Seperti yang kita tahu, penularan virus Covid-19 varian Omicron dikatakan lebih ganas dari Delta dan dipercayai dari Afrika Selatan.
Jadi bagi mengekang penularan virus ini dari memasuki Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyenaraikan 26 negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara berkenaan adalah United Kingdom, Portugal, Belanda, Australia, Kanada, Korea Selatan, Hong Kong SAR China, Israel, Itali, Jerman, Denmark, Sweeden dan Nigeria.
Selain itu, katanya, Belgium, Jepun, Brazil, Norway, Republik Czech, Perancis, Austria, Sepanyol, Arab Saudi, Ghana, Republik Ireland, UAE dan Amerika Syarikat (California).
Ads
“Pengembara dari negara yang disenaraikan itu atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara berkenaan dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan untuk menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi (GPL).
“Bagi penduduk Langkawi (warganegara dan pemegang pas lawatan panjang) dari negara yang disenaraikan atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara itu dalam tempoh 14 hari, mereka perlu melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Mereka wajib menjalani kuarantin 14 hari di stesen kuarantin ditetapkan sebelum dibenar meneruskan perjalanan ke Langkawi. Penerbangan terus ke Langkawi tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ads
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, pengembara dari negara yang berisiko tinggi tetapi tidak melaporkan kes Omicron turut tidak dibenarkan menyertai GPL.
Beliau berkata, negara terbabit dari Benua Eropah (Rusia, Georgia, Poland, Ukraine, Romania, Slovakia, North Macedonia, Guernsey, Croatia), Amerika Syarikat (French Guiana), Pasifik Barat (Filipina), Mediterranean Timur (Libya, Jordan), Asia Tenggara (Bangladesh), Afrika (Angola, Eswatini, Malawi, Mozambique, Namibia, Zambia, Zimbabwe).
Ads
Katanya, KKM sentiasa menjalankan penilaian risiko berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan bagi menentukan tahap risiko sesebuah negara itu sebelum dibenarkan menyertai GPL antaranya insiden Covid-19 dan liputan imunisasi negara berkenaan.
Sebelum ini, Libur ada perkenalkan jambatan ikonik negeri Terengganu yang menjadi lokasi pilihan ramai bergambar. Terkini, Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ ini diberitahu akan mula beroperasi sebelum Aidilfitri, sekali gus dapat mengurangkan masalah kesesakan bandar raya Kuala Terengganu setiap kali musim perayaan.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jambatan itu dijangka akan siap dalam tempoh sebulan lagi, sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri. Menurutnya, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang menguruskan pembinaan jambatan angkat dan menara jambatan itu akan membuat penyerahan pada 30 Mei nanti.
“Kita optimis dan berharap sekiranya segala proses dapat disiapkan termasuklah lampu isyarat dan jalan raya di kawasan sebelum naik jambatan dan di seberangnya dapat disiapkan, ia boleh digunakan sebelum hari raya iaitu pada awal Jun. Kita harapkan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Jadi, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesesakan pada musim perayaan nanti.
Sebelum ini pengguna hanya menggunakan Jambatan Sultan Mahmud atau melalui Durian Burung-Manir. Selepas ini, anda sudah mempunyai pilihan lain di sebelah sini.
Jambatan angkat itu mula dibina pada tahun 2014, membabitkan kos RM248 juta dan pembinaannya melibatkan laluan utama jambatan, empat menara, dan dua ‘sky bridge’. Dengan panjang keseluruhan 638 meter dan ketinggian 12.5 meter dari aras laut, jambatan itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir.
Jambatan ikonik itu yang pertama seumpamanya di rantau ini dan bakal menjadi salah satu mercu tanda bandar raya ini serta negeri, merupakan antara komponen pembangunan Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu (KTTC) yang sedang rancak dibangunkan.
Persatuan Perlindungan Jerung Sabah (SSPA) melancarkan inisiatif untuk memberi tumpuan kepada pembaharuan undang-undang dan dasar, penyelidikan serta kesedaran dalam usaha mengukuhkan pemuliharaan jerung dan ikan pari di Malaysia terutama di Sabah.
Menyedari kebanyakan jerung dan ikan pari di perairan Sabah yang tidak dilindungi secara sah dan pendaratan yang meningkat dengan ketara dalam tempoh tiga dekat yang lepas, anggota SSPA menyatukan kepakaran mereka untuk melaksanakan tiga aktiviti strategik utama.
Pengerusinya, Aderick Chong berkata matlamat sokongan SSPA sepanjang tahun depan ialah untuk mengukuhkan pemuliharaan jerung dan ikan pari di Malaysia, dengan tumpuan kepada Sabah – yang merupakan negeri paling penting bagi kedua-dua spesies ini.
Untuk mencapai matlamat ini, SSPA akan menjalin kerjasama dengan jabatan kerajaan yang berkaitan untuk meningkatkan undang-undang bagi perlindungan jerung dan ikan pari di pelbagai peringkat, mempromosikan perlindungan jangka panjang di peringkat kebangsaan.
“Pembaharuan undang-undang dan dasar akan disokong dengan penyelidikan, yang termasuk kajian baharu mengenai nilai pasaran spesies ini dan sama ada pendaratan berdasarkan sasaran perikanan atau tangkapan sampingan. Kajian juga akan melihat kepada nilai pasaran bagi jerung dan ikan pari berkaitan ekopelancongan.
“Tumpuan terhadap kesedaran, akan menyaksikan kami melaksanakan kempen yang berkesan dalam menyokong pembaharuan undang-undang dan dasar membabitkan pembuat dasar hingga pelajar dan golongan nelayan – mengenai kepentingan biologi dan kewangan bagi jerung dan ikan pari,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, SSPA merancang mengadakan perjumpaan dengan pembuat keputusan pada Mac tahun depan bagi persetujuan ‘Vision 2030’ dan menetapkan pelan tindakan untuk memastikan kelestarian jerung dan ikan pari di perairan Sabah dan seterusnya.
SSPA terdiri daripada Land Empowerment Animals People (LEAP), Persatuan Pencinta Alam Malaysia cawangan Sabah, Scuba Junkie SEAS, Shark Stewards, Scubazoo, Tropical Research and Conservation Centre (TRACC) dan WWF-Malaysia. – Bernama
Inginkan kelainan ketika percutian bersama keluarga? Percutian Ala Cruise di Qashrina Qruise, Melaka ini akan memberikan pengalaman baru buat anda dan keluarga.
Sesuai juga untuk jadikan port percutian family yang besar kerana hanya dengan jumlah minimun 50 orang, anda terus boleh lock cruise ini untuk kegunaan keluarga anda sahaja tanpa kehadiran pengunjung lain.
Mempunyai 20 bilik dan dewan besar yang tertutup, banyak aktiviti yang boleh dijalankan di atas cruise ini jika anda membawa keluarga yang besar.
Mengenakan bayaran RM130 seorang per malam bagi yang berumur 6 tahun ke atas, pakej ini termasuklah:
Penginapan
Makan 3 kali (hi-tea, bbq dinner, breakfast)
Dewan
Karaoke
Private pool
Pihak chalet akan arrange telematch 2 game termasuk hadiah
Seperti setiap bilik pula terdapat kelengkapan yang selesa seperti:
Katil (queen @ double decker)
Aircond dan kipas
Tv screen plasma
Wifi
Kettle
Towel
Bilik air moden/stylish
Water heater
Paling teruja sekali, anda juga boleh menikmati suasana dalam cruise sepanjang hallway menuju ke bilik. Dan terdapat juga bilik kapten yang terletak paling atas dan boleh di akses ke deck kapal untuk menikmati pemandangan laut. Betul-betul beri pengalaman luar biasa!
Nama: Qashrina Qruise
Alamat: Pantai 75400 Tanjung Kling, Melaka
Sumber: Port Cuti Bajet
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!