Hotel backpackers – sesuai dengan namanya ini antara hotel yang sangat diminati oleh golongan-golongan pengembara terutamanya mereka yang tidak menggunakan beg beroda dan akan ‘lompat’ dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain sepanjang trip percutian mereka.

Namun, bukan sahaja golongan backpack sahaja yang suka hotel ni. Tapi golongan pengembara yang stay tiga ke empat hari di satu-satu lokasi pun suka dengan hotel ni.

Sebab apa? Sebab harganya murah berbanding hotel-hotel tradisional yang lain. Hotel backpack ni lebih kurang macam rumah tumpangan tapi yang dah diubahsuai supaya selesa dan memberikan atmosfera yang baik kepada tetamu yang datang.

Korang Yang First Time Kena Faham Rules Hotel Backpackers Sebelum Menginap Di Sana

Oleh kerana hotel backpack ni lain daripada hotel-hotel lain, jadi etika yang ada di hotel backpack ni pun dah tentu berbeza. Kebiasaannya hotel backpack tidak mempunyai bilik berasingan untuk setiap tetamu. Mereka menggunakan konsep dorm untuk tetamu bermalam.

Bagusnya konsep ini adalah, korang akan berpeluang untuk berjumpa dengan lebih ramai traveller dari serata dunia. Menarik bukan?

Disebabkan perbezaan itu, hotel backpack ni mempunyai beberapa peraturan yang perlu korang tahu sebelum membuat keputusan untuk menginap di sana.

Ads

Apa peraturan atau etikanya? Jom kita baca di bawah.

Jangan ambil barang kepunyaan orang lain

Hotel backpack kebiasaanya akan ada pantry untuk kegunaan semua orang yang bermalam di sana. Jadi, kebiasaanya dalam peti ais itu akan ada barang makanan kepunyaan penghuni-penghuni lain. Selalunya mereka akan melebelkan nama pada makanan yang ditinggalkan. Tetapi sekiranya makanan itu tidak mempunyai lebel, korang jangan pula ambil makanan tersebut. Dapatkan kepastian daripada pihak hostel sekiranya ada makanan yang memang disediakan secara percuma atau berbayar untuk korang.

Makanan dalam hotel backpack

Selalunya ada makanan asas yang disediakan dalam hotel backpack untuk kegunaan tetamu dan ianya percuma seperti teh, kopi, roti atau mentega. Cumanya di sini, diingatkan supaya korang jangan tamak dan ambil berlebihan. Ingatlah bahawa ada orang lain juga yang menginap di tempat yang sama seperti anda memerlukan makanan tersebut kemudian.

Hubungan intim adalah dilarang sama sekali

Jangan buat apa-apa hubungan intim dengan pasangan anda di hotel backpack. Ini bukan macam hotel biasa yang anda ada bilik sendiri untuk berasmara dan sebagainya. Hotel backpack kebiasaanya menggunakan konsep dorm berasingan jantina di mana semua penghuni akan tidur bersebelahan antara satu sama lain.

Korang Yang First Time Kena Faham Rules Hotel Backpackers Sebelum Menginap Di Sana

Ads

Jaga adab dan kelakuan

Tolong jaga adab dan kelakuan sepanjang masa korang menginap di hotel backpack sebab kawasan tempat tidur adalah kawasan terbuka di mana semua orang akan lihat perangai anda. Jangan buat onar di sana ya. JANGAN HISAP ROKOK DALAM HOTEL BACKPACK!

Jimatkan penggunaan elektrik atau lampu

Setiap hotel backpack ada peraturan yang perlu anda patuhi. Dapatkan garis panduan daripada kaunter daftar masuk sebelum anda menginap. Sepertinya adalah penggunaan lampu di dalam bilik. Korang bayangkan kalau korang tengah tidur tiba-tiba ada orang yang buka lampu di tengah-tengah malam. Pastinya korang akan terganggu bukan? Begitulah juga korang perlu lakukan terhadap orang lain.

Etika pukul 9 pagi

Etika 9 pagi ni ada dua. Sebelum dan selepas pukul 9. Sebelum pukul 9 pagi, jangan buat bising dalam hotel backpack macam berborak, kemas barang dan sebagainya. Selepas pukul 9 pagi, korang nak buat apa buatlah asalkan tidak mendatangkan gangguan yang melampau. Korang sendiri pun kena bersedia untuk perkara ni. Come on! Dah pukul 9 takkan tak bangun tidur lagi. Nak berjalan ke nak tidur? Hahaha..

Penggunaan telefon

Jangan gunakan telefon terlalu kuat. Sebab ianya akan mengganggu penghuni lain. Gunakan di luar kawasan dorm seperti di lobi ataupun pantry.

Ads

Korang Yang First Time Kena Faham Rules Hotel Backpackers Sebelum Menginap Di Sana

Pastikan backpack atau barang tak bersepah

Tolong pastikan barang-barang korang tak bersepah di sana sini. Menjadi masalah ketidakselesaan di hotel backpack ini adalah apabila ada yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga barangan mereka sewaktu menginap di hotel backpack. Dengan seluar dalam merata-rata, kain baju bersepah, ubat gigi ntah ke mana-mana. Please jaga etika di hotel backpack.

Be responsible

Jadilah seorang pengembara yang bertanggungjawab dalam menggunakan apa sahaja kemudahan yang ada di hotel backpack. Sebagai contoh pinggan dan cawan di pantry dan seterika baju di dorm. Tolong basuh dan letakkan kembali di tempat asal dan tutup suis segala peralatan elektrik yang korang gunakan. Orang lain pun nak guna juga.

Jadi itu adalah serba sedikit etika yang perlu anda patuhi semasa menginap di hotel backpack. Pengalaman menginap di hotel backpack sangat menarik. Tak percaya, korang cubalah sendiri. Memang seronok. Cumanya, patuhi apa yang disampaikan kepada korang tadi ya.

Selamat bercuti!

Korang Yang First Time Kena Faham Rules Hotel Backpackers Sebelum Menginap Di Sana

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI