
Acara tahunan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2020 dibatalkan.
Perkara ini diumumkan penganjur Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon, Dirigo Events. Acara tersebut sepatutnya diadakan pada 13 dan 14 Jun 2020. Penganjur berkata peserta yang telah mendaftar untuk acara itu tahun ini akan didaftarkan secara automatik tahun hadapan.
KLSCM 2021 akan diadakan sekitar tarikh yang sama, iaitu minggu kedua bulan Jun 2021. Namun penganjur perlu menunggu keputusan dan kebenaran pihak berkuasa tempatan sebelum mengumumkan tarikhnya nanti.
Penganjur turut memaklumkan semua acara sampingan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon termasuk klinik larian, pengambilan baju (Race Entry Pack Collection), dan Ekspo Gaya Hidup Aktif juga dibatalkan. Hanya acara amal Run For A Reason akan diteruskan hingga 14 Mei dan semua dana terkumpul akan terus disalurkan kepada badan-badan amal yang telah diumumkan sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon https://www.kl-marathon.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pulau Okinoshima Dan 5 Lagi Pulau Ni Antara Pulau Yang Merbahaya Untuk Pelancong, Jaga-Jaga..

Isi Kandungan
ToggleKalau kita melawat sesuatu pulau, mestilah kita nak satu pengalaman yang best dan menarik. Jarang kita dengar orang pergi bercuti ke pulau semata-mata nak cari asbab yang malang, betul tak?
Tapi ada sesetengah orang yang memang suka dengan benda-benda macam ni. Makin berisiko sesuatu benda tu, lagi mereka suka dan nak pergi. Bagi mereka, lebih berisiko, lebih mencabar dan lebih menyeronokkan.
Bagaimana pula dengan anda? Kalau anda jenis yang begitu juga, ini antara 6 pulau yang merbahaya untuk korang yang sukakan cabaran melampau, hahaha..
Pulau Bikini (Kepulauan Marshall)


Nama pulau ni agak menarik tetapi ianya tidak bermaksud korang boleh datang sesuka hati ke pulau ini kerana pulau ini dijadikan tempat untuk menguji senjata nuklear. Dulu pulau ini pernah wujud penempatan manusia tetapi semenjak kerajaan mengambil alih pulau ini untuk tempat ujikaji senjata nuklear, penduduk telah berpindah keluar kerana bimbang dengan keselamatan diri dan harta benda mereka.
Pulau Poveglia (Itali)

Pulau ini pernah dijadikan tempat tinggal orang yang mengalami masalah sakit jiwa tetapi berlaku satu kejadian di mana orang sakit jiwa yang menghuni pulau ini terjun daripada bangunan dan mereka ditemui mati dalam keadaan mayat mereka membusuk dengan teruk. Kejadian itu yang membuatkan pulau ini langsung ditutup dari sebarang aktiviti. Ada juga yang mengatakan pulau ini pernah didiami oleh sepasang suami isteri yang mempunyai kuasa mistik (macam sihir la gituu..). Mereka dikatakan telah membunuh ribuan orang dan menjadikan pulau ini berhantu dan paling seram di dunia. Allahhualam.
Pulau Surtsey (Iceland)

Sekitar tahun 1963, gunung berapi yang terletak di lautan ini pernah meletus dan membentuk sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Surtsey. Antara nama lain yang menjadi jolokan kepada pulau ini adalah Pulau Raksasa Api di kalangan penduduk tempatan. Pulau ini tidak boleh dimasuki oleh sebarangan orang melainkan anda adalah seorang ahli sains yang datang untuk membuat kajian.
Pulau Farallon (Amerika Syarikat)

Pulau ini pada asalnya menjadi tapak pembuangan sisa bahan radioaktif dan dianggarkan terdapat lebih daripada 400,000 sisa bahan radioaktif yang telah dibuang di pulau ini. Selain daripada bahaya disebabkan sisa radioaktif, pulau ini juga bahaya kerana menjadi habitat kepada kawanan ikan yu putih yang sering menyerang mangsa mereka dengan ganas.
Pulau Ilha De Queimada Grande (Brazil)


Pulau yang cantik ini tersembunyi di satu kawasan di Brazil dan diakui sebagai pulau yang paling merbahaya di dunia kerana didiami oleh ribuan ular yang berbisa. Telah banyak berlaku kejadian yang membawa kepada kehilangan jiwa ekoran dipatuk ular di pulau ini menjadikan pulau ini sangat merbahaya untuk dilawati. Pulau ini terkenal dengan jolokan nama sebagai 'Snake Island'.
Pulau Okinoshima (Jepun)

Pulau ini mempunyai peraturan yang aneh kerana perempuan tidak dibenarkan untuk menjejakkan kaki di sini. Pulau ini mempunyai penempatan masyarakat yang kuat berpegang dengan kepercayaan Sintol dan mempercayaai selain perempuan tidak dibenarkan menjejakkan kaki di sini, lelaki pula perlu berhati-hati kerana anda tidak dibenarkan untuk memakai apa-apa pakaian sepanjang berada di pulau ini. Selain daripada itu, mereka juga tidak dibenarkan untuk mengambil apa-apa dari pulau ini sekiranya tidak mahu disumpah sekiranya melanggar larangan tersebut.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sempat Sekali Aktiviti Snorkeling Disebabkan Masalah Cuaca. Lelaki Kongsi View Cantik Di Pulau Redang!

Kebanyakan pulau terutama di Pantai Timur telah ditutup apabila masuk musim tengkujuh. Namun ada juga beberapa pulau masih dibuka kepada pengunjung antaranya adalah Pulau Redang.
Perkongsian sahabat Muhammad Farhan dari Backpackers Buddies Malaysia ini memberitahu aktiviti dilakukan sepanjang percutian 3 hari 2 malam di Pulau Redang.
Namun dia hanya mampu lakukan snorkeling pada hari kedua disebabkan keadaan cuaca tidak mengizinkan. Walaupun begitu, pemandangan cantik di Pulau Redang menggamit sesiapa saja untuk ke sana nanti.
Trip ke Pulau Redang Nov 2021
Mengambil pakej Laguna Redang Resort. Last minute plan dan cuba mencari resort/chalet yang available. Kebanyakkan sudah tutup untuk bulan Nov disebabkan musim tengkujuh telah bermula. Tetapi Laguna Redang Resort masih buka sehingga hujung bulan Nov ini.
Rezeki dapat ‘special promotion’. Memilih bilik ‘deluxe pool’ seorang dalam RM 508 untuk 3 hari 2 malam (termasuk pengangkutan feri pergi dan balik, penginapan, makan buffet breakfast lunch dinner, aktiviti snorkeling). Untuk weekend (Jumaat sabtu ahad) ada surcharge RM 50/day.
Harga boleh rujuk laman web Laguna Redang Resort.
Tentatif
Hari Pertama :
-Berkumpul di Jeti Shahbandar Kuala Terengganu pada pukul 9 pagi. Feri bertolak dalam pukul 10 pagi. Kereta boleh parking dengan bayaran RM10/day.
-Sampai di Laguna Redang Resort dalam pukul 1130 pagi. Di sambut dengan welcome drink dan seterusnya makan tengah hari pada pukul 12pm sambil menunggu bilik.
-Pukul 3petang aktiviti snorkeling (tetapi batal disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan) diganti dengan aktiviti indoor game.
-buffet dinner pada pukul 7malam.
Hari Kedua.
-Buffet breakfast pada pukul 7pagi. Sambil menikmati permandangan laut.
-930 pagi aktiviti snorkeling. (sewa life jacket Rm15, sewa snorkeling mask rm15)
-Lunch pukul 12pm.
-3pm snorkeling dibatalkan disebabkan cuaca dan laut yang bergelora.
-malam dinner buffet bbq.
Hari Ketiga.
-brekfast dan bersiap untuk pulang.
-11 pagi check out bilik. 12pm bergrak pulang menaiki feri ke Kuala Terengganu.
Rating keseluruhan – 5 bintang
Artikel Berkaitan:
Cari Kelainan Di Langkawi, Wanita Kongsi Itinerary 4H3M Layan Aktiviti Lasak
50 Tempat Menarik Patut Cuba. Kalau Road Trip Ke KL-Pahang-Terengganu Untuk 4Hari 3Malam!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Pandang Rendah, Income Tourist Guide Boleh Cecah 10K Sebulan

Kerjaya sebagai pemandu pelancong ni selalunya orang tak begitu pandang sangat sebab kerja tak ada pejabat, tak pakai kemeja, ke hulu ke hilir bawa pelancong. Tapi mana yang tidak tahu, kerjaya sebagai pemandu pelancong ini menawarkan gaji yang cukup lumayan. Kadang-kadang kalau dikira balik, gaji mereka lagi mahal daripada gaji eksekutif di syarikat-syarikat besar.
Mana tidaknya, gaji mereka dikira setiap hari dan rate minimum sehari adalah RM200. Anda cuba kira kalau mereka kerja lima hari dalam seminggu, tak dapat RM1,000? Itu kalau dibayar RM200 sehari, kalau lebih? Itu belum termasuk dengan pendapatan sampingan yang lain.
Sekiranya anda pemandu pelancong yang professional dan mendapat rating tinggi daripada client, sudah tentu bayaran anda lebih tinggi berbanding mereka yang lain.
Jadi tak mustahil untuk dapat pendapatan mencecah 5 angka sebulan sekiranya betul-betul rajin berusaha.
Selain daripada gaji yang lumayan, ini antara perkara-perkara lain yang menarik mengenai kerjaya sebagai pemandu pelancong:
- Masa kerja yang tidak terbatas dan fleksibel
Anda tak perlu nak ikut office hour. Tak ada dateline penting yang perlu dikejarkan. Anda lebih bebas dalam menentukan masa kerja anda. Bergantung kepada jadual lawatan pelancong yang anda bawa.
- Banyak peluang kerja
Ada banyak job yang anda boleh buat diluar sana dan anda juga boleh memilih untuk tidak terikat kepada mana-mana company. Ramai pemandu pelancong yang bekerja freelance dan mereka mempunyai network besar untuk memudahkan urusan perniagaan mereka.
- Tidak payah susah-susah jadi salesman
Apa sahaja produk yang anda perlu jual? Tak ada. Yang anda perlu jual hanyalah communication skill, information dan rapport anda kepada client.
- Tak perlu kejar sales dan marketing
Ramai pemandu pelancong yang jadi freelance ini bekerjasama dengan beberapa agensi pelancongan. Agensi pelancongan inilah yang akan cari sales dan boost up marketing untuk mempromosikan produk pelancongan. Anda hanya perlu bawa pelancong sahaja.
- Tak perlu perah otak untuk hafal formula bom atom
Hanya perlukan minat yang dalam dan keinginan yang tinggi. Kalau anda betul-betul minat dan berkeinginan, InShaaAllah, setiap perkara akan menjadi mudah untuk anda membawa pelancong ke mana-mana dan menyampaikan informasi dalam cara yang terbaik.
Untuk pengetahuan anda, ada berpuluh-puluh agensi pelancongan yang baru, wujud di seluruh negara setiap tahun. Oleh demikian, potensi untuk anda mencari peluang pekerjaan dalam bidang pemandu pelancong ini sangat tinggi lebih-lebih lagi kepada student.
Tip kepada student, cuba ambil lesen untuk menjadi pemandu pelancong yang bertauliah.
Daripada menghabiskan masa cuti semester berbulan-bulan tak buat apa, baik jadi pemandu pelancong. Selain dapat sikit wang saku, dapat juga anda berjalan-jalan mengembara, bak kata pepatah Melayu, jauh perjalanan luas pemandangan, tinggi pengetahuan.
kredit gambar: travelmassive.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI