Travel

Klasiknya The Nurin Cottage Di Janda Baik, Jom Berdamai Dengan Alam!

Share

Menarik di The Nurin Cottage, sebuah homestay dekat dengan alam semula jadi yang terletak di Janda Baik, sebuah kampung di Bentong, Pahang, Malaysia.

Anda yang mahu berdamai dengan alam semula jadi nak tenang-tenang dari kesibukan kota boleh datang ke sini untuk ‘healing’.

The Nurin Cottage Di Janda Baik

Merupakan sebuah cottage yang berseni, menawarkan sebuah oasis yang tenang dan hijau bagi tetamu yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk bandar.

Tempat Tidur Pun Luas

Cottage ini ada tiga bilik tidur, tiga bilik air, ruang tamu, kawasan makan, dan dapur. Jangan risau kalau pergi ramai pun sebab tempat ini boleh memuatkan sehingga 14 orang dengan selesa.

Dilengkapi dengan taman yang luas yang mengandungi pokok buah-buahan, bunga, dan herba. Suasana dalamnya pun klasik, berbatu-bata, malam memang sejuk ya. Dihiasi dengan perabot klasik dari kayu dan rotan.

Tetamu boleh berehat di buaian, kalau rasa nak bakar-bakar boleh lah berbbq atau bermain permainan luar.

Berkonsepkan suasana kampung, lokasinya berdekatan dengan beberapa tarikan tempatan seperti Bukit Tinggi, Genting Highlands, Air Terjun Chamang, dan Kolam Air Panas Bentong.

Jadi jika anda mencari tempat yang selesa dan damai untuk menginap di Pahang, The Nurin Cottage mungkin merupakan pilihan terbaik untuk rehatkan minda.

Oleh
Nadia