untuk mendaki Bukit Kagarasan dengan perjalanan sejauh 3.5 kilometer. Untuk pakej ini, anda perlu bermalam (berkhemah) di luar gua. Paling penting, anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana ia melibatkan aktiviti pendakian.
Jika inginkan aktiviti yang tidak terlalu ekstrem bersama keluarga, taman rekreasi yang ada di Kg. Nahaba ini sesuai untuk dikunjungi. Mempunyai sungai yang cetek, luas dan semestinya jernih, ia sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga.
Banyak kemudahan yang ada tersedia dengan bayaran sewa berpatutan. Kemudahan lengkap juga ada bagi anda yang ingin berkelah dan bermandi-manda.
Inginkan pengalaman berkhemah berlatarkan pemandangan sawah padi dan panorama Gunung Kinabalu? Terletak kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu, perjalanan ke Tegodun Tourism Village (TTV) memakan masa selama dua jam. Namun, destinasi ini merupakan salah satu pilihan menarik untuk dimasukkan ke dalam itinerari anda.
Jika anda seorang yang lebih sukakan outdoor serta perkhemahan tenang dan selesa, TTV adalah tempatnya. Langit malam anda akan dihiasi dengan kerlipan bintang-bintang bercahaya. Malahan, seawal pagi dan menjelang senja pula, pemandangan indah gunung Kinabalu tersergam luas di hadapan anda.
Tapak perkhemahan yang berdekatan dengan sungai cetek, memudahkan anda untuk mendapatkan gambar-gambar menarik. Ideal untuk para pelancong yang pertama kali ingin berkhemah secara santai sama ada bersama rakan mahupun keluarga.
Minakit Retreat yang terletak di Bundu Paka, Kota Belud merupakan lokasi perkhemahan dan tempat beriadah dalam suasana tenang dikelilingi flora dan fauna. Untuk sampai ke sini, kenderaan pacuan empat roda diperlukan disebabkan keadaan jalan yang tidak sesuai untuk kereta biasa. Namun, bila dah sampai ke destinasi, memang berbaloi!
Jangan lupa untuk mandi-manda di sungai yang terletak tidak jauh daripada campsite ini. Air sungai yang mengalir dari Gunung Kinabalu ini agak sejuk dan sangat jernih. Oleh itu, waktu pagi anda di sini bakal disajikan dengan pemandangan indah hutan yang masih belum diterokai. Memang awesome!
Jika berkunjung ke Kota Belud, jangan lupa singgah di pasar mingguan yang dipanggil Pasar Tamu. Berlangsung setiap Ahad, pasar yang dipanggil ‘semio’ dalam bahasa tempatan ini cukup terkenal dengan keunikannya.
Pelbagai barangan boleh anda perolehi di sini, bermula daripada barang keperluan, makanan sehinggalah hasil kraftangan penduduk tempatan. Lebih menarik, anda juga berpeluang menyelami kepelbagaian budaya masyarakat setempat di daerah ini yang terdiri daripada kaum Bajau, Kadazan Dusun, Iranun dan Cina. Uniknya, penduduk yang berada di Tamu Kota Belud ini boleh bertutur hampir kesemua bahasa kaum yang terdapat di sana.
Anda tidak seharusnya melepaskan peluang melawat kesemua lokasi menarik yang terdapat di Kota Belud. Kaya dengan keunikan tersendiri, anda boleh memilih untuk menikmati kembara alam semula jadi, sekadar bersantai atau terlibat dalam aktiviti ekstrem. Semuanya ada di Kota Belud, Sabah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebaik kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri, ramai yang menarik nafas lega.
Ini bermaksud kebenaran untuk balik ke kampung halaman masing-masing untuk bertemu kaum keluarga terutama emak ayah yang sudah lama tidak dijenguk sepanjang tempoh PKPB kedua dilaksanakan.
Tidak kurang yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan cuti hujung tahun dengan mengunjungi destinasi menarik di dalam negara.
Gambar sekadar hiasan.
Walaupun sudah dibenarkan rentas negeri dengan pergi bercuti tetapi jangan dilupakan SOP yang dilaksanakan sebelum ini dan dipatuhi jika ke tempat green zone.
Selain itu itu berikutan peningkatan kenderaan di jalan ekoran ramai yang keluar dari Lembah Klang menuju destinasi masing-masing, jangan lupa untuk membaca doa demi untuk keselamatan sepanjang perjalanan.
Perkongsian doa ini oleh PU Amin yang dimuat naik di laman Instagramya beserta doa pesanan.
Doa ini adalah doa untuk mohon Allah kekalkan nikmat kita hari ini. Nikmat bebas dari virus, walau bukan sepenuhnya tapi kita minta agar Allah lindung kita, minta Allah elakkan penyakit , minta Allah jauhkan benda benda buruk..
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar, dia berkata, “Di antara doa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah:
“ALLOOHUMMA INNII A’UUDZU BIKA MIN ZAWAALI NI’MATIK, WA TAHAWWULI ‘AAFIYATIK, WA FUJAA’ATI NIQMATIK, WA JAMII’I SAKHOTHIK”..
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesehatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu. (HR. Muslim)
Kalau anda ada berniat nak bercuti ke Thailand bersama keluarga tersayang, boleh lah cuba masuk dengan kereta pula.
Ini mungkin mengambil kira pelbagai faktor selain lebih selesa, ada yang merasakan jimat kos, sudah tahu selok belok bahkan ada juga disebabkan rasa teruja untuk merasai pengalaman baru merentas negara dengan menggunakan jalan darat bersama seisi keluarga.
Cara Bercuti Ke Thailand Dengan Kereta, Ibu Ini Kongsikan Itinerari Dan Kos
Berkongsi pengalaman manis mengenai rentas negara menggunakan kenderaan sendiri, seorang ibu ini berkongsi kisahnya di facebook berkenaan percutian mereka empat beranak selama 14 hari di Thailand. Bahkan menyifatkan percutian kali ini begitu menarik dan bermakna buat mereka sekeluarga!
Menurutnya, trip percutian menaiki kereta ini bermula dari Kuantan- Changlun- Wang Kelian- Nakhon Si Thammarat – Hua Hin- Kanchanaburi -Khao Yai – Bangkok – Hua Hin- Hatyai- Bukit Kayu Hitam dan berakhir di Kuantan juga.
“Kami pilih untuk masuk melalui border Wang Kelian sebab sana kurang sesak berbanding border2 lain. (Wajib try pulut ayam di border wang kelian)
“Ramai yang tanya. Ok ke drive kat Thailand? (Ni kali ke dua kami drive. Kali pertama ke Krabi tahun 2017). Jawapannya sangat-sangat ok sebab majority driver Thailand sangat-sangat la berhemah, suka beralah berbanding driver Malaysia. Payah nak jumpa driver sana yang nano-nano , yang suka cucuk-cucuk rapat, suka pancung himpit-himpit, suka hon ni MEMANG PAYAH NAK JUMPA.
“Walaupun ada yang keluar simpang sesuka hati, masuk jalan orang suka hati, uturn suka hati, driver diorang takkan hon ke , gi kejar nak maki ke , tak ada, yang diorang buat, diorang brek dan bagi laluan. Sangat tenang ya drive di sana. Kita pun auto jadi berhemah bila drive kat sana. 2 minggu kat sana sekali je kitaorang dengar bunyi hon kereta. Jadi jawapannya jangan risau nak drive kat Thailand. Sangat selamat.”
Kos-kos untuk 14 hari di bumi Thailand
Kos Insuran :
Basic insuran untuk kereta untuk 2 minggu hanya Rm 30 tapi kami ambil extra insuran Rm 130. Total untuk insuran kereta + dokumen2 upah agent isi untuk masuk ke Thailand (kami guna Ghanimi Agency) untuk 4 dewasa 2 budak = Rm 177.
Personal travel insuran:
Kami ambil Etiqa 360. Buat online je.
Kos insuran:
2 dewasa 2 budak (family pakej): Rm 208
2 dewasa : Rm 120
Total : Rm 328
Wajib juga buat personal travel insuran ni ya sebab kita tak tahu apa akan jadi, jadi baik sediakan payung sebelum hujan.
Kos minyak/petrol:
Kuantan-Gurun (711km): Rm 100
Thailand ( 3000km) : Rm 1200
Bukit Kayu Hitam – Kuantan (850km): Rm 120
Total Minyak (4561km): Rm 1400
Tol : lupa nak kira
Harga minyak di Thailand adalah double dari harga minyak di Malaysia. Jadi kena isi full sebelum masuk ke Thailand. Kami suka isi minyak di stesen PTT di Thailand sebab ada seven eleven dan juga ada surau , tandas yang agak selesa.
Kos Hotel:
Yang ini saya tak share kos ya sb kos hotel ni bergantung pada bajet dan keselesaan. Jika sekadar untuk tidur sebelum sambung perjalanan, boleh dapat Rm 70 utk twin room dan Rm 120-140 Family room. Contoh trip 12 malam, bajet 1 malam +- Rm 200. Jadi korang Boleh buat bajet untuk hotel Rm 2400 untuk satu2 trip 12 malam.
Makanan Halal:
Untuk cari makanan halal di Thailand ni tidak susah. Hanya perlu search “ halal food near me” nanti banyak la keluar kedai-kedai makanan halal. Untuk kami, sekiranya lokasi makanan halal berdekatan, kami akan pergi, jika jauh kami akan beli makanan di 7 eleven sahaja. Paling senang nak cari kedai makanan halal adalah di Bangkok & Hatyai. Di Bangkok kami suka pergi Ramkhamhaeng Night Market, buka setiap hari kecuali Rabu. Makanan halal sangat banyak dijual di sana dan murah.
Tempat Makan Menarik di Hatyai yang sempat kami pergi :
Hah, selepas ini kalau ada yang rasa nak masuk ke Thailand guna kereta, boleh lah ikut tip dan sediakan kos seperti di atas. Bawa lebih lagi pun, selamat!
Seorang pelancong Rusia cedera parah selepas dia memanjat tembok kaca dan lompat dari tingkat empat terminal penumpang di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand.
Jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol Col Kritsana Patanacharoen berkata, Mikhail Sinitsyn, 44, ditemui cedera parah di tingkat dua selepas jatuh pada pukul 1 pagi Isnin. Dia dikejarkan ke Hospital Samitivej Srinakarin, tetapi disahkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi hari yang sama.
Tempat di mana mangsa terjun dari tingkat 4 di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.
Kritsana berkata, Sinitsyn tiba dari Vietnam dan selepas melalui kaunter imigresen, dia berjalan ke tingkat empat lalu memanjat telefon awam yang terletak di sebelah dinding kaca sebelum terjun ke bawah. Dinding kaca tersebut dipasang berikutan berlakunya beberapa kes pelancong asing melakukan cubaan bunuh diri sebelum ini.
Kritsana berkata pihak polis belum mengenalpasti motif mangsa membunuh diri tetapi akan melakukan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan kedutaan Rusia di Thailand telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...