Kalau ada plan nak berjalan ke Johor, boleh pilih Kluang Container Hotel. Lokasi yang menarik untuk santai-santai bersama keluarga.
Apa yang menarik di sini, penginapan berkonsepkan kontainer ini dilengkapi dengan kolam renang besar yang ada gelongsor air. Haaa.. lokasi mandi memang cantik dan selesa untuk anda bawa anak tersayang.
Tempat ini cukup sesuai dijadikan family day atau majlis hari jadi, Kluang Container Hotel juga mempunyai laman outdoor yang luas.
Jika nak buat aktiviti bersama orang tersayang memang boleh sangat! Malah kalau dijadikan lokasi perkahwinan juga sangat cantik.
Buat anda yang suka menyanyi pula boleh join karaoke tanpa diganggu, ada bilik khas di situ. Memang syok!
Sangat sesuai nak pergi dengan keluarga yang besar, jadi inilah masanya nak jalan-jalan ke Johor dan singgah di Kluang!
Alamat: Jalan Dua,Taman Bersatu, 86000 Kluang, Johor, Malaysia.