Saban hari, perdebatan menjadi semakin sengit apabila masyarakat melihat kesan negatif daripada penggunaan beg plastik ini.
Terdapat beberapa kerajaan negeri tidak terkecuali untuk mengambil tindakan dalam usaha mengurang atau menghapuskan penggunaan beg plastik. Antara negeri yang terlibat ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor dan Melaka.
Wilayah Persekutuan merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan juga telah mula mengenakan caj pencemaran sebanyak 20 sen mulai 15 Mac lalu. Caj berkenaan selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengatasi masalah pencemaran sisa plastik melalui Pelan Hala Tuju Ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang diterajui Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).
MESTECC turut membenarkan semua kerajaan negeri termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengenakan caj pencemaran sebanyak RM0.20 kepada setiap beg plastik yang digunakan oleh pengguna semasa membeli-belah.
Ads
Caj tersebut hanya boleh dikenakan ke atas setiap beg plastik biodegradasi manakala tindakan penguatkuasaan diteruskan kepada peniaga dan penjaja yang masih menggunakan beg plastik konvensional.
Ads
Pendekatan berkenaan bertujuan untuk memberi kesedaran dan perubahan minda kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan warga Wilayah Persekutuan khususnya mengenai keperluan perbelanjaan kerajaan untuk membersihkan pencemaran sisa plastik.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad berkata pendekatan tersebut diambil supaya dapat memberi kesedaran mengenai inisiatif hijau serta menjamin kelestarian alam sekitar. Sejak penggunaan produk biodegradasi (mudah terurai) di Wilayah Persekutuan, peniaga dan penjaja telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan inisiatif hijau itu.
Ads
Kementerian Wilayah Persekutuan berharap semua warga Wilayah Persekutuan positif dan dapat berganding bahu menjayakan inisiatif Pembangunan Teknologi Hijau Di Wilayah Persekutuan, jelasnya.
“Membawa beg sendiri semasa membeli belah amatlah digalakkan dan lebih memudahkan. Begitu juga sekiranya ingin membungkus makanan di kedai-kedai makan adalah digalakkan untuk membawa bekas sendiri. Larangan penggunaan straw plastik masih diteruskan manakala penguatkuasaannya akan mula dilaksanakan pada Januari 2020,” katanya lagi.
Sebut sahaja Pulau Langkawi rata-rata pengunjung terbayangkan aktiviti pantai dan sudah tentu barangan bebas cukai termasuklah coklat.
Kini anda boleh menikmati tarikan terbaharu di sini, taman tema air pertama di Langkawi. Splash Out Langkawi dibuka secara rasmi kepada orang ramai! Taman Tema seluas 12 ekar ini bakal menawarkan pengalaman air paling bermakna buat warga Langkawi dan pelancong luar. Terletak di tengah Pekan Kuah, kira-kira 16.4km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Dirasmikan oleh Tan Sri Halim Mohammad selaku Pengerusi Eksekutif, HM Group pada 15 Disember 2019. Dengan tema “Spills & Thrills” , Taman Tema Air Splash Out menjadi tarikan utama buat warga Langkawi serta pelancong luar untuk merasai pengalaman permainan air yang mengujakan.
Ucapan pembukaan oleh Tan Sri Halim, Pengerusi Eksekutif Halim Mazmin GroupGimik perasmian disempurnakan oleh Tan Sri Halim dan Pengurusan Tertinggi HM Group
12 tarikan permainan air terdiri daripada ‘Ragin Racers’, ‘Splash-Tacular’, ‘Shipwreck Falls’, ‘Splash Twister’, ‘Poseidon’s Revenge’, ‘Perfect Storm’, ‘Big Splash Kingdom’, ‘Wild Water’, ‘Rainbow Rider’, ‘Splash Phyton’, ‘Sprinkle Island’ dan ‘River of Life’ yang bakal mencabar pengunjung ke Splash Out Langkawi.
Jom!
Alamilah pengalaman terbaharu yang mengujakan ini apabila anda menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. – Badak Berendam
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Walaupun dikatakan kita hanya boleh merentas negeri sekitar bulan November nanti, tapi tidak salah untuk survey dulu beberapa tempat menarik membawa keluarga bercuti.
Tidak perlu pergi jauh, singgah saja ke Melaka dengan berkunjung ke The Taming Sari Beach House yang hanya lebih kurang dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Di sini kita boleh merasai sendiri pengalaman melepak di chalet sambil melayan bunyi deruan ombak yang mendamaikan.
Senang cerita buka saja pintu bilik, boleh terus mandi laut bersama anak-anak. Tidak perlu bercuti lama, cukup sekadar dua hari satu malam dan pastinya percutian yang singkat tetapi memberi makna tersendiri buat seluruh ahli keluarga yang sudah lama tidak lakukan aktiviti bersama.
Maklumlah sudah lama sangat kita hanya terperap dalam rumah, dan jika diberikan keizınan nanti janganlah lepaskan peluang untuk bercuti di sini.
Selain itu kemudahan lain turut disediakan adalah port memancing dan juga untuk membuat BBQ.
The Taming Sari Beach House ini terletak di Kg Pantai Hilir, Jalan Kampung Solok.
Kadar sewa yang dikenakan pada hari biasa RM180 şemalam dan pada hujung minggu pula RM220 semalaman.
Lebih menyeronokkan, kita juga akan dapat complimentary breakfast nasi Lemak ala-ala kampung untuk dua orang. Jadi tunggu apa lagi buatlah tempahan dan hubungi pihak yang berkaitan.
Pelancong dan sesiapa sahaja dianggap melakukan kesalahan berat sekiranya didapati merakam gambar atau berswafoto ketika pesawat sedang berlepas atau sedang mendarat berhampiran Pantai Mai Khao, Phuket. Biar betul ni?
Pihak berkuasa Thailand menjelaskan, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman mati kerana mengganggu juruterbang dan keselamatan kesemua penumpang kapal terbang.
Mereka turut memberi amaran kepada pelancong bahawa ia adalah hukuman paling maksimum yang boleh dikenakan mengikut Akta Navigasi Udara 1978 sekiranya pelancong atau penduduk tempatan masih berdegil. Manakala hukuman lebih ringan termasuk denda sehingga 40,000 baht (RM5,126) atau penjara sehingga 20 tahun.
Kebanyakan pelancong berkunjung ke situ untuk merakam gambar atau berswafoto di kawasan pantai dengan latar belakang pesawat berlepas atau mendarat di lapangan terbang sibuk itu sebelum memuat naik gambar di akaun media sosial. Pantai Mai Khao, Phuket menjadi tarikan ramai kerana sudah terkenal di seluruh dunia sebagai lokasi mengambil gambar dengan kapal terbang dari jarak dekat. Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang itu, sehinggakan kawasan sekitar itu turut menempatkan pelbagai gerai jualan kerana penduduk tempatan akui pelancong sentiasa ramai berkungjung ke situ.
Namun tindakan itu menimbulkan kemarahan pihak lapangan terbang yang berjanji akan mendesak pihak berkuasa untuk menutup sebahagian kawasan pantai itu kerana boleh menyebabkan kemalangan.
Mereka tidak menjelaskan bagaimana ia boleh mengundang bahaya tetapi tindakan itu dipercayai berpotensi memberi gangguan kepada juruterbang, sama seperti dron dan pen laser. Timbalan pengurus besar lapangan terbang, Vijit Keawsaitiam berkata, pihaknya sedang berusaha mewujudkan satu zon larangan di bawah laluan pesawat untuk menghalang pelancong mengambil gambar terlalu dekat.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...