Kolam ni KAWASAN LARANGAN. Tapi ramai je langgar arahan ini. Video ni nak tunjuk cantik kolam ni. LIBUR tak galakkan pencerobohan di sini.Baca lanjut >>>> http://wp.me/p8Mjjj-uFVideo: Kimn Chan#libur #bluelagoon
Inilah kolam larangan BLUE LAGOON yang dalam di Puchong. Tak boleh mandi, risiko sendiri.
Lokasi Hutan Simpan Ayer Hitam hanya sekangknag kera kerana pembangunan melampau
Puchong; bandar padat, sesak pesat dengan penduduk serta bangunan yang bermacam bentuk. Tersepit di tengah penusuran arus pembangunan dan penduduk, terpeliharanya Hutan Simpan Ayer Hitam.
Sedikit mengenai hutan ini: Juga dikenali sebagai Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC) merupakan Hutan Simpanan Kekal yang diwartakan pada 1906. Ia diamanah kepada UPM selama 99 tahun bermula tahun 1996 sehingga 2095. Hutan ini dibawah tanggungjawab UPM bagi mengendalikan aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan, dan pengembangan.
Ads
Hutan Simpan Ayer Hitam berkeluasan asal 4,270.7hektar namun kini mengecil kepada 1182.07hektar akibat kepesatan pembangunan. Ia merupakan satu-satunya hutan pamah dipterokarp jenis kelat-kedondong yang masih wujud dalam keadaan sempurna di kawasan Lembah Klang. Ia mempunyai ekosistem unik dan kompleks.
Ads
Dalam ketebalan hutan ini, wujud punca awal aliran Sungai Rasau. Di antara laluan punca air ini, terbentuk sebuah kolam sederhana besar yang popular dengan nama BLUE LAGOON. Sesuai dengan namanya, air biru kehijauan terhasil oleh pantulan langit dan hutan pada musim hujan manakala air kekuningan zamrud terjadi apabila musim kering . Kolam ini kelihatan cetek di penghujung, namun beransur gelap dan dalam di punca air terjun. Mengikut pegawai UPM, dikatakan paras dasar kolam ialah 13 meter serta dipenuhi batang dan dahan pokok.
Ads
Air biru kehijauan ketika musim hujan. Video:Jeff Lai
Orang Asli Temuan yang telah menghuni kawasan hutan ini selama 400 tahun memiliki kisah tersendiri – Dikatakan dahulu terdapat seorang lelaki menyelam ke dasar kolam, namun tak timbul semula. Yang timbul hanyalah ususnya.
Apa yang pasti, kolam ini adalah DILARANG SAMA SEKALI untuk bermandi-manda. Ada pengawal UPM yang bertugas dan anda perlu KEBENARAN untuk melawati kolam ini. Namun masih ramai pengunjung yang ingkar pada arahan ini.
Meskipun begitu, hutan ini boleh dilawati dan aktiviti trekking boleh dilakukan orang awam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Rumah cantik ini terletak di Sek 1, Taman Seri Duyong, Tinyscale Homestay di Melaka hanya sekitar 4 batu dari pusat bandar dan tarikan utama.
Kawasan ini juga dipenuhi dengan pelbagai kedai dan restoran, memudahkan para tetamu untuk memenuhi keperluan harian mereka.
Tinyscale Homestay di Melaka
Homestay mesra Muslim ini boleh memuatkan 10-12 orang. Dilengkapi dengan empat bilik tidur berhawa dingin dan tiga bilik mandi, memastikan setiap tetamu merasa selesa. Rekaan dalaman menggabungkan elemen moden dan rustic, mewujudkan suasana yang cozy.
Tinyscale Homestay menawarkan kemudahan terbaik termasuk dapur, ruang tamu, dan bilik yang serba lengkap.
Jangan risau nak main air sebab di sini ada kolam renang dalam rumah untuk kanak-kanak (10’x11′)—ciri unik yang menambah daya tarikan.
Landskap rumah yang cantik, baik di luar mahu pun dalam, menambahkan lagi pesona homestay ini.
Apa tarikan sekitar homestay ini, anda akan berada dalam jarak yang dekat dengan tarikan seperti Perkampungan Hang Tuah, Dataran Pahlawan, dan Jonker Walk.
Selain itu, hanya beberapa minit pemanduan ke Ikan Bakar Umbai, Ayer Keroh, dan Zoo Melaka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebuah perkampungan terpencil di Nagoro, Pulau Shikoku Jepun kini didiami lebih beratus patung manusia.
Perkampungan itu kini lebih dikenali sebagai Nagoro Scarecrow Village. Kewujudan patung-patung tersebut adalah dianggap sebagai ‘manusia sebenar’ bagi menggantikan penduduk kampung yang sudah meninggal dunia atau berpindah ke tempat lain.
Idea membuat anak patung itu timbul apabila Tskukimi Ayana, kembali semula ke kampung halamannya di perkampungan Nagoro beberapa belas tahun lalu dan mendapati kampung itu hampir kosong dan mati.
Orang muda ramai yang sudah berhijrah kerana mengejar peluang pekerjaan, manakala yang berusia ramai yang sudah meninggal dunia. Populasi penduduk yang masih ada di kampung ini dikatakan berjumlah 40 orang sahaja dan mungkin semakin berkurang.
Apabila bapa Ayana meninggal dunia, dia membuat keputusan untuk menghasilkan patung mirip mendiang bapanya. Dia mengatakan apabila menghasilkan patung-patung orang yang sudah meninggal dunia, dia akan teringat kembali saat mereka masih hidup dan sihat. Patung-patung ini umpama keluarga sendiri pada anggapan Ayana.
Patung yang diperbuat daripada barangan terbuang seperti jerami, kain dan pakaian lama diletakkan di dalam kelas-kelas sebuah sekolah yang ditinggalkan, dewan orang ramai, perhentian bas, di tepi jalanraya di sebatang sungai dan sebagainya.
Kadangkala ada satu perasaan seperti menyeramkan, bayangkan dikelilingi patung-patung bersaiz besar yang memandang tepat ke arah anda. Namun patung-patung itu juga telah menjadi tarikan pelancong di dunia yang tertarik ke perkampungan terpencil tersebut. Perkampung ini sangat kecil dan hanya memerlukan sekitar 10 minit untuk habis pusing di keseluruhan pulau dengan menaiki kenderaan.
Orang kota, sesekali penat buat rutin yang sama dalam mencari rezeki nak juga berehat, makan-makan dan luangkan masa dengan anak-anak tersayang.
Tak perlu pergi jauh pun, Dash Box Hotel, Cyberjaya pun sudah memadai. Ya, dalam Selangor pun ada tempat cantik.
Dash Box Hotel, Cyberjaya
Apa yang best, tak bising sebab tempatnya macam tersorok. Jadi tak banyak sangat kereta lalu-lalang dekat situ. Kemudian tempatnya pun cantik dan bersih.
Sesuai sangat untuk anda yang nak lepak dan healing bersama yang tersayang. Waktu malam anda boleh lepak depan pool dan balcony.
Ada banyak kerusi & meja kalau bawa family short vacay pun best!
Dan sudah tentu, instagrammable spots. Anda tengoklah waktu siang, memang cantik gambar sebab ada natural lighting dan waktu malam pula, bertukar kepada aesthetic mode.
Bilik Yang Selesa Dan Cantik
Hotel ini mempunyai pelbagai variasi bilik dengan hiasan dalaman yang modern dan fresh. Menggunakan katil, bantal dan comforter yang berkualiti harga penginapan di sini termasuk sarapan antara RM250-RM350 bergantung kepada jenis bilik.
Apa yang menarik di sini adalah ada antara bilik di tingkat atas mempunyai gelongsor ke kolam mandi. Manakala bilik jenis studio di tingkat bawah mengadap kolam mandi. Memang sesuai untuk jenis yang bangun pagi, buka pintu terus terjun tiruk.
Jadi kalau anda nak port lepak staycation untuk santai-santai lari daripada suasana sibuk, anda boleh ke sini.
Lokasi:
Dash Box Hotel, Cyberjaya
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!