Kos Tak Sampai RM500, Gadis Ini Enjoy Pusing Satu Malaysia Guna Myvi Yang Diubah Suai Jadi ‘Campervan’

Share

Selalunya kembara menaiki bas atau van yang diubah suai menjadi ‘campervan’ terutama di luar negara jadi inspirasi buat kita untuk melakukan perkara sama.

Tidak mustahil kerana jika ada keinginan dan minat, pasti impian akan jadi kenyataan.

Artikel Berkaitan: CAMPERVAN: UBAH DATSUN C20 & TRAVEL DENGAN FAMILI

Anda tidak perlukan kenderan besar seperti bas atau van, cukup sekadar kenderaan kompak untuk merealisasikan percutian ala camper ini.

Seperti yang dilakukan gadis ini, Farah Nabilah pemilik Myvi yang telah ubah suai keretanya menjadikan Campercar Portable yang sangat menarik.

Percutian menarik secara solo.

Menurutnya dia bercadang untuk bercuti secara solo sekitar Malaysia dan menggunakan Myvi miliknya untuk ditukar menjadi seperti campervan

.

Artikel Berkaitan: Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta

Tambahnya gadis ini dia memulakan percutian selama 10 harınya itu dari Melaka kemudian menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum kembali semula ke Melaka.

Dapat inspirasi dari seorang temannya.

Sepanjang tempoh percutian menyeronokkan ini, Farah berhenti di tapak perkhemahan berbayar atau meminta izin untuk meletakkan keretanya di mana-mana tanpa persendirian yang dilengkapi dengan tandas awam.

“Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini, saya masukkan sekali Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan”.

“Saya mahu melawat kampung rakan di Batu Kurau, di mana kami menikmati durian bersama,” tambahnya lagi.

Sambil menghirup udara segar.
Pemandangan mendamaikan.

Menurut Farah, kos transformasi ‘CamperMyvi’ miliknya itu hanya menelan belanja kira-kira kurang daripada RM500 sahaja.

Dengan kreativiti dia menggunakan papan lapis yang boleh dilipatkan sebagai dasar kepada katil dalam kereta dan hanya meletakkan tilam nipis di atasnya.

Kerlipan lampu indah.

Manakala di bahagian bonet pula, dia memuatkan meja yang boleh dilipat, di mana boleh digunakan Farah untuk memasak, makan dan macam-macam lagi.

Bahagian untuk masak, makan dan sebagainya.

Idea untuk melakukan transformasi itu diinspirasikan daripada rakannya, Asri Nawawi yang menukarkan kereta Kancil miliknya menjadi campercar.

Asri Nawawi, pemilik kereta Kancil yang turut diubah suai

Justeru, Farah turut meminta pandangan dan nasihat daripadanya dalam usaha untuk menukarkan Myvi miliknya menjadi campervan versi yang lebih ringkas.

“Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar. Saya mahu ia jadi ringkas dan mudah alih, jadi apabila saya memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal”.

“Hanya akan nampak seperti camper jika saya berhenti dan meletakkan kereta saya di suatu kawasan sahaja”, jelasnya lagi.

Santai bersama teman.
Puas hati dengan percutian kali ini.

Ternyata usaha dilakukan sangat menarik dan boleh jadi inspirasi kepada mereka di luar sana yang minat melakukan aktiviti kembala solo ini.

Boleh saksikan video penuh Farah bersama campermyvi dalam video di bawah.

KREDIT: FARAH NABILAH & ASRI NAWAWI & YOUTUBE ACEYIE CHANNEL

Oleh
Siti Zurina Mat Saman