Sebut saja KLCC, ramai yang membayangkan bangunan tertinggi di dunia bermula tahun 1998 hingga 2004 ini terdiri daripada lokasi untuk membeli-belah dan port lepak manusia urban. Jika ada yang bertanyakan tentang keistimewaan menara kebanggaan rakyat Malaysia ini, entri ini mungkin boleh membantu.
Taman KLCC
Berkeluasan 50 ekar dan menjadi lokasi sesuai utnuk beriadah seisi keluarga ini membolehkan pelawat melihat sendiri menara secara dekat. Anda boleh melihat menara yang sentiasa berkilat ini.
Tasik Simfoni
Dikenali sebagai The Symphony Lake yang terletak di belakang Taman KLCC, anda boleh melihat sendiri pancutan air menari yang berlangsung selama 20 minit pada waktu tengahari dan petang.
Masjid As Syakirin
Reka bentuk Asia Timur ini merupakan idea rekaan seorang juru ukir Uzbekistan. Kemudahan masjid ini memberi peluang pelawat tidak terlepas menunaikan kewajipan.
Skybridge
Jangan lupa singgah ke jambatan langit yang menghubungkan dua menara Petronas ini di tingkat 41 dan 42. Kemasukan percuma dan dikatakan hampir 1000 tiket masuk diberikan setiap hari. Meskipun anda hanya boleh berada di situ selama 10 minit tetapi ianya pengalaman yang berbaloi untuk melihat persekitaran.
Petrosains
Jika anda tercari-cari lokasi sains interaktif untuk anak-anak, Petrosains adalah lokasi sesuai untuk kanak-kanak yang ingin mempelajari tentang lukisan cahaya, nanoteknologi dan banyak lagi.
Galeri Seni Petronas
Anda tidak akan pernah rugi jika berkunjung ke galeri seni yang banyak menempatkan pameran-[ameran menarik dan popular seluruh dunia.
Suria KLCC
Merupakan satu-satunya destinasi buat si kaki ‘shopping’ barangan mewah dan berjenama di Kuala Lumpur. Suria KLCC mempunyai keluasan 1.5 juta kaki persegi mungkin membuatkan anda tidak cukup masa untuk masuk setiap butik pada satu hari!
FUN FACTS!
Fakta Menarik Menara Berkembar Petronas
Ini mungkin hanya sedikit fakta yang diberikan tetapi kami percaya lawatan anda ke Menara berkembar Petronas ini membolehkan anda melihat sendiri untuk memperoleh banyak maklumat. Sekurang-kurangnya, jika pelancong bertanyakan sesuatu, anda mempunyai maklumat menarik untuk disampaikan!