KL Standard Chartered Marathon Jun 2020 Nanti Batal

Share

Acara tahunan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2020 dibatalkan.

Perkara ini diumumkan penganjur Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon, Dirigo Events. Acara tersebut sepatutnya diadakan pada 13 dan 14 Jun 2020. Penganjur berkata peserta yang telah mendaftar untuk acara itu tahun ini akan didaftarkan secara automatik tahun hadapan.

KLSCM 2021 akan diadakan sekitar tarikh yang sama, iaitu minggu kedua bulan Jun 2021. Namun penganjur perlu menunggu keputusan dan kebenaran pihak berkuasa tempatan sebelum mengumumkan tarikhnya nanti.

Penganjur turut memaklumkan semua acara sampingan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon termasuk klinik larian, pengambilan baju (Race Entry Pack Collection), dan Ekspo Gaya Hidup Aktif juga dibatalkan. Hanya acara amal Run For A Reason akan diteruskan hingga 14 Mei dan semua dana terkumpul akan terus disalurkan kepada badan-badan amal yang telah diumumkan sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon   https://www.kl-marathon.com

Oleh
Husna