Selalunya kembara menaiki bas atau van yang diubah suai menjadi ‘campervan’ terutama di luar negara jadi inspirasi buat kita untuk melakukan perkara sama.
Tidak mustahil kerana jika ada keinginan dan minat, pasti impian akan jadi kenyataan.
Tambahnya gadis ini dia memulakan percutian selama 10 harınya itu dari Melaka kemudian menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum kembali semula ke Melaka.
Dapat inspirasi dari seorang temannya.
Sepanjang tempoh percutian menyeronokkan ini, Farah berhenti di tapak perkhemahan berbayar atau meminta izin untuk meletakkan keretanya di mana-mana tanpa persendirian yang dilengkapi dengan tandas awam.
“Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini, saya masukkan sekali Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan”.
“Saya mahu melawat kampung rakan di Batu Kurau, di mana kami menikmati durian bersama,” tambahnya lagi.
Sambil menghirup udara segar.Pemandangan mendamaikan.
Menurut Farah, kos transformasi ‘CamperMyvi’ miliknya itu hanya menelan belanja kira-kira kurang daripada RM500 sahaja.
Ads
Dengan kreativiti dia menggunakan papan lapis yang boleh dilipatkan sebagai dasar kepada katil dalam kereta dan hanya meletakkan tilam nipis di atasnya.
Kerlipan lampu indah.
Manakala di bahagian bonet pula, dia memuatkan meja yang boleh dilipat, di mana boleh digunakan Farah untuk memasak, makan dan macam-macam lagi.
Bahagian untuk masak, makan dan sebagainya.
Idea untuk melakukan transformasi itu diinspirasikan daripada rakannya, Asri Nawawi yang menukarkan kereta Kancil miliknya menjadi campercar.
Asri Nawawi, pemilik kereta Kancil yang turut diubah suai
Justeru, Farah turut meminta pandangan dan nasihat daripadanya dalam usaha untuk menukarkan Myvi miliknya menjadi campervan versi yang lebih ringkas.
Ads
“Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar. Saya mahu ia jadi ringkas dan mudah alih, jadi apabila saya memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal”.
“Hanya akan nampak seperti camper jika saya berhenti dan meletakkan kereta saya di suatu kawasan sahaja”, jelasnya lagi.
Santai bersama teman.Puas hati dengan percutian kali ini.
Ternyata usaha dilakukan sangat menarik dan boleh jadi inspirasi kepada mereka di luar sana yang minat melakukan aktiviti kembala solo ini.
Boleh saksikan video penuh Farah bersama campermyvi dalam video di bawah.
Oleh kerana beberapa negeri di Pantai Timur dilanda banjir, untuk yang mahu pergi bercuti apa kata teruskan perjalanan ke negeri di sebelah utara.
Antara negeri yang boleh dikunjungi adalah Perak dan Kedah. Cuaca di sana juga agak baik untuk meneruskan pengembaraan cuti-cuti dalam Malaysia.
Perkongsian Helmi Baharum bercerita tentang itinerary percutiannya ke Perak dan Kedah melalui KL-Ipoh-Kuala Kangsar-Sungai Petani-Baling-Pengkalan Hulu dan 90% trip adalah menggunakan pengangkutan awam.
Memilih untuk menaiki perkhidmatan Komuter daripada Shah Alam sebelum ke KL Sentral dan meneruskan perjaanan ke utara dengan Electric Train Services (ETS).
Trip Ke Utara Guna Pengangkutan Awam, Lebih Berbaloi
Dari KL-Ipoh-Kuala Kangsar-Sungai Petani-Baling-Pengkalan Hulu-KL :90% trips adalah menggunakan pengangkutan awam.
23-12-2021 – Komuter Shah Alam-KL Sentral .TQ kepada kawan yang hantar dari ofis. – ETS KL Sentral-Ipoh.RM41.Tiga Jam jugalah perjalanan sebab delayed. Hanya berjalan-jala di sekitar KTMB Ipoh dan makan di Medan Kidd. – Check in hotel Oyo City Hostel RM25.
24-12-2021 Ipoh – Kinta Heights (Flat).Color block bangunan di bangunan ini menampakkannya menarik. – Old Town City Ipoh-layan mural dan lorong-lorong seni.Cuma masih pagi banyak kedai masih tutup. – Nasi Ganja Ipoh-kalau ke Ipoh memang biasanya wajib ke sini.
Gunung Baling, KedahMasjid Diraja Ubudiah, Kuala KangsarKTMB IpohKinta Heights Ipoh
Kuala Kangsar -ETS Ipoh-Kuala Kangsar RM20 – Grab KTM KK-Kompleks Istana Iskandariah RM8 – Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar – Galeri Sultan Azlan Shah – Dataran Putra Kuala Kangsar – Pasar Malam – Minibus Omnibus KK- KTMB Padang Rengas (1 jam sekali). Komuter Utara Padang Rengas-Bukit Mertajam-Sungai Petani.RM9.40
Sg Petani – Maxim KTM Sg.Petani-Texas Chicken Sg.Petani RM7 – Tasik/loji kumbahan Sungai Petani.Ya,kuasa viral di FB baru2 ni menggamit aku ke sini.Walaupun dah melepasi waktu maghrib tetap ke sini utk menghirup bau yg semerbak dari sini.Malam pun cantik dgn panorama bunga Keladi Bunting diiringi kerdipan bintang yg banyak. – Makan di Texas Chicken sebelah loji. – Check in Hotel Sastria RM47 Sangat selesa.
Masjid Diraja Ubudiah, Kuala KangsarKTMB IpohTasik Sg.PetaniTasek Takong, Pengkalan Hulu, Perak
25-12-2021 Baling – Naik kereta kawan (with TQ) Sg.Petani-Baling. – Hiking Gunung Baling dgn kos RM20 dah termasuk permit,sijil dan khidmat malim gunung kampung. Pendakian mengambil tempoh yg agak lama sebab kami jenis banyak mengmbil gambar.Trek sederhana mencabar, boleh je kayuh pelan2 sampai ketinggian 520 meter. Trek menurun sedikit laju sekitar 2 jam sebab dah kurang ambil gambar kan.View memang berbaloi-baloi, boleh je nak repeat lg. – Tengahari makan di Pekan Baling. – Tumpang kereta kawan (with TQ) dari pekan Baling ke Pengkalan Hulu yang berjarak sekitar 12KM.
Pengkalan Hulu – Check in City Hotel Pengkalan Hulu RM55.Pun selesa.boleh bantai tidur 5-8pm sebab penat hiking tadi kan. – Malam berjalan sekitar pekan Pengkalan Hulu.Sejuk juga lah berembun kat kedai makan Warung Pak Mat Nyonya.Makan nasi goreng chicken cop RM13 memang the best in town lah.
Tasik Sungai PetaniDataran Putra Kuala KangsarDataran Putra Kuala KangsarDBI IpohGaleri Sultan Azlan Shah Kuala KangsarSungai Perak, Kuala KangsarGunung BalingPekan Pengkalan Hulu di pagi hari
26-12.2021 – Sarapan di Pengkalan Hulu. – Jalan-jalan di pekan menikmati kabus tebal di pagi hari Pengkalan Hulu. – Tasik Takong Pengkalan Hulu – Jam 11.15 pagi -5.30 PM perjalanan pulang ke KL bas Plusliner RM32.
Ramai yang mengimpikan untuk travel ke India. Walaupun dikatakan sebuah negara tidak mementingkan kebersihan, tetapi India tetap juga ada dalam ‘bucket list’.
Ini kerana India sebuah negara yang sangat kaya dengan adat budaya tersendiri. Malah mempunyai tarikan tersendiri dengan keindahan sebahagian tempat menarik.
Ikuti perkongsian menarik Shahrina Azlin ketika mengunjungi India dua tahun lalu. Biarpun sudah pergi, namun dia masih lagi memasang impian untuk ke sana sekali lagi.
Kotor. Memang itulah yang sering orang perkatakan tentang negara India ini. Tetapi yang mereka tidak tahu ialah sesetengah negeri di India itu sendiri tersangatlah cantik pemandangannya, terutamanya di Kashmir yang digelar heaven on earth!
Tapi memanglah tidak dapat dinafikan, sesetengah tempat di India itu memang kotor, tapi yang pentingnya, pengembaraan saya dan dua orang rakan adalah untuk melihat kebesaran bumi ciptaan Allah swt.
India jadi pilihan setiap pengembara untuk dilawati.
Hampir dua minggu di sana, kami berpeluang merasai dua keadaan cuaca iaitu sejuk dan panas. Antara tempat yang saya dan teman-teman sempat kunjungi adalah Kashmir, Shimla, Jodphur, Jaipur, Agra dan Delhi.
Kashmir syurga dunia
Lima hari kami habiskan masa di Kashmir, pemandangan di sana memang sungguh menarik. Kami sempat bermain salji di Sonamarg dan Gulmarg, menikmati keindahan alam dengan menaiki kuda di Pahalgam dan bermalam di houseboat yang terletak di Dal Lake. Pertama kali dapat menyentuh salji satu perasaan yang memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Awesome!
Pemandangan yang ada di Kashmir memang antara yang terbaik pernah kami lawati. Kami juga sempat melawat kebun tulip dan juga beberapa tempat tumpuan pelancong yang ada di sekitar kawasan bandar Srinagar, yang merupakan ibu kota negeri Jammu dan Kashmir di India.
Pemandangan indah di sini.
Masjid di Srinagar
Penduduk di Kashmir 95 peratus adalah Muslim, jadi memang tidak ada masalah untuk cari makan. Pendek kata memang kenyang kami sepanjang berada di sana. Cuaca pula sejuk memang asyik lapar sahaja. Penduduk di Kashmir juga peramah dan nampaknya nama Malaysia memang terkenal di kalangan penduduk sana.
Lima hari di Kashmir kami meneruskan perjalanan ke Shimla. Tempatnya sejuk macam Cameron Highlands. Pemandangan di sini juga cantik, bentuk muka bumi yang berbukit memerlukan kami menapak banyak anak tangga walaupun hanya mahu ke rumah tumpangan yang kami tinggal.
Salah sebuah masjid di sini.
Apa yang saya lihat orang India ni memang suka berniaga. Kat mana sahaja walaupun ruang yang kecil mereka akan berniaga. Di Shimla ni tak payah cerita, kedainya di sekeliling bukit yang kami terokai itu rasanya.
Deretan kedai menjual pelbagai jenis barangan tersedia di sini. Buah-buahan tersangat murah . Sempat kami beli ceri hanya dengan harga lebih kurang RM10 dapat sekotak penuh.
Naik keretapi 18 jam
Satu malam di Shimla, perjalanan diteruskan ke Jodphur. Ini paling mencabar sebab kami naik keretapi selama 18 jam. Keretapi kat India ada beberapa kelas. saya dan rakan-rakan pilih kelas kedua dengan katil 3 tingkat bukan 2 tingkat ya. Nasib baik berhawa dingin dan jiran-jiran dalam keretapi pun ok, jadi perjalanan kami walaupun lama agak selesa.
18 jam menaiki keretapi.
Sampai di Jodphur cuaca memang panas. Hampir 40 darjah celsius. penghawa dingin yang dipasang dalam bilik pun tak terasa. Memang kena minum banyak air untuk elakkan dehidrasi dan terkena strok haba.
Satu malam di Jodphur, kami sempat melawat ke Mehrangarh Fort dan buat aktiviti flying fox di sana. Semuanya kami buat tempahan secara online, lebih murah dan dapat sesi pagi untuk elakkan cuaca yang panas.
Tak lepaskan peluang melihat aktiviti di sini.
Kami meneruskan perjalanan untuk jelajah Golden Triangle India iaitu Jaipur, Agra dan Delhi. Sekali lagi kami naiki keretapi ke Jaipur, Rajasthan. Tempat ini juga dikenali sebagai Pink City, sebab menurut mereka banyak bangunan yang berwarna merah jambu yang sebenarnya bangunan daripada warna asli batu bata tu.
Kali ini tak lama dan kami naiki 2nd class biasa yang berkerusi. Lima jam dalam perjalanan kami sampai ke stesen keretapi Jaipur. Kami ambil auto atau tuk tuk untuk ke hotel penginapan kami dan esoknya menjelajah Jaipur, Hawa Mahal, City Palace dan beberapa tempat lagi. Cuaca di Jaipur juga panas seperti di Jodphur, jadi air minuman memang sentiasa ada sebagai bekalan.
Dua malam di Jaipur, perjalanan diteruskan pula ke Agra. Nak tengok Taj Mahal yang tersenarai sebagai 7 Benda Paling Ajaib di dunia. Seawal pagi kami keluar dari hotel menuju ke stesen keretapi. Keretapi memang jadi pengangkutan utama orang India untuk destinasi yang jauh.
Taj Mahal, salah satu keajaiban dunia.
Setiap kali ke stesen keretapi memang orang ramai sangat. Seawal 6.30 pagi kami ke Taj Mahal. Masa ni orang tak berapa ramai lagi, dapatlah kami melihat keindahan Taj Mahal yang merupakan lambang cinta agung Shah Jahan terhadap isterinya Mumtaz Mahal. Kami juga sempat melawat ke Agra Fort yang turut menjadi tarikan di situ.
Satu malam di Agra, kami menaiki kereta ke Delhi. Tiga jam perjalanan ke Delhi dan kami sampai lebih kurang jam 3 petang. Lepas daftar masuk hotel kami yang terletak di Main Bazar kami terus keluar ke Chandni Chowk yang terkenal sebagai tempat untuk membeli belah.
Salah satu lokasi menarik.
Kat sini kami gunakan metro yang sama seperti LRT kat Malaysia. Harganya murah dan mudah untuk dinaiki. Dah penat pusing kedai, kami sempat singgah di Red Fort dan Town Hall untuk bergambar.
Tibalah hari terakhir di India, kami sempat ke India Gate dan juga Bangunan Parlimen yang terletak berdekatan. Cuaca yang panas buatkan kami tak lama berada di situ, lalu kami pulang ke hotel dan berkemas untuk ke lapangan terbang.
Senibina menarik.India Gate.
Nasi Beriani dan Prata jadi pilihan
Tak perlu risau tentang makanan yang ada di sana kerana India mempunyai pilihan makanan halal untuk pelancong yang datang. Agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas agama Hindu di sana, jadi tak susah kalau nak cari makanan halal. Makanan mereka juga enak dan kena dengan tekak kami. Antara makanan yang selalu menjadi pilihan kami adalah beriani dan juga roti prata.
Beriani di Malaysia dan juga beriani di India memang lain rasanya. Mereka banyak menggunakan rempah ratus dalam makanan mereka dan rasanya agak pedas. Begitu juga dengan kari dan kuah-kuah yang ada, rasa rempah dalam makanan mereka amat ketara tapi Alhamdullilah perut kami dapat menerimanya.
Lain rasanya Beriani di India.
Walaupun agak pedas, tapi tetap sedap dan menyelerakan. Mungkin juga penggunaan rempah dalam makanan mereka itu sesuai untuk beberapa bahagian di negara mereka yang mempunyai empat musim, contohnya di Kashmir dan Simla yang ketika kami kunjungi agak sejuk berbanding tempat-tempat lain.
Roti prata atau kalau di sini lebih dikenali sebagai roti canai juga agak lain teksturnya. Ia lebih liat dan rasanya tidak selemak roti canai yang ada di negara kita. Jika dimakan bersama kuah mereka yang berempah atau dengan ayam masala memang satu gabungan yang padu.
Pilihan hidangan lain.
Ketika di Kashmir kami ada juga mencuba makanan jalanan yang ada di sana. Kami lebih yakin untuk cuba makanan di sana kerana rata-rata penduduk di sana adalah muslim selain melihatkan keadaan yang bersih di sekitarnya.
Selain beriani dan prata, kami juga suka makan samosa sepanjang berada di sana. Bentuknya sama seperti samosa di Malaysia, Cuma intinya lebih kepada sayur-sayuran yang digoreng bersama rempah.
Roti prata dimakan dengan hidangan sampingan.
Memang banyak pengalaman baru yang saya dapat ketika berada di India. Apa yang saya dapat simpulkan, India memang banyak tempat menarik untuk dilawati.
Walaupun ada sesetengah tempatnya memang kotor dengan cuaca yang panas dan bau yang tidak menyenangkan, ia masih lagi ok untuk dijadikan salah satu tempat dalam wishlist seorang pengembara. Kan orang kata banyak berjalan luas pandangan!
Untung singgah di House of Museum, anda akan dapat tengok banyak barangan antik yang digunakan zaman atok nenek kita sebelum ini.
Muzium kecil yang hanya memiliki dua tingkat itu memperlihatkan barangan dari zaman 1950-an sehingga 1970-an.
House of Museum Melaka
Ada pelbagai barang lama seperti telefon, radio dan rokok yang sedikit sebanyak dapat gambaran keadaan atuk nenek kita dahulu.
Zaman dulu, rokok bukan dalam kotak macam sekarang, tetapi dalam tin.
Untuk ruang tamu pula, pengunjung dapat melihat dan merasai sendiri perabot rotan, jam dan meja yang digunakan pada zaman dahulu.
Owh ya, banyak buku-buku lama yang anda boleh tengok. Masuk ke sini, auto akan rasa kembali zaman dulu-dulu. Malah teruja dapat tengok sendiri apa yang digunakan orang dulu-dulu.
Kelainan Dapur Orang Dulu
Bahagian dapur juga menunjukkan ruang masak yang sangat berbeza berbanding zaman sekarang dengan tin-tin lama, cawan, pinggan, mangkuk, periuk dan cerek yang digunakan suatu masa dahulu.
Selain itu, pengunjung juga dapat melihat kedai gunting rambut, pawagam, mesin jahit, seterika lama, pakaian dan lain-lain di muzium tersebut.
Hah, apa lagi, jom lah cuba pengalaman baru untuk ‘hidup zaman dulu’ dengan melawat House of Musem.
Lokasi:
82 Lorong Hang Jebat, 75200, Melaka
Tiket :
Dewasa – RM 12, Kanak-kanak – RM 8
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...