Kalau ada plan nak berjalan ke Johor, boleh pilih Kluang Container Hotel. Lokasi yang menarik untuk santai-santai bersama keluarga.
Kluang Container Hotel
Apa yang menarik di sini, penginapan berkonsepkan kontainer ini dilengkapi dengan kolam renang besar yang ada gelongsor air. Haaa.. lokasi mandi memang cantik dan selesa untuk anda bawa anak tersayang.
Tempat ini cukup sesuai dijadikan family day atau majlis hari jadi, Kluang Container Hotel juga mempunyai laman outdoor yang luas.
Jika nak buat aktiviti bersama orang tersayang memang boleh sangat! Malah kalau dijadikan lokasi perkahwinan juga sangat cantik.
Buat anda yang suka menyanyi pula boleh join karaoke tanpa diganggu, ada bilik khas di situ. Memang syok!
Sangat sesuai nak pergi dengan keluarga yang besar, jadi inilah masanya nak jalan-jalan ke Johor dan singgah di Kluang!
Alamat: Jalan Dua,Taman Bersatu, 86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Lokasi Bufet Ramadan Paling Best Untuk Anda Cuba Bersama Kawan Dan Keluarga
Anda dah bosan nak makan dekat rumah atau malas lagi nak ke bazar Ramadan mencari juadah berbuka puasa? Jom sekali sekala makan di restoran yang menyediakan juadah berbuka puasa terbaik kepada anda.
Suasana berbuka puasa di sini lain berbanding anda berbuka puasa di rumah atau di tempat-tempat lain. Lokasi yang dicadangkan oleh Libur ini lebih selesa untuk anda keluarga bersama keluarga beramai-ramai untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim di masa bulan puasa ini.
Jadi, kita jangan tunggu lagi, ini senarai lokasi bufet berbuka puasa untuk anda:
Hotel Sri Petaling
Hotel Sri Petaling memperkenalkan bufet Ramadan bertemakan #throwbackramadan yang membuatkan anda mengimbau masa berbuka puasa sewaktu anda kecil-kecil dahulu bersama hidangan tradisional. Bufet yang bermula dari pukul 6.30 petang hingga 10 malam ini berharga RM79 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Pelanggan boleh menikmati 80 jenis juadah berbuka puasa dengan pelbagai aneka pilihan masakan seperti masakan Melayu tradisional, timur tengah, asia dan sebagainya. Antara juadah yang istimewa adalah ayam percik Kelantan, ketam goreng berempah, ayam opor Pahang, ikan patin tempoyak Pahang, dan gulai kawah.
Hotel Royale Chulan KL
Pelbagai hidangan dan variasi citarasa tempatan yang dihidangkan disamping tema Citarasa Nusantara yang dibawa oleh Mahsuri Courtyard, Hotel Royale Chulan KL ini pasti akan menepati selera anda untuk berbuka puasa. Juadah pilihan chef di sini adalah bubur lambuk Royale dan pilihan shell out seperti kambing golek, lontong samudera, cendol durian, som tam dan pelbagai makanan laut yang lain. Bagi anda yang mahu suasana asli kemeriahan berbuka gaya Malaysia, bufet Ramadan ini juga menyediakan deretan hudangan autentik Melayu, India dan Cina seperti nasi ayam, sate dan pencuci mulut. Harga bufet Ramadan di sini adalah RM150 untuk dewasa, RM100 untuk warga emas dan, RM75 untuk kanak-kanak 6 hingga 12 tahun.
Hilton Garden Inn
Hilton Garden Inn, Puchong mengalu-alukan anda untuk mencuba sajian berbuka puasa istimewa yang disediakan di hotel mereka. Hidangan yang sedap disamping suasana persekitaran yang nyaman memberikan pengalaman terbaik untuk anda berbuka puasa bersama rakan taulan dan keluarga dalam keadaan penuh kemesraan. Hidangan popular yang disediakan untuk anda adalah nasi minyak badam, lauk asam pedas, kari ikan tenggiri dan ayam masak merah. Selain daripada itu, juadah seperti sup kambing, kacang pool dan roti bakar turut disajikan kepada anda. Dengan harga sebanyak RM80 seorang, pastinya bufet Ramadan di sini akan memberikan pulangan yang berbaloi kepada anda.
Hotel Summit USJ
200 menu berbuka puasa dihamparkan kepada anda sebaik sahaja melangkah masuk ke Hotel Summit USJ! Selain daripada hidangannya yang ‘meriah’, kelazatan masakannya pasti akan membuatkan anda terkenang masakan mak saat berbuka puasa di kampung satu masa dahulu. Menu yang menjadi pertaruhan di sini adalah kambing panggang, satay raja alang, briyani kasih bonda, sup gear box, mee jawa dan asam laksa. Lokasi berbuka puasa di hotel ini mempunyai dua tingkat ruang lantai untuk anda mengambil makanan diselingi dengan irama lagu ghazal yang dimainkan secara langsung sebagai pemecah kesunyian. Anda yang ingin menikmati juadah berbuka puasa di sini, harga bermula RM88 untuk dewasa, RM40 untuk kanak-kanak.
Suites On The Park, Perdana Hotel PNB
Perdana Hotel PNB menampilkan kelainan yang berbeza berbanding tempat-tempat lain apabila mereka membawakan kemeriahan bazar Ramadan kepada anda yang ingin berbuka puasa di sini. Tema Bazar Perdana mengubah Restoran 10 Binjai menjadi meriah berbanding santai seperti kebiasaannya. Dengan variasi 188 hidangan berbuka puasa, antara menu pilihan adalah sup berempah binjai, kambing golek, apam balik, satay, aiskrim goyang, ais batu campur dan murtabak cheese. Selain daripada menu pilihan terbaik disediakan untuk anda, anda juga dihamparkan dengan pemandangan ibukota Kuala Lumpur sambil dihiburkan dengan muzik. Harga bermula daripada RM98 untuk hidangan bufet di Restoran 10 manakala RM135 di Restoran 39.
Dorsett Grand Subang
Dorsett Grand Subang memang tidak menghampakan dalam penyediaan makanan kepada pengunjung yang hadir ke hotel mereka. Keenakkan menu berbuka puasa di sini tidak dinafikan disamping tema berbuka puasa yang menghimpunkan makanan-makanan popular dari 13 negeri seluruh Malaysia juga memberikan sentihan ‘anak jati’ kepada konsep bufet Ramadan di sini. Menu popular yang dihidangkan adalah briyani gam Johor, mangga muda Penang, sotong goreng berlada Negeri Sembilan, gulai tempoyak patin Pahang, sotong sumbat Terengganu, gulai kawah Kelantan, ikan bakar Kuala Perlis, tetel asam pedas Melaka, lemak pisang muda Selangor, sup tulang gear box dan kambing golek berempah. Harga di sini adalah sebanyak RM165 untuk Terraza Brasserie dan Rm155 untuk Melati Room.
Laman Kayangan Shah Alam
Anda yang berada di Shah Alam, Selangor boleh singgah ke Laman Kayangan di Seksyen 7 untuk menikmati juadah berbuka puasa gabungan dua negara iaitu Utara Malaysia dan Selatan Thailand. Sebanyak 80 hidangan disajikan kepada anda untuk dinikmati terdiri daripada kambing golek dua kuah, Thaiyani chicken, Pattani grilled beef dan laksa ikan sekoq disamping ikan bakar air asam. Selain daripada itu, menu masakan Utara Malaysia yang disediakan adalah daging masak tauchu, daging kari kentang, ikan masak asam kunyit dan sambal ikan rebus. Harga yang ditawarkan di Laman Kayangan ini berbaloi dengan sebanyak RM98 untuk dewasa.
Best Western i-City
Satu lagi lokasi bufet Ramadan yang terbaik di Shah Alam iaitu Best Western i-City Shah Alam yang menyediakan 160 sajian berbuka puasa kepada anda di bulan Ramadan ini. Bertempat di The View Cafe, variasi juadah terdiri daripada pembuka selera, lauk pauk, pencuci mulut, sup dan gerai yang memasak makanan secara langsung kepada anda untuk menjamin kesegaran makanan tersebut. Paling istimewa di sini adalah anda dapat menikmati kelaatan raja buah iaitu durian kampung yang disediakan di dalam pakej bufet Ramadan di sini. Antara menu makanan yang menjadi pilihan chef di sini adalah sup kambing berampah, soto madura, rojak campur, okonomiyaki teppanyaki, ayam panggang dan pelbagai lagi. Selain daripada itu, kepada anda yang berbuka puasa di Best Western i-City ini juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah setiap hari yang berupa baucer Hi Tea, diskaun bilik dan penginapan dan hadiah menarik yang lain. Harga bufet ramadan di sini bermula dengan harga RM119 untuk dewasa manakala kanak-kanak dan warga emas sebanyak RM69.
Berjaya Times Square Hotel
Di bulan Ramadan ini, Berjaya Times Square Hotel menyediakan majlis berbuka puasa berkonsepkan hidangan bonda kepada tetamu yang datang ke hotel ini. Pelbagai menu terpilih dipertaruhkan untuk santapan tetamu seperti nasi kerabu, paru-paru berlada, pedal hati ayam masa cili, dan juga menu makanan antarabangsa sperti Thai green curry duck, dawood basha, Indian style chicken masala dan salmon fillet. Makanan tradisional lainnya adalah kari kepada ikan citarasa bonda, lempeng pisang kelapa bidara, pisang goreng keju makmur, aneka sup sarantau, rendang daging khatulistiwa dan nasi lemak lobster. Bufet ramadan di sini bermula dari harga RM128 untuk dewasa manakala kanak-kanak adalah sebanyak RM58.
Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Bulan Training Hiking Tanpa Henti & Lepas 2 Hari Pendakian Solo, Lelaki Ini Berjaya Tawan Gunung Kinabalu
Mengambil kesempatan mengunjungi tempat menarik di Malaysia dan antara destinasi paling seronok terutama bagi pendaki adalah apabila dapat menawan puncak Gunung Kinabalu.
Perkongsian lelaki ini David Dawson dalam Grup Backpackers Buddies Malaysia yang berkesempatan mendaki Gunung Kinabalu sebelum PKP 3.0 di Sabah.
Walaupun pelbagai halangan terutama faktor cuaca, dia akhirnya berjaya sampai ke puncak dan mengecap kepuasan tidak terhingga. \
Pesannya jangan sesekali mendaki Gunung Kinabalu tanpa persiapan kerana itu diibarat mencari nahas kerana tidak dapat mengagak apa akan berlaku sepanjang pendakian nanti.
Pendakian Ke Gunung Kinabalu
Disebabkan tak boleh keluar negara, kita jalan2 dalam Malaysia sahaja lah. Insyallah sempadan dah buka kita start jalan-jalan oversea. Sebelum MCO 3.0 di negeri Sabah, saya berkesempatan untuk mendaki di Gunung Kinabalu, 1 tahun pendakian
Saya stay di Sutera Sanctuary Lodge sehari sebelum pendakian. Dari Kota Kinabalu saya ambil bus di terminal inaman ke sutera sanctuary lodge.
Day 1
4.00am : Bangun siap kan diri Dan jogging dulu 2 round untuk panaskan badan. Terus pegi breakfast di restaurant.
7.30am : Check out
8.00am : Start registration Dan buat segala bayaran. Naek van dari office sabah park ke timpohon gate.
9.00am : Dengan lafaz Bismillah dan surah Al-Fatiah start lah pendakian solo saya.
9.25am : Sampai di kilometer 1 (2039M) tapi saya terus kan pendakian (tidak berhenti)
9.52am : Sampai d kilometer 2 (2252M) saya terus kan lagi pendakian sebab masih ada energy.
10.25am : Sampai di kilometer 3 (2455M) guide suruh take break 10 minute. Ok lah, saya ikut sahaja sebab dah start rasa kehangatan
11.09am : Sampai di kilometer 4 (2745M) di sini persinggahan famous (layang layang). break di sini lama skit around 30 minutes untuk lunch skali. But pakej saya tiada sediakn lunch box but I bring my own snack
12.18pm : Sampai di kilometer 5 (3001M) di sini saya singgah 5minit, makin tinggi makin slow sudah
12.40pm : Sampai kilometer 5.5 (3137M) di sini pun saya break juga 5 minute. Dah tak dapat dah nak laju-laju
1.11pm : Akhir nya sampai juga di labanrata iaitu tempat penginapan di kilometer 6 (3290M). Masa sampai Ada 2 orang Porter baru nak turun, actually Porter 2 orang ini sama dengan saya d timpohon gate 9am tadi. Dan diorang dah take rest 40minute
1.30pm : Check in . Letak barang-barang, makan skit apa yang ada dalam bag then naek ke langit tingkat 7 terus
4.30pm : Briefing untuk Via Ferata. Di sini trainer akan terangkn macam mana activity Via Ferata pagi esok.
5.30pm : Buffet dinner is started. Lepas makan dan solat
Day 2
12.00am : Bangun punya lah awal acah-acah nak tengok bunga api. Sekali berkabus
*Saya siap kn diri awal sebab janji dengan mt.guide whenever gate is open we are the first to be start, punya lah excited
*Saya makan bubur dalam cup yang saya bawa, makan secukup2 nya untuk energy sebab via ferata ni lama.
2.15am : My Mt.Guide dah tunggu di pintu hostel. Alhamdulillah hostel saya dekat dengan gate.
2.30am : Saya start pendakian saya . A few minutes kena stop sekejap buka jacket .
Awal pakai 2 helai jacket. Sekali rasa macam kat padang pasir pulak
3.14am : Sampai di kilometer 7 (3653M) take break a few minutes Di sini (sayat-sayat) sebab guide cakap kita terlalu awal.
4.06am : Sampai di kilometer 8 (3929M) terus kan sahaja sebab sikit lagi nak sampai peak.
4.23am : Sampai di kilometer 8.5 (4008M) start kene pakai jacket 2 helai. Sejuk dia sampai ke tulang terasa
4.48am : Maka sampailah kemuncak Gunung Kinabalu. Disini sejuk dia tak boleh bawa bincang.
*Masuk waktu subuh solat subuh dulu di sini (wuduk saya ambil siap-siap di hostel dan tahan saja)
5.10am : Saya start turun sebab nak tunggu untuk activity Via Ferata. Mesti berkumpul di starting point before 7am. Lagi pun di peak orang dah start sampai. So, bagi peluang untuk orang lain bergambar
6.00am : Sampai awal di starting point Via Ferata. Time turun ini saya slow sebab busy ambil pictures.
7.00am : Start Via Ferata activity.
12.05pm : Finished Via Ferata. Mendaki turun ke hostel.
12.40pm : Sampai hostel kemas-kemas dan breakfast. Guide sedang menunggu di pintu hostel.
1.30pm : Start mendaki turun sebab kene cepat. Lebih jam 4 saya kene bayar OT guide hahaha.
*So, saya pack betul-betul barang. Saya cakap dengan guide saya nak direct turun (non stop). Saya nak sampai before 4pm
3.22pm : Maka dengan Lafaz alhmdllh sampai lah di timpohon gate. Rehat sekejap, van sudah menunggu untuk hantar ke office Sabah Park untuk ambil certificate.
5.00pm : Tahan taxi di jalan besar untuk pulang ke Kota Kinabalu.
*Maka, tamatlah kisah saya menawan Gunung Kinabau.
Nota Tambahan:
1- Saya mendaki 31/12/2020 & turun 1/1/2021 ( kira macam setahun ambil masa)
2- Saya book slot dengan mountain torq 1 week before dengan harga promo RM850.00 Sabahan pakej low’s peak circuit via Ferata. Boleh tengok FB Mountain Torq . Ada kenalan yang cerita before COVID 19 ni tak ada RM2k jangan mimpi nak via Ferata dan kena book 6-10 month sebelum.
3- Saya bayar Mt.Guide RM230.00 sebab saya solo dan tak nak share dengan orang lain. Bukan berlagak tapi ini first time jadi saya tak nak something disappointed .
4- Saya bayar transport Dari Sabah Park Official di Timpohon Gate dalam RM20.00++
5- Bag saya angkut sendiri. Nak upah Porter pun boleh RM130.00 Untuk 10kg. Bag saya 8.9kg sebab bawa segala mak nenek jajan n food
6- Persiapan fizikal dan mental very important. Saya training hiking 2 months non stop every morning sebab nak loss weight actually. Sebab itu berani book last minute. AMARAN, jangan tak ada training terus datang menawan Kinabalu. Itu namanya gali kubur sendiri .
7- Barang yang perlu bawa. Jacket, baju hujan, chocolate bar, kasut hiking, pole (ini sangat-sangat membantu), pakai 2 set yang senang kering, touch light, show cap, glove. Barang-barang ini boleh shopping di Kota Kinabalu. Harga pun murah di Sport Direct Oceanus Mall.
Artikel Berkaitan:
Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu Ketika PKPP. Ini Yang Korang Kena Tahu
Nak Tawan ‘Puncak Gunung Keriang’? Jom Mendaki 59 Anak Tangga Di Muzium Padi Kedah
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Aku Kena Bawa Travel Adapter Ke Kalau Datang Tawau? Tawau ada Maybank tak?’
Tawau merupakan daerah yang terletak di Pantai Timur Sabah. Tawau merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan juga laut melalui Pelabuhan Tawau.
Masih ada lagi rakyat Malaysia terutama yang menetap di Semenanjung Malaysia yang tidak mengetahui daerah ini dengan lebih lagi. Perkongsian daripada lelaki ini di laman sosialnya diharap membantu anda yang tercari-cari atau masih terfikir-fikir apa yang ada di Tawau.
1. Ini Tawau. Antara daerah paling hujung di Malaysia.
2. Sejam menaiki bot laju boleh sampai ke Tawi-Tawi di Filipina ataupun Pulau Sebatik di Indonesia. Dan lebih menarik, Pulau Sebatik ini ‘dikongsi’ antara dua negara. Sebelah utara punya Malaysia, yang selatan punya Indonesia. Hatta, ada rumah yang ruang tamunya di Malaysia, dapurnya di Indonesia.
3. Daerah ini menjadi ‘ruang tamu’ dan ‘beranda’ bagi Malaysia dalam berhadapan isu hubungan antarabangsa. Pertikaian wilayah minyak Ambalat (Sayuti 2010, Baureh 2019) dan isu pemilikan Pulau Sipadan (Nadirah 2011) menjadikan daerah ini tidak pernah sunyi. Tidak hairan pangakalan TLDM KD Sri Tawau dibangunkan semula pada tahun 2012 yang menjadi akses Malaysia kepada lautan pasifik.
4. Namun begitu, daerah ini tetap makmur dan damainya bukan kepalang. Asimilasi masyarakatnya dengan sub-budaya dari Indonesia dan Filipina menjadikan Tawau dari aspek sosiologinya semakin kaya dengan perkembangan budaya. Lantas warna-warni ini menjadikan ia sebagai salah satu kota budaya untuk dinikmati. Tawau setiap tahun menjadi tuan rumah bagi Festival Budaya Antarabangsa sejak tahun 2011 penganjurannya. Dihubungkan terus dari Kuala Lumpur sebanyak 6 kali penerbangan sehari (AA 4 kali, MAS 2 kali) menjadikan Tawau sebagai pintu masuk kepada pulau-pulau syurga di perairan Semporna. Selain laluan terus dari Johor Bharu dan Kuching serta laluan terus antarabangsa ke Kota Tarakan, Kalimantan Timur, Indonesia
5. Di samping itu, Tawau terkenal dengan hasil lautnya dan merupakan antara salah satu pusat pendaratan ikan terbesar serta penghasilan produk bilis terbaik di Malaysia selain Langkawi dan Tioman. Berkunjunglah ke Pasar Ikan Tawau, pasti anda temukan kelainan. Dari Ikan Yu, ikan buntal, rumpai laut, ketam nipah, udang harimau, udang galah, udang kara semua anda akan temukan dengar harganya yang cukup murah.
6. Dari segi flora dan fauna, Tawau juga menempatkan Maliau Basin sebagai The Lost World of Sabah. Hutan dara yang penuh dengan spesis-spesis langka. Disebabkan masih kaya dengan kawasan hijau dan hutan, mendapatkan daging rusa dengan harga yang murah tidak lah menjadi masalah. Dagingnya manis. Serius! Majlis kahwin dihidangkan ikan merah dan daging rusa, itu perkara biasa deh!
7. Sebagai Bandar ketiga terbesar di Sabah (selepas Kota Kinabalu dan Sandakan), Tawau diwarnai dengan rumah ibadat seperti Masjid Al Kauthar sebagai masjid terbesar di Sabah, gereja St Patrick bagi penganut Anglican, gereja Holy Trinity bagi penganut Katolik, tokong Phu Zhou bagi yang beragama Budha, kuil Thirumurugan dan Gurdwara Sahib Tawau masing-masing bagi penganut Hindu dan Sikh. Kerencaman ini mewajahkan Tawau sebagai kota silang budaya yang sukses.
8. Yang terkahirnya, soket dan palam (plug) elektrik di Tawau pun berkepala tiga dan kat Tawau pun ada Maybank kalau mahu ‘cucuk’ duit. Sebab ada kawan pernah tanya,
‘Aku nak kena bawak travel adapter ke kalau datang Tawau.’
‘Aku kena bawak duit lebih ke? Sana ada Maybank tak?’
Haha. I jawablah, semua sama macam Semenanjung, cuma turun lapangan terbang kita kena tukar pakaian, semua kena pakai cawat dan akan dapat sumpit setiap seorang. Semua berdekah ?
Kaya tak kaya Tawau ni, 90% dari kenderaan atas jalan semua 4WD okay (padahal 90% jalan berlubang-lubang ?).
9. Jemput datang Tawau!
Sumber: FB Muhammad Irsyad
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI