guan9

Gua Batu Maloi, Johol, Negeri Sembilan merupakan gua yang sering menjadi idaman si kaki aktiviti lasak untuk diteroka. Gua ini dikatakan mempunyai laluan yang mencabar kerana perlu merentasi laluan sempit di celah-celah batu yang bertindih antara satu sama lain.

Oleh itu, jika ada yang berminat nak ‘caving’ di kawasan ini dicadangkan untuk membawa atau mengambil pengiring yang cekap dan tahu akan selok belok di sini.

Kisah Disebalik Gua Batu Maloi Negeri Sembilan

Gua Batu Maloi terletak di tengah-tengah lembah di antara penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin, di kawasan Hutan Lipur Gua Batu Maloi di Kampung Tanggai, Johol. Ada bayaran masuk dikenakan kepada individu yang berminat untuk meneroka gua ini.

Kisah Disebalik Gua Batu Maloi Negeri Sembilan

Ads

Kisah Disebalik Gua Batu Maloi Negeri Sembilan

Gua batu granit sepanjang 2.3 kilometer dan dianggap terpanjang di Malaysia turut menyaksikan pengunjung terpaksa basah kuyup apabila meredah laluan berair dan tidak sesuai dimasuki apabila musim hujan. Pada musim tengkujuh, elakkan untuk datang ke sini demi keselamatan anda.

Ads

Cabaran menanti sebaik memasuki gua berbatu ini ialah bentuk muka buminya sangat berbeza. Ada kawasan yang penuh air sehingga perlu menyelam, melompat antara batu ke batu, merangkak, meniarap, menggelongsor, berenang, memanjat semua kena buat dalam air dan di celah-celah batu terutamanya arus air deras di bawah gua.

Kisah Disebalik Gua Batu Maloi Negeri Sembilan Kisah Disebalik Gua Batu Maloi Negeri Sembilan Kisah Disebalik Gua Batu Maloi Negeri Sembilan

Ads

Menurut penduduk di sini, gua itu adalah perkampungan orang bunian dan lelaki Orang Asli bernama Malai berkahwin dengan anak gadis bunian berkenaan dan tinggal di gua itu. Panggilan Maloi adalah sempena nama lelaki Asli berkenaan yang lebih selesa disebut orang.

Kisah Disebalik Gua Batu Maloi Negeri Sembilan

Kisah Disebalik Gua Batu Maloi Negeri Sembilan  Kisah Disebalik Gua Batu Maloi Negeri Sembilan

Di dalamnya terdapat Gua Kelawar (banyak burung kelawar), Gua Kapal (batu seakan layar kapal), Gua Dewan (luas kawasan boleh menempatkan 200 orang).

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI