Travel

Keunikan Villa Takun Rawang, Tempat Glamping Untuk Berdamai Dengan Alam

Share

Keunikan Villa Takun Rawang, tak sangka ada Hidden Gems secantik ini di Selangor. Jarak dari Kuala Lumpur hanya 45 minit untuk ke Rawang.

Lokasinya di Villa Takun, Templer Park Rawang. Kelebihan Villa Takun, tempat glamping baru untuk penduduk bandar berdamai dengan alam.

Keunikan Villa Takun

Villa ini menawarkan penginapan yang menarik berupa banglo bergaya A-frame yang indah dengan pemandangan gunung yang memukau, memberi peluang untuk pengalaman glamping yang tidak terlupakan.

Terletak di kawasan hutan simpan Templer Park Forest Reserve di Rawang yang hijau dan menarik.

Pampas Villas yang tersedia di sini mempunyai reka bentuk minimalis dengan dinding putih yang tinggi dan katil yang bersih berbaris lurus, memberi kesan minimalis yang menarik.

Selain itu, pintu kaca yang besar menambah sentuhan kontemporari kepada setiap villa, sambil membawa keindahan alam semula jadi ke dalam penginapan tersebut.

Konsep Minimalist

Setiap bilik dihiasi dengan langsir putih yang akan memberikan anda rasa tenang dan santai. Mempunyai bilik tidur yang luas dan bilik mandi peribadi, serta mempunyai pemandangan yang menakjubkan dari katil yang selesa supaya tetamu dapat bersantai sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Tempat Makan Pun Unik

Kafe yang berkonsepkan Karavan untuk anda menikmati suasana yang berbeza. Mereka menawarkan makanan yang ringan untuk anda mengunyah jika bosan. Kafe ini hanya untuk yang tinggal di sini saja.

Lokasi:
Villa Takun, 6, Jalan 3/3A, Templer Park, 48200 Rawang, Selangor

Oleh
Nadia