Kompleks Muzium Sarawak bernilai RM323 juta dengan keluasan 6,726 meter persegi bakal menjadi muzium terbesar di Malaysia serta kedua terbesar di Asia Tenggara akan dibuka secara rasmi kepada umum pada April 2021.
Pihak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, sebelum ini bercadang membuka secara rasmi muzium baharu itu pada Disember 2020 ini tetapi terpaksa menundanya berikutan pandemik COVID-19. Ketika ini proses mengatur semula barang-barang yang akan dimasukkan ke muzium sedang berjalan dengan baik di kesemua bahagian dalam muzium sebanyak lima tingkat.
Paling istimewa, Muzium ini turut menerimaan tiang pengebumian “Kelidieng” kaum Melanau berusia lebih 200 tahun untuk di palirkan di kompleks ini. Tiang Kelidieng yang lokasi asalnya adalah dari Sungai Ud, Dalat itu adalah antara 200 barang pameran bersaiz besar bakal dipamerkan di muzium baharu itu, selain sebuah bot perang kaum Iban dan dua tiang pengebumian kaum Punan ke muzium berkenaan. Terdapat sebanyak 1,660 barang pameran di muzium baharu ini nanti dan akan menjadi tempat yang wajib dilawati. Buat masa ini, kadar bayaran masuk ke muzium terbesar Malaysia ini masih belum ditentukan dan masih diperingkat perbincangan.
image via google | Sumber: Bernama